10 Oktober 2012

Breakfast Dulu

Plan nak pergi Kidzania ni masa bulan raya hari tu.  semua ni gara-gara bengang sebab tadika danial terlepas pandang nama dia yang tak pergi...sian lah kat budak tu...sampai hari ni danial lah orang yang paling happy lepas balik dari kidzania tu...hari2 duk jerit...kidzania..firefighter...disebabkan en suami aku memang selalu kerja sabtu ahad, jadi aku awal-awal lagi dah ajak kakak aku yang kat sa pandan tu ikut sekaligus merangkap driver kita orang...jangan maree...

Dalam pukul 9 lebih kita orang pun geraklah.  Kakak aku nak breakfast dulu kat area rumah dia, tapi anak2 bertuah aku ni dah tak sabar2 nak pergi kidzania, sudahnya kita orang breakfast kat Mc D aje.

Eimran 24 jam ngan PSP dia aje.  Itu hadiah harijadi dari ibu dia iaitu akulah...hehehe.  Menurut eimran, dah 2 tahun dia tak dapat main PSP, so dia nak main for the next 2 years. Ko pernah rasa penampar tak?  Mainlah dua tahun....
muka toye bila suruh bergambar...rasa nak bagi penampar laju-laju...
Berbeza dengan Danial yang happy dapat berjalan...dia batuk masa ni...actually dari hari Khamis lagi dia dah batuk, cepat2 bagi makan ubat takut melarat dan terpaksa batal kan rombongan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails