Buat pertama kalinya aku tepek gambar rice dispenser ni kat blog. Aku dah ada rice dispenser ni, dah aku dealer tupperware...haruslah ada seketul, ya tak...
Kalau tengok kat katalog harga seketul tu RM 295.00. Tapi hari ni aku nak jual at very special price + free postage! Kalau ada yang berminat boleh email ke pn.noryatimdali@gmail.com.
Terima kasih datang baca.
30 November 2013
27 November 2013
Dinner Hari Sabtu
Sabtu lepas aku tak berapa nak sihat, jadi lunch beli aje kat kedai...malam baru aku masak...dah beberapa hari asyik makan ayam aje, jadi mari kita makan ikan pula. Teringin nak masak siakap 3 rasa, resepi kak ipar. Tapi aku tetap sesuka hati aje tak kuasa nak sukat-sukat. Aku ikutlah juga step by step yang aku belajar ngan dia masa kenduri tahlil dulu...ngeeee...tumis lada,bwg putih, bwg merah & halia. masuk kan sos tiram, kacau sebati...masukkan sos cili dan sos tomato. kacau lagi. masukkan kiub pati ayam knorr...masukkan beberapa helai daun limau purut dan serai yang dititik. kacauuuu lagi...perisakanlah dengan garam dan gula. masukkan bawang besar yang di dadu. Aku masukkan juga timun lebihan makan nasi lemak beberapa hari sebelum tu. Sebelum tu pastikan ikan digoreng terlebih dahulu. Kali ni aku goreng ikan tu bersalut dengan tepung,kunyit dan garam. Dah siap, hidangkan lah...
Lepas tu masak pula sayur simple ni...budak-budak makan macam tu aje. Dia orang suka soo hoon. Tapi tak tahu nak sebut...mee hoon jadinya. Suka hati koranglah. Tapi aku letak nasi dalam sup tu masa suapkan danial dan qaseh.
Tu aje resepi makan-makan kami. Terima kasih datang baca.
Labels:
dinner,
siakap 3 rasa
26 November 2013
Sakit Tekak
Aku ni dah batuk dan sakit tekak sejak hari Khamis lepas lagi...Danial dan qaseh pun batuk tak hilang lagi. Semalam bawa pergi klinik yang ke 3. Doktor kata, dari pemerhatian di tekak qaseh...dah ke arah pemulihan tapi ada sikittttt aje lagi merah.
Since dua-dua orang tu dah lama batuk, Dr suruh buat neubilizer malam tadi. Bila dah buat tu, jelas kat muka doktor tu kelegaan...sebelum tu berkerut-kerut muka dia bila dengar kat dada danial ngan qaseh. Dan malam tadi dapatlah Danial tidur nyenyak tapi qaseh ada juga sekali dua terbangun sebab batuk. Sebenarnya dah beberapa malam aku dan dia orang tak boleh nak tidur sebab kejap-kejap danial terbangun batuk lepas tu berlari ke tandas nak muntah...aduhaiii kesian betul kat dia. Dan Alhamdulillah malam tadi dia tidur dengan lenanya.
cuma sekarang ni aku ajelah tak recover lagi dari sakit tekak dan batuk ni. Ni stok ubat aku beli kat farmasi. Strepsils ti dari yang extra strong dah sampai Max aku hisap tapi tak hilang juga sakit tekak dan batuk ni. Aku siap kemam lagi strepsils tu time tidur...tekak ni tak usah cakaplah macam mana peritnya.
Dah beberapa hari asyik makan bubur aje...tak boleh tahan, semalam tolak juga nasi masuk ke mulut...hehehe...
Tu ajelah nak bagitahu...korang ada cara lain ke nak hilangkan sakit tekak ngan batuk ni? Terima kasih datang baca.
23 November 2013
JJCM Pulau Mutiara Char Keow Tiau
Dah banyak kali kita orang ke Pulau Mutiara ni...bukan kat Penang tu ya. Ni dekat Sg Sikamat kajang aje. Betul-betul tepi jalan. Sg Sikamat tu dulu kan jalan lama nak ke KL. Sekarang ni dah berselirat highway, tapi jalan tu tetap juga sibuk.
This is my favorite...aku akan order tauhu bakar ni. Tak makan kue teow pun tak apa. Harga sepiring tu aku tak berapa pasti pula, tapi selalunya bila makan kat sini tak lebih RM 50. Bagi aku okey lah tu.
Yasmin dengan abang eimran makan char kue teow ni. Ayah dia orang makan kue teow sup. Danial dengan qaseh tak nak makan, tapi ada otak-otak, dia orang makan tu ajelah.
Gambar kedai kat atas nun aku ambil sambil jalan masa nak balik. Tu yang jadi macam tu...shy-shy catlah katakannnn...
Okey tu aje cerita JJCM kali ni. Terima kasih datang baca.
Labels:
JJCM
22 November 2013
Demam
Dekat rumah aku sekarang ni lepas sorang, sorang demam. Bermula dengan ayahanda dia orang, qaseh dan sekarang aku pula. Aku dah cuti sakit semalam...hari ni kalau ikutkan memang tak larat, tapi aku gagahkan juga.
Qaseh kalau dengar nak pergi klinik kan main suka lagi...Selalunya dia tak susah pun nak makan ubat, tapi entah kenapa semalam punyalah seksa nak bagi ubat...dahlah dengan aku sekali yang tak sihat...mulalah temperature darah nak melonjak aje kannnnnnnnn...
Dari duduk bawah, dah duduk atas kerusi...kalau aku ugut nak kepit dia, mulalah dia kata okeylah..okeylah...aceh makan...siap abang eimran nak pegang pun dia punya meraung...
Tak menahan bila dia cakap, to pasal lah baby tak sayang mami, baby sayang ayah aje...
muhaahaha...okey nanti biar ayah yang bagi makan ubat nak...Bila dengar ayah dia nak balik, lagilah dia tak nak aku bagi ubat...nak juga tunggu ayah dia.
Yang geram tu, bila ayah dia balik, dia dah tidur...selamatlah dia tak makan ubat.

Pagi tadi pun menangis juga tak kasi bawa ubat pergi nursery. Kalau kat nursery dia kena tadah mulut aje bila cikgu-cikgu kat situ bagi...tak ada sapa nak layan kalau menangis kannnn....
Ibu suruh makan ubat tu sebab nak qaseh cepat baik...kalau tak kesian sangat kat dia, malam susah nak tidur, asyik batuk aje. Dengan aku sekalilah tak boleh nak lelap...dah beberapa malam memang kita orang tak berapa nak tidur...tengok jam dah 4.30. Baru nak lelap jam loceng dah bunyi. Ingat nak tidur sekejap, sekali ambik kauuu...6.30 baru terjaga. Nasib baik cuti sekolah, lagi satu nasib baik, ada stok baju yang tak payah gosok...hehehehe...
Tu ajelah cerita aku. Terima kasih datang baca.
Labels:
qaseh
19 November 2013
Ayam Panggang Black Pepper
Macam baguss jer...macam terror jer...hahaha...aku buat ayam panggang black pepper ni hari Ahad lepas. Ayam tu pula ada 3 ketul aje kat Giant. Ahli rumah ada 6, jadi kita kongsilah makan ya...
Apa ramuannya?? Aku tak main sukat-sukat ni...ikut suka aje nak letak banyak mana. Aku letak sos tiram, sikit kicap pekat, sos black pepper, sos barbeque dan serbuk lada hitam yang dah di tumbuk. Oppsss lupa...madu juga. Gaul sebati dan perap sekejap.
Belum masak lagi anak-anak dah duk mengintai kat oven tu...kejap-kejap masuk dapur tanya dah siap belum...sabar nakk...
Nyampah tau...bila sikit macam ni, tetiba sedaplah pula...berebut-rebut dia orang makan time panas-panas tu. Ratah gitu aje. Siap request lagi suruh buat minggu ni.
Okey tu ajelah menu lunch kitaorang hari Ahad lepas. Terima kasih datang baca.

ayam
Pink Colour
Sekali lagi secara kebetulan koleksi barang-barang aku berwarna pink. Aku baru perasan sebab pagi tadi aku bawa bekal air kosong yang kaler pink tu. Bila sampai office aku letakkan kat atas meja sebelah bekas tupperware warna pink tu...hehehe..nampak cantik pula. Terus aku letak mug dan wristle yang pink kaler juga. Sebenarnya cover handphone aku pun warna pink...usb charger kat office ni pun kaler pink.
Kalau nak diikutkan aku bukan peminat tegar warna pink ni. Aku lagi suka biru or purple. Tapi entah macam mana banyak pula warna pink ni dengan aku...
Okey tu ajelah nak cerita. Nanti kalau rajin petang nanti ada lagi satu JJCM...

18 November 2013
JJCM - Big Bro Grill & Chop
Big Bro Grill & Chop ni dah banyak kali kita orang datang makan...dari gerai tepi jalan, sampailah berkongsi kedai dan sekarang satu kedai tu dia ajelah yang meniaga. Time bulan puasa, kat bazar ramadhan pun kita orang cari Big Bro ni juga!
Kitaorang sangat puashati makan kat sini. Service pun cepat...Portion boleh tahan banyak juga. Harga sangat-sangat berpatutan.
Yasmin punya ni...Lamb chop. Sekarang ni dia kalau makan western mesti nak lamb. Sorang tu pun kadang dia tak habis, passlah kat sapa yang nak.

Ni suasana dalam kedai...macam tak ada orang ajekan...tapi sekejap-sekejap ada aje orang datang. Kat belah luar pun ada meja lagi, orang suka duduk kat luar, berangin. Kat kedai ni, inilah 1st time aku datang. Sebenarnya kita orang tak perasan pun dia dah bertukar tempat...duk tertanya-tanya juga, sampai satu hari budak-budak ni nampak dah ada kedai...wahh bagus, makin maju bisness...
Big Bro ni terletak di area Prima Saujana, Kajang. Terima kasih datang baca.
14 November 2013
Nasi Ayam Lagi
Buat lagi nasi ayam hari Sabtu lepas...asal sabtu aje buat nasi ayam...asal nasi ayam aje buat hari sabtu...senang sikit, sekali masak sampai malam. Kalau lauk lain tu mesti selesai waktu lunch, tak sempat nak bawa ke dinner.
Hari sabtu lepas kan pagi tu aku ke sekolah agama yasmin, balik tu terus singgah kedai beli ayam dan bahan-bahan lain. Masak cepat-cepat dan ngam-ngam pukul 12.30 kita orang dah makan tengahari...Rehat-rehat kejap bersiap pula untuk ke majlis danial. Macam penat jer...memang punnnnnn.
Kali ni aku ambil resepi kat internet. Kiranya nilah resepi paling senang. Untuk sup tu tak payah nak pakai sup bunjut bagai...tumbuk kan bawang putih, bawang merah dengan halia( tu pun aku tak ada halia)...siap masak tabur aje daun bawang.
Tapi kali ni untuk nasi, kena tumis...kawan aku ajar pun dia suruh tumis dengan kulit dan lemak ayam...it's not healthty fren! Ko nak yang sedap ke tak sedap...hahhh gitu dia soal aku balik..hehehe...okey anak murid kena ikut cakap cikgu...aku tumis juga sikit lemak dengan kulit ayam + butter. Tapi sebelum masuk beras, aku keluarkan balik kulit ayam tu...ngeh..ngeh...Untuk tumis tu pun tumbuk bawang putih, merah dan halia. Again aku tak ada halia...kureng sedap di situ..
Untuk sambal ni, sama juga macam yang lepas, blend bawang putih dengan lada hidup merah. Campak lah sikit gula dan air masak. Lepas tu aku masak balik atas api. Sambal ni pun boleh juga buat pencicah cekodok kan...makan time-time hujan waktu petang tu...oiii sedapnyaaaa...
Kali ni aku buat kicap...ambil kicap lebihan perapan ayam + dengan sikit kuah sup. Panaskan sekejap atas api.

Ayam ni aku perap sekejap aje...aku letak sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan madu. Lepas tu goreng sekejap, sebab sebelum tu dah masak untuk buat sup kan.
Aku tanya anak-anak mana sedap, yang hari ni ke yang minggu lepas...abang eimran kata yang minggu lepas lagi sedap...ohh maknanya resepi kakak aku tu lah yang sedap. Danial pula tak habis-habis duk cakap aku masterchef...hahaha...ibu jadi masterchef untuk danial aje boleh lah...Yasmin dan qaseh tak kisah janji dapat makan...yang penting ada ayam...hahahah...
Okey tu ajelah cerita nasi ayam aku untuk minggu ini. Terima kasih datang baca.
Labels:
nasi ayam
13 November 2013
Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Tadika Danial
Panjang ke tajuk entry aku tu? Tak perlah sekali sekala aje aku letak tajuk yang panjang. Majlis anugerah ni hari Sabtu lepas pukul 2 petang. Belah paginya aku ke sekolah Agama yasmin. Dah ceritakan yang tu...
Masa nak ke Majlis ni, cuaca sangatlah panas...berpeluh-peluh aku...jalan kaki aje sebab belakang rumah, tapi tetap berpeluh...masa aku sampai, khemah tu dah penuh...aku cari tempat duduk bawah khemah tak ada kosong, kalau ada pun masing-masing dah book untuk ahli keluarga dia orang...Mulanya aku hangin juga, setakat nak tengok budak tadika, hangkut satu keluarga...tok nenek semua...tapi nasib baik cepat muhasabah diri...hehehe...Perancangan Allah tu lagi cantik...sekali aku dapat duduk bawah porch rumah orang, elok aje redup dan sejuk. Ya Allah ampunkanlah aku...nampak sangat tak istiqamah...
Seperti biasa sebelum pergi harus posing-posing dulu anak-beranak. Berposing di bawah terik matahari...Danial aku dah suruh abang eimran hantar dulu, cikgu nak touch up kot tu sebab kena hantar awal. Mak datang lambat sikit tak apa...ngeh..ngeh...
Tu adam dapat hadiah saguhati dari pihak sekolah. Set alat tulis faber castle. Aku suruh simpan elok-elok untuk guna tahun depan. Jimat sikit untuk alat tulis dia...
Ni baru dapat sijil tamat persekolahan tadika...di sampaikan oleh Pengerusi penduduk taman aku tu...Hebatkan sekarang ni, sekolah tadika pun siap pakai jubah ambil sijil...Yang tukang sampaikan pun kena berjubah juga. Zaman aku dulu mana ada semua tu...kalau nak pakai jubah tu, sila belajar sampai universiti!
Tengah-tengah penyampaian cenderahati dan sijil tu, hujan turun agak lebat juga. Tetapi majlis tetap diteruskan dan alhamdulillah berjalan lancar. Di akhir majlis, ibubapa di jamu dengan minum petang. Ada mee hoon sup dan beberapa jenis kuih muih.
Masa nak ke Majlis ni, cuaca sangatlah panas...berpeluh-peluh aku...jalan kaki aje sebab belakang rumah, tapi tetap berpeluh...masa aku sampai, khemah tu dah penuh...aku cari tempat duduk bawah khemah tak ada kosong, kalau ada pun masing-masing dah book untuk ahli keluarga dia orang...Mulanya aku hangin juga, setakat nak tengok budak tadika, hangkut satu keluarga...tok nenek semua...tapi nasib baik cepat muhasabah diri...hehehe...Perancangan Allah tu lagi cantik...sekali aku dapat duduk bawah porch rumah orang, elok aje redup dan sejuk. Ya Allah ampunkanlah aku...nampak sangat tak istiqamah...
Seperti biasa sebelum pergi harus posing-posing dulu anak-beranak. Berposing di bawah terik matahari...Danial aku dah suruh abang eimran hantar dulu, cikgu nak touch up kot tu sebab kena hantar awal. Mak datang lambat sikit tak apa...ngeh..ngeh...
Di lorong sebelah rumah jiran...
Selepas dua tiga orang memberikan ucapan...barulah ada persembahan. Danial langsung tak praktise apa pun kat rumah. Cuma masa nak pergi tu dia cakap, nanti ibu dengar adam nyanyi ya...adam nak nyanyi kuat-kuat...masa ni dia tercari-cari aku...Tu adam dapat hadiah saguhati dari pihak sekolah. Set alat tulis faber castle. Aku suruh simpan elok-elok untuk guna tahun depan. Jimat sikit untuk alat tulis dia...
Ni baru dapat sijil tamat persekolahan tadika...di sampaikan oleh Pengerusi penduduk taman aku tu...Hebatkan sekarang ni, sekolah tadika pun siap pakai jubah ambil sijil...Yang tukang sampaikan pun kena berjubah juga. Zaman aku dulu mana ada semua tu...kalau nak pakai jubah tu, sila belajar sampai universiti!
Tengah-tengah penyampaian cenderahati dan sijil tu, hujan turun agak lebat juga. Tetapi majlis tetap diteruskan dan alhamdulillah berjalan lancar. Di akhir majlis, ibubapa di jamu dengan minum petang. Ada mee hoon sup dan beberapa jenis kuih muih.
Pihak sekolah baik hati bagi bergambar sekali lagi dengan jubah dan scroll. Tapi spoil adam pakai selipar jepun aje...selalunya dia kalau bersiap nak menyemart aje. Mesti nak pakai kasut tapi hari tu boleh pula dia pakai selipar...haiiilahhh adam....
Besar dah adam...Tahun depan dah masuk sekolah kebangsaan. Kak min selalu cakap, dia risau kalau adam ni nakal sangat kat sek kebangsaan. Dahlah cikgu garang-garang...nanti mesti dia kena lempang...huuuiii kesianlah kat dia nanti...Dahlah kakak dia tu tak sama sesi dengan dia...kalau tak boleh juga dia tengok-tengok kan adam kan...Yasmin tu cakap dari pengalaman dia sendiri yang menangis tak nak pergi sekolah...jenuh jugalah aku nak memujuk dia siap pergi menghadap guru besar lagi!
Harapnya adam tak adalah sampai macam tu ya...Memang tak dinafikan yang adam ni agak hyper sikit...Tapi apa-apa pun kita tunggulah macam mana dia di dunia baru tu nanti.
okey tu aje cerita adam...terima kasih datang baca.
Labels:
danial
12 November 2013
Qaseh
Hari ni cerita pasal budak kecil ni pula lah ya. Makin hari aku tengok dia ni makin semangat pula. Ehhh kalau arwah mak aku ada dia tak kasi tegur kalau anak-anak 'semangat'...iaitu badan yang berisi. Nanti susut balik, tu orang-orang dulu cakaplah.
Qaseh sekarang ni kusssssssssss semangat makannya. Dia dah mengalahkan kak min dia dalam bab makan. Yalah yasmin sekarang ni dah kurang makan malam tapi qaseh pula yang mesti nak makan waktu malam. Dulu dia tak hairan pun nak makan, janji dapat susu. Sekarang ni, lepas makan nak susu!! Makin bam bam lah dia.
Kalau bercakap petah kan main lagi...yang pasti sentiasa masuk bakul angkat sendiri..hahaha...aceh pandai kan ibu...aceh rajin kan ibu...tu memang ayat-ayat cinta dia lah tu. Aku iya kan aje...qaseh ni kalau di puji dan kena pujuknya memang rajin nak tolong buat kerja rumah...gilo ko budak 4 tahun buat kerja rumah...kerja rumah yang aku maksudkan tu, kutip sampah yang abang danial suka sepah2kan ke...betulkan bantal kecil kat kusyen ke...tolong ambilkan abang danial towel mandi ke...tapi jangan bagi dia mandi berdua...dahlah pakai swimming suit mandi dalam bilik air...siap ber'goggle' lagi tu...lepas tu dah terjerit...hari tu aku dapat tangkap dia orang duk main ubat gigi...di jadikan sabun untuk menyental kolah kecil dalam bilik air tu...haruslah kena dengan ibu kan...
Ni kejadian hari Ahad lepas. Kita orang ke bacathon sekolah kakak. Sampai aje terus cari apa-apa yang boleh di makan. Kakak yasmin nak laksa, okey beli satu share 3 orang. Aku tahu yasmin kejap lagi nampak kawan dia, mesti dah tak lalu nak makan...betul juga...kawan dia tegur, terus laksa pass kat ibu...lepas tu aku pass pula kat budak kecil tu. Dialah yang tukang habiskan.
Aku nampak ada cikgu jual rojak buah...okeylah jom kita try rasa. Satu bekas tu dalam RM 2.50. Laksa tadi RM 3.00. Aku makan sikit, di tarik dek budak kecil ni...okey silakan makan.
Lepas tu tetiba budak-budak sekolah tu sibuk makan ice-cream ni...ice cream magic namanya...tang mana yang magic aku pun tak tahu. RM 1 sebatang. Kita orang berempat + sorang kawan yasmin = RM 5. Rasa not bad juga. Pandai diaorang ni berniaga.

Kali ni aku duduk aje kat ruang legar sekolah tapi menghadap pentas. Macam-macam persembahan ada. Tapi tak nampak, sebab ramai sangat orang kerumun kat depan tu. Aku pula kali ni sangatlah malas nak bangun ambil gambar...faktor usia kot..ngeh..ngeh...Yasmin dengan kawan dia entah mana dah berjalannya...almaklumlah banyak gerai-gerai jualan. Danial awal-awal lagi dah merengek nak mainan...
Tengok ada budak sedap benar makan kue teow goreng tu...tanya kat mana dia beli...ohhh kat belakang tu aje...suruhlah yasmin beli...RM4 kalau tak silap aku. Rasa biasa-biasa aje. Yang ni pun qaseh juga yang tolong habiskan.
Huishh tak boleh jadi ni...Baru dua jam duduk kat situ...duit keluar cam air aje. Jadi jomlah kita berangkat pulang. Danial dapat juga mainan idaman dia...qaseh ngan kakak yasmin pilih yang spray yang keluar cam tali tu...satu botol tu RM 4.
Tu ajelah cerita qaseh dan aktiviti hari Ahad kami. Hari Sabtu sebelum tu, aku ke sekolah danial sempena konvokesyen tadika pasti dia. Itu kalau rajin aku buat entry lain ya. Terima kasih datang baca.

09 November 2013
Cenderahati Dari Mekah
Hari tu kan aku dah buat entry Kenduri sempena keberangkatan kakak aku ke Tanah Suci kan...now dia dah selamat kembali ke Tanah Air. Alhamdulillah...Aku dan kakak aku Pn Zana lah yang menunggu ketibaan dia orang kat KLIA masa cuti Awal Muharam lepas.
Flight dia di jangka tiba dalam pukul 8.50pm lebih kurang. Aku dah tahu mesti makan masa juga nak menunggu beg, dengan orang ramainya...jadi tak payahlah terburu-buru nak pergi awal-awal. Aku gerak dari rumah pun dalam pukul 8.30 mlm. Ikut Putrajaya... rasanya dah banyak kali ikut laluan situ, tapi TETAP sesat juga...sabar ajelah aku.
Masa aku sampai tu, memang jamm nak masuk area KLIA...orang parking sesuka hati aje. En suami pun turunkan aje aku dan terus cari parking. Lama juga kita orang menunggu haji dan hajjah keluar...sambil tu seronok juga tengok gelagat orang ramai. Anak-anak kecil berlari menerpa kat ibubapa dia orang...sedih pulak aku tengokkan...
Tu makngahhhh...suka + lega bila dah nampak kelibat kakak aku tu...mau tak nya...dah lah lama berdiri, panas pulak tu...selalunya kat KLIA tu sejuk kan main...malam tu jadi panas sebab ramai sangat orang kan...masing-masing pun menunggu ahli keluarga juga.
Aku mulanya pesan kat yasmin suruh ambil gambar aku peluk-peluk ngan kakak aku... boleh pulak dia tak nak...nak bergambar masa kat dalam lagilah kim salam...dah jumpa memang polis terus suruh keluar...hahaha...so kat luarlah baru peluk2 dan bergambar...
Tu aku pegang beg kertas, ada isi tu...gulai tempoyak. Tu kakak aku Pn Zana ler yang buat, lepas tu aku suruh tapaukan setupperware untuk aku juga...
Panjangnya mukadimah kan...nak cerita pasal cenderahati aje pun...tak perlah...intro kena panjang. Untuk budak kecil ni dapat jubah...tak aci tau...jubah dia lagi glam dari aku...hhehehehe...suka kan main lagi dia...tu posing khas untuk mak de dia kat Brunei nunn...ada ke dikatanya qaseh punya jubah macam power rangers. Sentap budak tu, balik terus bagi laporan kat ayah dia tau...
Kacang pistachio tu memang aku pesan thru watsapp...hehehe....teknologi canggihkan! Ada kurma nabi juga yang plastik depan tu. Belakang tu gajus...dalam beg berjerut tu ada perfume...inai dah semestinya. Yasmin dan qaseh sampai rumah terus berinai... yasmin pakaikan kat qaseh. Tu pun qaseh tak puashati, nak pakai kat kaki pula...
Kopiah untuk en suami. Ada sejadah juga, tapi
lupa nak ambil gambar...
Celak untuk aku...dah macam inai pun ya juga
Bedak arab yang banyak dijual kat sini...walaupun bukan produk dari arab, tapi ada dijual di arab sana...hehehe...
Gambar jubah aku tak ada...tak glam macam qaseh punya, tu yang tak posing tu...danial pun dapat jubah juga...thank you to my sister for the gifts...esok hi-tea ya...eeehhh...
Okey lah tu aje nak cerita. Hari ni dan esok, aku adalah sangat sibuk. Penuh aktiviti dua hari ni. Hari ni sebelah pagi nak ke sekolah agama kakak. Petang pulak ke sekolah tadika danial. Esok ada program bacathon kat sekolah kakak juga. Aduhhh penatnyaaaa...tapi untuk anak-anak aku gagahkan juga.
Terima kasih datang baca...
08 November 2013
Nasi Ayam Resepi Kekanda
Kekandalah sebab aku minta resepi dengan kakak aku...haruslah letak kekanda kat situ...Aku buat hari sabtu lepas. Ni pertama kali aku masak nasi ayam. Aku ada tanya kat kawan2 opis, dia orang kata kacang aje buat nasi ayam... sambil tu mintalah juga resepi, tapi tak tulis pun...dah waktu makan tanya, camner nak tulis.
Dah lama sebenarnya teringin nak buat nasi ayam ni. Barulah hari tu berjaya...tapi tak lah berjaya sangat...masih ada yang aku sendiri tak puas hati. Cam nasinya tu, kureng sikitlah...kalau yang beli kat kedai belakang rumah aku tu, boleh makan nasi tu saje pun dah sedap. Tak perlah, practice make prefect kan...#naksedapkanhatisendiri.
Ni sambalnya...aku blend lada hidup dengan bawang putih. Letak sikit garam, gula dan sos cili. Masukkan sikit air masak...tekan punat, blend sampai hancur. Rasalah kepedasannya. Mulanya aku punya kuah sos ni pedas melampau...aku tambahlah lagi sikit gula ngan air...terus tersedap...abang eimran paling suka sos ni. Untuk sos ni aku masak kan juga sampai sekali mendidih.
Yang kat belakang tu sup ayam. Aku masak sekor ayam tak cukup untuk makan malam. Kakak aku ajar, sup bunjut tu di buka kainnya dan goreng dalam sikit minyak campur dengan bawang putih dan merah yang dah di hiris. Kemudian masukkan dalam sup yang dah di masak...tu namanya tumis darat kalau tak salah aku.
Aku tak ambil gambar nasi sebab nasi nya kurang sedap...Tapi alhamdulillah anak-anak semua memuji-muji kesedapan nasi ayam aku tu...terharu sungguh aku...hehehe...danial siap cakap, ibu macam masterchef...hahaha...jauh lagi tu...tapi kalau anak-anak berselera makan hati manalah yang tak gembira kannnnnnnnn...makin bersemangat nak masak lagi...

Kak Min pun kata sedap.
Nilah budak yang kata ibu dia masak sedap...
Thank you darling...
Untuk makan anak-beranak okeylah...nak jamu kat orang belum lagilah ya.
Komen dari en suami aka juri tetap...sup ayam kureng...yang lain okey.
Paling sedap kat ayam tu lah katanya. Boleh buat lagi...
Okey akak nak google resepi...terima kasih datang baca.
Labels:
nasi ayam
Langgan:
Catatan (Atom)