13 November 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Tadika Danial

Panjang ke tajuk entry aku tu?  Tak perlah sekali sekala aje aku letak tajuk yang panjang.  Majlis anugerah ni hari Sabtu lepas pukul 2 petang.  Belah paginya aku ke sekolah Agama yasmin.  Dah ceritakan yang tu...

Masa nak ke Majlis ni, cuaca sangatlah panas...berpeluh-peluh aku...jalan kaki aje sebab belakang rumah, tapi tetap berpeluh...masa aku sampai, khemah tu dah penuh...aku cari tempat duduk bawah khemah tak ada kosong, kalau ada pun masing-masing dah book untuk ahli keluarga dia orang...Mulanya aku hangin juga, setakat nak tengok budak tadika, hangkut satu keluarga...tok nenek semua...tapi nasib baik cepat muhasabah diri...hehehe...Perancangan Allah tu lagi cantik...sekali aku dapat duduk bawah porch rumah orang, elok aje redup dan sejuk.  Ya Allah ampunkanlah aku...nampak sangat tak istiqamah...
Seperti biasa sebelum pergi harus posing-posing dulu anak-beranak.  Berposing di bawah terik matahari...Danial aku dah suruh abang eimran hantar dulu, cikgu nak touch up kot tu sebab kena hantar awal.  Mak datang lambat sikit tak apa...ngeh..ngeh...
Di lorong sebelah rumah jiran...
Selepas dua tiga orang memberikan ucapan...barulah ada persembahan.  Danial langsung tak praktise apa pun kat rumah.  Cuma masa nak pergi tu dia cakap, nanti ibu dengar adam nyanyi ya...adam nak nyanyi kuat-kuat...masa ni dia tercari-cari aku...
Tu adam dapat hadiah saguhati dari pihak sekolah.  Set alat tulis faber castle.  Aku suruh simpan elok-elok untuk guna tahun depan.  Jimat sikit untuk alat tulis dia...
Ni baru dapat sijil tamat persekolahan tadika...di sampaikan oleh Pengerusi penduduk taman aku tu...Hebatkan sekarang ni, sekolah tadika pun siap pakai jubah ambil sijil...Yang tukang sampaikan pun kena berjubah juga.  Zaman aku dulu mana ada semua tu...kalau nak pakai jubah tu, sila belajar sampai universiti!
Tengah-tengah penyampaian cenderahati dan sijil tu, hujan turun agak lebat juga.  Tetapi majlis tetap diteruskan dan alhamdulillah berjalan lancar.  Di akhir majlis, ibubapa di jamu dengan minum petang.  Ada mee hoon sup dan beberapa jenis kuih muih. 
Pihak sekolah baik hati bagi bergambar sekali lagi dengan jubah dan scroll.  Tapi spoil adam pakai selipar jepun aje...selalunya dia kalau bersiap nak menyemart aje.  Mesti nak pakai kasut tapi hari tu boleh pula dia pakai selipar...haiiilahhh adam....

Besar dah adam...Tahun depan dah masuk sekolah kebangsaan.  Kak min selalu cakap, dia risau kalau adam ni nakal sangat kat sek kebangsaan.  Dahlah cikgu garang-garang...nanti mesti dia kena lempang...huuuiii kesianlah kat dia nanti...Dahlah kakak dia tu tak sama sesi dengan dia...kalau tak boleh juga dia tengok-tengok kan adam kan...Yasmin tu cakap dari pengalaman dia sendiri yang menangis tak nak pergi sekolah...jenuh jugalah aku nak memujuk dia siap pergi menghadap guru besar lagi!

Harapnya adam tak adalah sampai macam tu ya...Memang tak dinafikan yang adam ni agak hyper sikit...Tapi apa-apa pun kita tunggulah macam mana dia di dunia baru tu nanti.

okey tu aje cerita adam...terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails