26 November 2013

Sakit Tekak

Aku ni dah batuk dan sakit tekak sejak hari Khamis lepas lagi...Danial dan qaseh pun batuk tak hilang lagi.  Semalam bawa pergi klinik yang ke 3.  Doktor kata, dari pemerhatian di tekak qaseh...dah ke arah pemulihan tapi ada sikittttt aje lagi merah.  

Since dua-dua orang tu dah lama batuk, Dr suruh buat neubilizer malam tadi.  Bila dah buat tu, jelas kat muka doktor tu kelegaan...sebelum tu berkerut-kerut muka dia bila dengar kat dada danial ngan qaseh.  Dan malam tadi dapatlah Danial tidur nyenyak tapi qaseh ada juga sekali dua terbangun sebab batuk.  Sebenarnya dah beberapa malam aku dan dia orang tak boleh nak tidur sebab kejap-kejap danial terbangun batuk lepas tu berlari ke tandas nak muntah...aduhaiii kesian betul kat dia.  Dan Alhamdulillah malam tadi dia tidur dengan lenanya.
cuma sekarang ni aku ajelah tak recover lagi dari sakit tekak dan batuk ni.  Ni stok ubat aku beli kat farmasi.  Strepsils ti dari yang extra strong dah sampai Max aku hisap tapi tak hilang juga sakit tekak dan batuk ni.  Aku siap kemam lagi strepsils tu time tidur...tekak ni tak usah cakaplah macam mana peritnya. 

Dah beberapa hari asyik makan bubur aje...tak boleh tahan, semalam tolak juga nasi masuk ke mulut...hehehe...

Tu ajelah nak bagitahu...korang ada cara lain ke nak hilangkan sakit tekak ngan batuk ni?  Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails