As salam.
Cuti sekolah kan sekarang ni tapi aku tak cuti sebab cuti dah habis...kesian kan...
Paling kesian dekat anak-anak lah sebab tak dapat berjalan. Aku tak ada cuti, ayah dia orang pulak tak boleh cuti sampai tahun batu cina. Lagi satu, yasmin pun tak cuti lagi...jadinya bertabahlah anak-anak duduk kat rumah ya.
Cuti Krismas hari tu, aku dengan kakak-kakak aku bawa anak-anak melawat muzium negeri, Negeri Sembilan. Aku yang dah 40 an ni pun baru pertama kali menjejakkan kaki ke muzium negeri sembilan ni.
Sebelum masuk harus bergambar dulu. Elok kitaorang masuk kedalam muzium, hujan turun dengan agak lebat juga. Kebetulan dekat muzium ni sekarang ada Pameran Purba Mesir.
Aku tak ingatlah ni replika apa...hahaha...tak boleh nak ingat langsung...sia-sia aje lawatan aku ni...lepas dari tengok-tengok sejarah mesir ni, kita orang tengok sejarah negeri tumpahnya darah ku ini.
Orang kalau sebut negeri sembilan asyiklah risau kalau ada mengamalkan adat perpatih.
So marilah kita baca sama-sama bagi hadam ya.
Lagi tentang adat perpatih.
Lagi satu, apa saja pasal kampungku, kita kongsikan bersama. Istimewa rupanya orang-orang Linggi ni.
Keluar dari muzium tu kita orang ke bangunan sebelah yang merupakan replika rumah ampang tinggi. Kalau tak silap aku, ampang tinggi ni nama tempat kat negeri sembilan...rasanya dekat kuala pilah.
Sebelah rumah Ampang Tinggi pula ada replika rumah Negeri Sembilan...yeayyyy...sama macam rumah arwah nenek aku. Ada peran...peran tu satu bahagian kat loteng rumah.
Setakat ni percutian singkat kami. Terima kasih datang baca.