Musim-musim PKP ni, walaupun tak boleh keluar bukan masalah besar bagi anak-anak aku. Dengan kecanggihan yang ada, semua dihujung jari. Senang betul hidup memasing.
Sungguhlah sejak PKP ni boleh katakan hari-hari ada aje orang duk bagi salam kat pagar hantar barang. Hari Ahad pun ada penghantaran okey!
Kalau shopee tu sehari tak jenguk tak sah. Yang ini aku mengakulah, aku pun sama terjebak. Gemar membeli barang yang murah-murah je. Setakat ni tx ada lagi yang lebih dari RM10.
Selain kat shopee, aku beli juga set lunch untuk diaorang. Terutama kalau aku puasa. Tak berapa nak rajin masak lunch. Jadi aku siap- siap order sehari sebelum. Dah confirm bayaran semua, masukkan duit dalam sampul duit raya atau plastik, tunggu je order sampai. Senangkan. Janji siapkan duit!
Haritu teringin nak minum cendol, cari kat FB taman aku ni, zasss sampai cendol raja padu. Hari biasa aku selalu beli dekat area Prima Saujana. PKP ni diaorang jual online. Terbaik cendol ni.
Ni set lunch yang aku order minggu lepas. Juga dari group FB taman aku ni. Ada 3 jenis lauk. Daging masak itam, ayam rendang dan ayam masak merah. Daging masak itam dia sedap, walaupun aku makan untuk berbuka masa tu. Terbaik juga!
Kawan aku post kat dalam grup gang office. Aku terus watsapp sebab nak rasa. Rupa sama dengan yang kakak aku masak. Rasa dia kalau aku tambah lagi tempoyak, memang confirm sama. Qaseh pun cakap yang sama. Harga RM10 untuk 200g. Tapi cukup untuk 3 ke 4 orang makan. Ni penghantaran melalui grab. Harga grab boleh dapat lagi satu pack...hehehe
Ni yang paling ditunggu-tunggu. Aiskrim Malaysia!! Ni pun sama dapat contact dari group FB taman aku. Baguskan grup FB taman aku ni. Macam-macam ada...
Yang tak ada dalam gambar sebab tak sempat nak posing, set breakfast. Yang breakfast ni sebab ada sambal paru dengan lontong tu aku order. Tapi sedih sikit sebab lambat delivery. Mungkin banyak order tu yang sampai kat aku lambat. Kecewa disitu sikitlah.
Hahhh senangkan beli online ni. Ko siapkan wang aje. Tak ada wang, makan sardine.
Terima kasih datang baca.
Wah sedapnya gulai tempoyak tu.... Qaseh buatlah!!!! lepas tu hantar Nlai....
BalasPadam