Assalamualaikum.
Apa khabar? Lama betul tak menulis kat blog kesayangan aku ni. Tapi sementara tengah kena PKP ni, harapnya aku rajinlah mengupdate aktiviti aku dan keluarga kat sini ya. Doakan lah ya.
Untuk permulaan PKP ni, masing-masing rajin sangat masak-masak kan. Termasuklah ahkak.
Jom tengok tahap kerajinan ahkak berada diskala berapa.
Ni menu awal-awal PKP haritu. Sebab aku yang teringin sangat nak makan mee goreng, semua isi rumah kenalah ikut selera chef yang masak.
Ni pula kudap-kudapan minum petang membawa ke malam. Sebenarnya aku nak habiskan stok mee siput ni. Dah lama sangat dalam simpanan. Rasanya dari tahun lepas punya stok ni. Bila dah goreng, lajulah habisnya. Nak kena tunggu habis PKP ni, baru aku boleh restok mee siput ni.
Baru beberapa hari duduk rumah dah tx tahu nak masak apa kan...ni pun gara-gara nak mencuba kuah perapan black pepper beli dengan kawan ofis aku. Kuah tu sebenarnya untuk perap kambing tapi boleh aje kalau nak perap ayam juga. Sebab semua anak-anak ada dekat rumah, buatlah ayam bakar black pepper tu. Sedap. Aku rekomen siapa nak cuba.
Masakkan maggi kari ni dah malam. Aku dah nak tidur. Aku guna perencah kari ikan tambah dengan 1 je rempah maggi. Yang lain tu apa aje yang ada dalam peti ais. Dua kali dah masak maggi kari macam ni. Selesai.
Disebabkan Yasmin ada ajak pergi family mart haritu sebab nak makan oden ni, jadi mak dia buatlah kat rumah. Nak pergi family mart tak boleh kan. Nanti tx pasal kena tahan dengan polis. Makan je yang mak masak ya nak.
Nasi goreng sap sap soi ni entah hari ke berapa tak ingat dah. Sarapan pagi.
Dalgona coffee tu ada buat tapi tak ada ambil gambar. Dalgona milo pun ada buat. Ni semua atas kerajinan Yasmin dan Qaseh. Diaorang yang rajin nak menggodak nescafe dengan milo tu, dah siap terus suruh aku minum. Tak sempat nak posing-posing dulu. Tapi yang atas tu, en suami yang buat. Mangga float.
Ni menu berbuka puasa masa 1 Syaaban hari tu. Kari kepala ikan merah. Ni pun air tangan en suami.
Ni onde-onde menu masa berbuka juga. Perisa mangga dan ros. Idea en suami lagi.
Sambal telur pecah ni ahkak yang buat. Untuk anak-anak yang tak puasa. Nak makan sedap kena tunggu ayah diaorang masak masa berbuka. Kalau mak masak, yang ringkas-ringkas tapi sedap. Eehhh...sedap ke??
Menu berbuka harini. Bukanlah makan bubur pulut hitam semata, ni pemanis mulut je. Diaorang makan ni dulu, lepas tu terus solat maghrib. Maghrib sekarangkan pendek masanya tu yang suruh makan bubur dulu.
Menu utama harini ayam masak black pepper. Tak ada gambar. Menu tu atas permintaan Qaseh. Walaupun budak kecil tu tak puasa harini, tapi menu ikut pilihan tekak dia.
Wahhh banyak juga ya dah masak bersama dengan en suami....hahahha..kena kredit nama dia juga. Tunggu esok menu apa pula.
Terima kasih datang baca. Jangan lupa ikut arahan polis dan kerajaan ya. Duduk rumah.
#kitajagakita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan