23 September 2010

Raya Lagi

Sambungan citer raya ke 2.

Selalunyer(dululah zaman arwah abah aku ada) raya ke 2 ni mmg sibuk sgt kat umah aku.  Sapa2 pun tx di benarkan keluar beraya pada raya ke 2 ni.  Sebabnyer, sedara mara terutamanyer anak sedara arwah abah aku akan dtg beraya pd hari ke 2 ni.  Kenapa ya raya ke 2?  Sebabbbbb...kat kg dia org iaitu kg permatang pasir ada buat tahlil kat tanah perkuburan pada raya ke 2.  So semua penduduk kg tu tx kira di mana jua berapa selalunyer akan pulang pada raya ke 2.  Dulu masa aku kecik2 mmg selalu ikut arwah abah aku ni gi tahlil kat kubur time raya tu.  Nantikan bila kita tadah tgn berdoa, ada org letak duit kat tgn kita tau.. tu yg syok nyer tu...

Sampailah skrg pun dia org tetap buat tahlil ni setiap thn.  Cuma lepas arwah abah aku tx ada, kurang sikit anak sedara dia dtg beraya.  Bila arwah mak aku pulak tx ada, thn lepas rasanyer adalah 2-3 family yg dtg, thn ni 1 family jer yg dtg.  Harap2 thn depan masih ada yg sudi dtg...

Walaupun dia org tx dtg, kita org tetap jugak masak utk sepupu sepapat belah arwah mak pulak yg dtg.  Lepas pukul 3 kot baru aku dpt keluar beraya ke rumah tok2 sedara.  Aku gi rumah tok long ngan tok chu.  Gambar txlah pulak aku ambik.  Lepas tu gi pulak umah mak sedara lg sorang.  Kiranyer 3 umah ni adalah wajib pergi beraya kalau aku balik kg.  Dan yg paling bestnyer kat umah mak chik ni dia ada buat kuih hasidah.  Kuih ni byk guna minyak sapi.  Jenuh gak nak mengacaunyer.  Kemudian akan dihias dgn bawang goreng.  Aku tx dpt nak ambik gambar full kuih ni, sbb dah tinggal sikit.  Gambar ni pun dr kamera kakak aku.
masa aku kecik2 dulu, arwah nenek aku selalu buat tu pasal aku tahu...
kuih traditional ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails