20 April 2011

Siakap cacamarba

Walaupun minggu lepas aku kurang sihat sebab demam+selsema+batuk, tetapi bab masak memasak tetap di teruskan jua.  Sejak demam ni, tetiba pulak TER rajin nak masak...ni menu dinner hari Jumaat.  Sebenarnya aku pun tak tahu nak masak apa dengan ikan ni.  Asyik2 resepi yang sama aje.  Resepi apa tu?  alaaaa...asyik2 sambal..asyik2 sambal...
Hari tu ntah mana datang idea nak cuba2 mereka cipta resepi sendiri...Yang sebenarnya aku nak perabiskan serai, halia dan lengkuas masa buat rendang hari tu.  Semua bahan tu aku blend sekali dengan bawang.  Macam nak buat rendang jugak cuma tak taruk rempah rendang aje.  Bila dah masak rasa not bad.  Tapi aku kena tunggu komen dari pengkritik tegartetap, sapa lagi kalau bukan en suamiku itu...
Kalau ikut komen Eimran memang sedap aje apa yang ibu dia masak.  Even tengah tumis bahan2 blender pun terus dia ke dapur sebab sedap sangat baunya...Kalau ikut tekak aku ni boleh lah...tetiba malu...hehehe...sedaplah...lepas ni aku nak cuba ikan bawal lak...resepi ni aku main agak2 suka hati aku aje nak letak banyak mana bahan2 tu.  Tak ada khusus byk mana satu2 bahan tu...

19 April 2011

Cerita Anak-anak

Ini gambar terbaru 3 beradik ni.  Gambar abang tak ada sebab abang memang tak suka nak bergambar.  Bukan main lagi qaseh menyengih diapit abang dengan kakak dia...
Mulalah tu dah pandai nak buat aksi...Qaseh sekarang ni kalau nangis aje terutama bila kena marah dengan ibu dia, mulalah dia minta simpati dengan kakak or abang dia tu.  Kalau abang dengan kakak peluk, cool down lah sikit dia.  Nangis sambil panggil, kak..kak...ibu wat...kalau dia tak biasa dengan seseorang tu pun dia akan nangis sambil panggil kakak or abang dia.  Sebenarnya aku suka tengok aksi dia masa tu, macam sayuuuuuuu sangat hati dia...
my girls

Qaseh pun sekarang ni dah pandai nak ajak pergi kedai mamak.  Kalau dia nangis aje aku pun umpan lah, jommm kita gi kedai mamak...dia pun, aceh..aceh.  Aku kan suka menyakat, aceh tinggal rumah...huaaahhhh...sambung nangis balik.  Lepas tu baru aku terhegeh2 nak memujuk...kejikan...ciannnn lah qaseh...

Danialkan dah pergi mengaji.  Tiap hari aku mesti tanya, dah baca sampai mana? dah berubah bacaan lum?  danial masih baca 'a', 'ba'.  2 tu aje.  Aku tanya kat yasmin, naper ustazah tx ubah, yasmin kata mcm mana ustazah nak ubah, bila suruh baca dia baca tapi mata melilau pandang siling...sabar aje lah aku ngan danial ni...Hari tu ada sekali ustazah suruh dia baca 10x 'a', 10x 'ba'.  Dia bacalah 'a' dengan 'ba' tu, tapi dalam kelajuan ntah berapa km/h agaknya...

Dua minggu lepas, aku ke sekolah kebangsaan untuk ambik report kad eimran dengan yasmin.  Actually yasmin tak ada report kad, cikgu kelas dia cuma tunjukkan kertas soalan periksa yang dia dah jawab kat ibubapa.  Periksa pun hanya untuk 2 matapelajaran aje iaitu Bah. Melayu dengan Matematik aje.  Cikgu nak bagitau sama ada dia dapat menguasai 3M-membaca,menulis dan mengira.  Kalau dia lemah 3M ni, dia akan dimasukkan ke kelas linus.  Lebih kurang macam tulah.
Alhamdulillah yasmin berjaya menguasai 3M tu.  Even tulisan dia pun boleh tahan jugak aku tengok kat kertas periksa tu.  Tapi kalau kat dalam buku latihan, MasyaAllah....

Eimran pulak, cikgu kelas kata dia penyengan.  Kurang aktif dalam kelas.  Tapi bila diam tu, lagilah cikgu suka nak soal, itupun dia buat diam jugak...sabar ajelah aku...Tapi keseluruhan mata pelajaran dia sederhana aje.  Kena usaha lebih lagi...tulah bang, ko malas nak buat latihan...asyik nak mainnnnnnn aje.  Bila ibu suruh buat latihan, senang kacang..senang kacang...byklah ko punya kacang!!!

Tauhu Kukus

Ni menu dinner minggu lepas.  Hari Khamis kalau tak silap.  Beli tauhu ni dah lama, beli sampai dua pulak tu.  Punyalah tamak...nak membuatnya bercinta betul.  Eimran pun asyik duk tanya bila nak buat tauhu kukus ni.  Akhirnya Khamis lepas terus aku kukus dua dua tauhu tu terus.  Satu eimran share dengan ayah dia, satu lagi aku dengan danial.  sajalah tu...danial bukan makan banyak pun..ngeh..ngeh..ngeh...kita orang makan cam gitu aje, tak makan dengan nasi pun...
Aku memang failed bab nak mengeluarkan tauhu ni.  Tak sikit banyak mesti roboh tauhu tu...ada tips ke macam mana nak ngeluarkan tauhu tu?
Kalau buat tauhu ni, aku suka letak udang segar potong kecil2.  Dah banyak kali buat resepi ni.  Resepi asal aku ambil kat blog DJ.
Ni jugak antara fav Eimran.  Yasmin memang tak layan langsung tauhu ni.  Dia kalau ada ayam, tak kisahlah masak apa pun, laju aje...

18 April 2011

Balik Kampung

Sabtu lepas kita orang balik kampung lagi.  Kali ni sebab utama adalah nak tempah baju raya kat Rantau.  Gilossssss bulan 4 dah hantar kain.  Yalah, aku tanya kat kakak tailor tu, dia kata tempahan utk baju raya tutup bulan 5.  Kiranya kita orang awal sikitlah kali ni.  Lagi pun elok hantar awal2, tak payah nak terkejar2 last minute nanti.

Macam biasalah, tempah sekali baju kurung untuk yasmin dengan qaseh.  Eimran dengan danial punya baju melayu nak kena tempah kat Ampang.  Kain dah beli cuma tunggu masa ayah dia orang free aje. 
Habis aje urusan kat kedai jahit baju ni, terus balik kampung.  Kononnya nak beli durian tapi durian tak berbungalah kat kampung.  Frust aje...Lagi pun masa kita orang balik tu hujan, tu pun mungkin salah satu sebab orang tak jual durian kot!  Peniaga durian tidur lagi kot...
Budak kecil ni muka serius aje masa kakak tu ambil ukuran.  Jenuh aku agah suruh senyum, tak ada maknanya dia nak senyum...

Danial yang tak tahu duduk diam.  Masuk2 aje kedai ni dia dah pow ais-krim.  Nampak aje pulak tu, aku pun tak perasan ada jual ais-krim kat kedai ni.

15 April 2011

Tazkirah Hari Jumaat

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaat lah terjadinya kiamat."



"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."


Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun untuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda


1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid.
2)Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".
Ibadah pada hari Jumaat.
1)Pejalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
2)Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

2)Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.Memotong Kuku. Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan."

Dadih Segera

Disebabkan aura ibu mithali entah dari mana datangnya, malam tu pulak aku buatkan anak2 tercinta dadih segera ni.  SEGERA aje.  Itupun dah lama beli baru aku perasan tak buat2 lagi.  Dadih ni memang senang baitu.  Ada 3 step aje.  Aku beli perisa jagung.
Aku buat ni pun masa tinggal berdua dengan qaseh.  Yang lain pergi mengaji.  Yaaaa... danial pun dah aku hantar pergi mengaji!  Nak tau apa jadi semalam?!  Sedap aje dia pergi kentut depan ustazah tu...Ya Allah...malunya mak ko ni danial oiiiii...!!!  Danial ni pulak pantang kalau terkentut...mulalah dia ketawa terbahak2...ko ingat ko mat saleh ke suka kentut!!! Laaa menyimpang sudahhhhhh...
Dadih ni dapat tak banyak.  Banyak macam dalam gambar tu ajelah.  Dalam 6 cawan.  Ada 1/2 cawan lagi tx interframe.  Danial balik dari mengaji aje dah sibuk nak makan dadih tu.  Belum keras lagi lah sayang...Sampai pukul 10 mlm entah berapa kali dia buka tutup peti ais tu.  Walaupun aku dah tutup api dapur, dia pergi jugak!  Sudahnya sebelum tidur aku suruh lah dia makan yang 1/2 cawan tu...kesiannnn...
Yasmin pun kalau ikutkan nak jugak, tapi tengok aku dah jengil biji mata terus simpan balik cawan dadih tu...ngeh..ngeh..ngeh.  Pagi tadi masa nak kejutkan bangun pagi, Min bangun pergi makan dadih tu...laju ko dia bangun, tak ada pun merengek2 manja...gerammmmm aje aku...

14 April 2011

Rendang Ayam Mak Siti

Hari Selasa lepas aku MC half day.  Doktor nak bagi penuh satu hari tapi aku jual mahal mintak setengah hari je.  Yalah MC dah banyak, hari tu sakit mata dah MC 2 hari.  Hari Rabunya aku cuti.  apply sebelum balik masa mc hari tu.  Rasa tak sihat sangat sampai hari ni.  Batuk teruk + sakit tekak ya amat.
Hari yang mc tu, memang tidur aje sampai petang.  Kepala pusing 360 darjah.
Hari Rabu masa cuti tu, walau pun sakit kesian pulak kat anak2 bertuah ni nak makan apa tengahari nanti.  Memanglah kat belakang rumah ni ada kedai makan 2 3, tapi sebab dah lama tak masak, aku gagahkan juga demi anak2 tercinta.  Teringat yang eimran memang suka makan rendang, yasmin pulak pencinta ayam, so aku buatlah rendang ayam.  Pukul 11 pagi aku dah siap masak.  Yasmin yang 1st makan, sebab nak gi sekolah kononnyalah. 

Pukul 1 eimran pulak balik, tanya masak apa.  Rendang ayam.  yesss...terima kasih ibu sebab masak untuk abang.  Nampak sangat aku jarang masak...eh takkkk...anak2 aku memang akan berterima kasih setiap kali aku masak something yang spesel kat dia orang.  Memang lah rendang tu tak spesel, tapi sebab aku jarang2 masak rendang, tu yang dia berterima kasih tu...tu belum lagi aku masak nasi briyani ke, ayam golek gelantang ke....hehehe...
Masa makan tu aje, eimran siap ambil 3 ketul.  tu belum part dia meratah lagi.  Lepas tu mulalah dia complain apasal ibu selalu beli seluar abang kecik?!

09 April 2011

Eimran


Dah lama Eimran minta aku belikan jersi bola untuk dia.  Ni gara2 sepupu dia Adli lah ni...Adli ada jersi bola siap ada nama print kat belakang lagi.  Aku cakap kat Eimran, kalau nak kenalah bagi good result masa periksa.  So periksa penggal pertama hari tu, result eimran takat boleh lah...tak adalah teruk sangat.  Boleh lah aku pertimbangkan untuk beli jersi ni.

Jersi ni pun kebetulan saja beli sebab masa tu tengah temankan ayah dia cari safety boot kat area Jln TAR.  Dia pulak ternampak gerai jual jersi ni, apa lagi...Aku pun offerlah nak printkan nama dia.  Punyalah mahal print nama tu kat KL ni.  Satu huruf RM 4.  Untuk nombor lain pulak harganya.  Satu nombor RM 6-7 kalau tak silap.  Mula2 ingat nak letak nama 'eimran'-panjang sangat, tu yang letak nama 'adam' aje.  Lepas tu nak letak tarikh lahir 18, disebabkan satu nombor RM 7 terus aku kata letak bulan ajelah... ngeh..ngeh.. ngeh..Setengah jam dah siap.

Eimran bukan suka sangat kalau aku cerita pasal dia kat blog ni.  Ni pun sebab jumpa Mak De dia minggu lepas, dapatlah aku snap gambar dia ni.  Padahal dah lama juga belikan jersi tu.  Dia malu kalau aku taruk gambar dia kat sini...pemalu ya..ikut sapalah tu ya...

08 April 2011

Pusat Sains Negara Lagi dan Lagi


Habis jalan2 kat dalam tu kita orang duduk kejap kat kerusi urut ni.  Bagi longgar2kan urat kaki yang dah kepenatan berjalan.  Eimran dengan Yasmin pun cuba jugak kerusi urut ni.  Masa berjalan tak ingat...itu pun bersungut sebab kejap aje kat Pusat Sains.  kejap apanya ?  Dekat 2 jam jugak tau!
On the way nak ke parking lalu lah taman permainan ni.  singgahlah jugak dia orang nak main2 kejap.



 Eimran nangis sebab terjatuh mainan yang ayah dia duk pusing kan tu. 
 Posing2 sebelum balik
Bye bye...nanti datang lagi

07 April 2011

Andai Itu Takdirnya


Aku beli buku ni masa Pesta Buku Antarabangsa 2010 tahun lepas.  Dah 3 kali aku baca, berpuluh kali aku nangis...sedih betul dekat certain part cerita ni.  Tak rugi aku beli.  Menyesal jauh sekali.  kawan aku yang recommend kan.  Best sangat novel ni...

Pusat Sains Lagi



 cantik pulak bunga ni...
Sepanjang jalan dekat dalam Pusat Sains ni ada saja permainan yang menguji minda.  Semua tu harus di cuba.  Rugi kalau tak cuba, balik rumah asyik teringat2 pulak...

Ada juga games kat bhg bawah.  Tapi di sebabkan ramai sangat orang, tak kuasa aku nak menunggu bila eimran kata dia nak cuba sesuatu mainan tu.  aku suruh aje dia cuba mainan yang lain. 
Budak kecil ni pun tak mau ketinggalan jugak...

06 April 2011

Last Part of Petrosains

TERsilap lah pulak...tetiba aje dah last part.  ni kes nak cepat lah ni.  patutnya date tu letak 6hb sekali ntah mana silap..eeiii menci betullah...baca ajelah ya...

 cam ner nak jadi pemain bola ni bang...
 ni nak jaga gol ke nak menari kuda kepang??? 3 beranak jaga gol pun bola boleh lepas...

Tak ada leher...

3 jam kat dalam tu, entah berapa kali budak kecik ni sentap, tersentap dan menyentap...hangin mak ko ni tau tak!

THE END

Pusat Sains Negara

Lepas habis tawaf kat dalam Petrosains tu, dekat pukul 12 lebih dah.  Perut masing2 memang dah berdondang sayang.  Terus aku ajak lunch dekat food court KLCC tu aje.  Eimran dengan Yasmin aku suruh makan nasi, sebab pagi tu makan kuih aje, lepas ni nak pergi Pusat Sains pulak, mesti penat lagi nak jalan.  Aku share nasi ayam penyet dengan en suami.  Sambil tu suap2 kan juga Danial dengan Qaseh sekali.  Danial makan keropok aje.

Masuk kereta aje, Qaseh terus nak 'nen' dia.  Lepas tu terus tidur.  Tak lama lepas tu Danial pun sama lentok sampailah ke Pusat Sains.  Aman kejap dalam kereta.

Sesat barat nak mencari Pusat Sains Negara ni.  2 kali pusing.  Padahal sebelum ni dah google tengok map kat area mana, susah nak di bayangkan.En suami kata kalau lepas ni tak jumpa jugak, memang terus balik aje...sabar ajelah aku...Tengah duk pusing2 tu aku ternampak Sprint highway, terus aku suruh ikut situ.  Alhamdulillah...nampak dah signboard Pusat Sains Negara.

Dekat sini aku ambil package family jugak.  Tapi dia tak bagi 6 tiket macam kat Petrosains nun, dia bagi satu aje RM 25.  Mahal RM1 dari Petrosains...
Masuk aje kat entrance lepas kaunter tiket kena lalu akuarium besar ni.  Ayah dia orang ni sukalah tengok ikan2 ni...aku tengok gitu-gitu aje.  Banyak pulak rombongan sekolah masa ni...
Bukan Qaseh yang duduk kat stroller tu, Danial yang duduk.  Danial mmg pantang kalau tengok Qaseh nak duduk kat stroller tu, mesti dia berebut.  Nasib baik Qaseh pun tak kisah sangat nak jalan.





Danial dengan Qaseh tak takut langsung tengok dinosaur banyak2 ni.  Aku rasa nak termuntah masa ambil gambar yang last ni...

Part III


Apa saja yang abang dengan kakak dia cuba, mesti dia nak cuba jugak.  penuh perasaan tu nak bawa kereta F1...nak tekan brek pun tak sampai...
 Tengok kat hujung tu, siap memanjat2 lagi...
 2 kali lawan dengan ayah dia, 2 kali kalah...rileks bang..rileks...kat Pusat Sains pun ada game ni, lawan dengan ibu dia pulak...ngeh..ngeh..ngeh..seri ok


 masuk kat sini pulak, nak rasa ribut taufan/angin kuat.   Yasmin takut jerit2 nak keluar...
 tu pun dia orang dah tunduk2 sebab angin kuat...

Danial dengan ayah main apa ntah...
Related Posts with Thumbnails