20 April 2011

Siakap cacamarba

Walaupun minggu lepas aku kurang sihat sebab demam+selsema+batuk, tetapi bab masak memasak tetap di teruskan jua.  Sejak demam ni, tetiba pulak TER rajin nak masak...ni menu dinner hari Jumaat.  Sebenarnya aku pun tak tahu nak masak apa dengan ikan ni.  Asyik2 resepi yang sama aje.  Resepi apa tu?  alaaaa...asyik2 sambal..asyik2 sambal...
Hari tu ntah mana datang idea nak cuba2 mereka cipta resepi sendiri...Yang sebenarnya aku nak perabiskan serai, halia dan lengkuas masa buat rendang hari tu.  Semua bahan tu aku blend sekali dengan bawang.  Macam nak buat rendang jugak cuma tak taruk rempah rendang aje.  Bila dah masak rasa not bad.  Tapi aku kena tunggu komen dari pengkritik tegartetap, sapa lagi kalau bukan en suamiku itu...
Kalau ikut komen Eimran memang sedap aje apa yang ibu dia masak.  Even tengah tumis bahan2 blender pun terus dia ke dapur sebab sedap sangat baunya...Kalau ikut tekak aku ni boleh lah...tetiba malu...hehehe...sedaplah...lepas ni aku nak cuba ikan bawal lak...resepi ni aku main agak2 suka hati aku aje nak letak banyak mana bahan2 tu.  Tak ada khusus byk mana satu2 bahan tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails