Ni menu dinner minggu lepas. Hari Khamis kalau tak silap. Beli tauhu ni dah lama, beli sampai dua pulak tu. Punyalah tamak...nak membuatnya bercinta betul. Eimran pun asyik duk tanya bila nak buat tauhu kukus ni. Akhirnya Khamis lepas terus aku kukus dua dua tauhu tu terus. Satu eimran share dengan ayah dia, satu lagi aku dengan danial. sajalah tu...danial bukan makan banyak pun..ngeh..ngeh..ngeh...kita orang makan cam gitu aje, tak makan dengan nasi pun...
Aku memang failed bab nak mengeluarkan tauhu ni. Tak sikit banyak mesti roboh tauhu tu...ada tips ke macam mana nak ngeluarkan tauhu tu?
Kalau buat tauhu ni, aku suka letak udang segar potong kecil2. Dah banyak kali buat resepi ni. Resepi asal aku ambil kat blog DJ.
Ni jugak antara fav Eimran. Yasmin memang tak layan langsung tauhu ni. Dia kalau ada ayam, tak kisahlah masak apa pun, laju aje...
sedapp nye..:P
BalasPadam