09 April 2011

Eimran


Dah lama Eimran minta aku belikan jersi bola untuk dia.  Ni gara2 sepupu dia Adli lah ni...Adli ada jersi bola siap ada nama print kat belakang lagi.  Aku cakap kat Eimran, kalau nak kenalah bagi good result masa periksa.  So periksa penggal pertama hari tu, result eimran takat boleh lah...tak adalah teruk sangat.  Boleh lah aku pertimbangkan untuk beli jersi ni.

Jersi ni pun kebetulan saja beli sebab masa tu tengah temankan ayah dia cari safety boot kat area Jln TAR.  Dia pulak ternampak gerai jual jersi ni, apa lagi...Aku pun offerlah nak printkan nama dia.  Punyalah mahal print nama tu kat KL ni.  Satu huruf RM 4.  Untuk nombor lain pulak harganya.  Satu nombor RM 6-7 kalau tak silap.  Mula2 ingat nak letak nama 'eimran'-panjang sangat, tu yang letak nama 'adam' aje.  Lepas tu nak letak tarikh lahir 18, disebabkan satu nombor RM 7 terus aku kata letak bulan ajelah... ngeh..ngeh.. ngeh..Setengah jam dah siap.

Eimran bukan suka sangat kalau aku cerita pasal dia kat blog ni.  Ni pun sebab jumpa Mak De dia minggu lepas, dapatlah aku snap gambar dia ni.  Padahal dah lama juga belikan jersi tu.  Dia malu kalau aku taruk gambar dia kat sini...pemalu ya..ikut sapalah tu ya...

2 ulasan:

  1. ank2 lelaki mmg camtu ler kot...
    yg pompuan plak suka nak bergmbr =)

    BalasPadam
  2. owh!baru tau klo nak print nama kat baju byr ikut huruf.mahalnye!hu3

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails