Mulalah tu dah pandai nak buat aksi...Qaseh sekarang ni kalau nangis aje terutama bila kena marah dengan ibu dia, mulalah dia minta simpati dengan kakak or abang dia tu. Kalau abang dengan kakak peluk, cool down lah sikit dia. Nangis sambil panggil, kak..kak...ibu wat...kalau dia tak biasa dengan seseorang tu pun dia akan nangis sambil panggil kakak or abang dia. Sebenarnya aku suka tengok aksi dia masa tu, macam sayuuuuuuu sangat hati dia...
my girls
Qaseh pun sekarang ni dah pandai nak ajak pergi kedai mamak. Kalau dia nangis aje aku pun umpan lah, jommm kita gi kedai mamak...dia pun, aceh..aceh. Aku kan suka menyakat, aceh tinggal rumah...huaaahhhh...sambung nangis balik. Lepas tu baru aku terhegeh2 nak memujuk...kejikan...ciannnn lah qaseh...
Danialkan dah pergi mengaji. Tiap hari aku mesti tanya, dah baca sampai mana? dah berubah bacaan lum? danial masih baca 'a', 'ba'. 2 tu aje. Aku tanya kat yasmin, naper ustazah tx ubah, yasmin kata mcm mana ustazah nak ubah, bila suruh baca dia baca tapi mata melilau pandang siling...sabar aje lah aku ngan danial ni...Hari tu ada sekali ustazah suruh dia baca 10x 'a', 10x 'ba'. Dia bacalah 'a' dengan 'ba' tu, tapi dalam kelajuan ntah berapa km/h agaknya...
Dua minggu lepas, aku ke sekolah kebangsaan untuk ambik report kad eimran dengan yasmin. Actually yasmin tak ada report kad, cikgu kelas dia cuma tunjukkan kertas soalan periksa yang dia dah jawab kat ibubapa. Periksa pun hanya untuk 2 matapelajaran aje iaitu Bah. Melayu dengan Matematik aje. Cikgu nak bagitau sama ada dia dapat menguasai 3M-membaca,menulis dan mengira. Kalau dia lemah 3M ni, dia akan dimasukkan ke kelas linus. Lebih kurang macam tulah.
Alhamdulillah yasmin berjaya menguasai 3M tu. Even tulisan dia pun boleh tahan jugak aku tengok kat kertas periksa tu. Tapi kalau kat dalam buku latihan, MasyaAllah....
Eimran pulak, cikgu kelas kata dia penyengan. Kurang aktif dalam kelas. Tapi bila diam tu, lagilah cikgu suka nak soal, itupun dia buat diam jugak...sabar ajelah aku...Tapi keseluruhan mata pelajaran dia sederhana aje. Kena usaha lebih lagi...tulah bang, ko malas nak buat latihan...asyik nak mainnnnnnn aje. Bila ibu suruh buat latihan, senang kacang..senang kacang...byklah ko punya kacang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan