20 Ogos 2011

Baju Melayu

 Tunjuk beg ajelah ya.  Ni baju melayu raya untuk eimran dan danial.  Kalau tak silap aku ni kali ke 3 aku beli baju melayu anak lelaki kat sini.  Sanggup tau dari Kajang ke Ampang...semata-mata nak beli baju melayu ni.  Bukan apa, aku suka jahitan dia kemassss sangat.


Tapi hajat di hati tahun ni nak carikan warna hitam untuk dia orang ni, tapi warna hitam tak siap jahit lagi.  Eh..eh..tahun2 sebelum ni aku pergi beli masa dah nak dekat raya, kira last minute lah.  tapi tahun ni aku paksa en suami pergi masa mingggu pertama puasa...tulah kalau pergi lambat, tak dapat lak warna yang sama untuk eimran ngan danial, time pergi awal lak, dapat warna yang sama tapi bukan warna yang di rancang.  Nak tak nak rembat jugaklah warna lain...kalau tak nanti membebel lak ayah dia orang ni...


Kali ni aku siap belikan samping sekali.  Butang baju aje belum ada lagi...ingat lagi tahun lepas, tak ada butang baju, lepas tu sibuk menalipon kakak aku yang duk kat Mantin tu suruh balik cepat bawa butang baju...hahaha..kelam kabut betul...cari jugak butang baju arwah atuk dia orang ni, tapi dah berkarat...yalah dah lama...harap tahun ni tak lupa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails