01 Ogos 2011

Days Before Ramadhan

Biasanya kalau kat kampung aku kat Negeri Sembilan kita orang akan adakan hari "Bantai".  Bukanlah macam orang bantai orang tu pulak.  "Bantai" yang aku maksudkan ni ialah hari penyembelihan lembu.  Selalunya hari bantai ni sehari sebelum raya atau puasa.

Dulu2 kalau arwah mak aku ada, mesti dia akan beli daging untuk buat 'lense'.  Bukan contact lense pulak ya!  Lense ni daging yang direbus dalam kuali.  Just daging, air dan sedikit garam.  Lepas tu adalah pencicahnya.  Tumbuk lada hidup + hirisan bawang dan sedikit santan cair...wallaaahhh...
 camni lah ghoper lense yang aku citerkan tu...
Untuk hari bantai tahun ni, mak chu aku pulak buatkan lense untuk anak2 sedara dia yang yatim piatu ni..sob..sob..sob...

Ada jugak sup kaki lembu yang sodap ni.  Air tangan cousin aku Nina.  Dia ni pandai masak.  Next day tu dia buat nasi ayam pun sodap jugak...
sambal goreng pun ado.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails