02 Ogos 2011

Danial & Buah Rambutan

Rajin dia mengutip buah rambutan ni.  Kalau bukan kesukaan dia, kim salamlah dia nak buat kerja2 ni.  Lagi2 banyak pulak semut kat buah tu.  Silap haribulan kalau di suruh tolong kutip buah ni maunya dia cakap,  buatlah sendiri...ni tak payah tolong, dia aje yang duk masukkan dlm plastik hitam tu.
 konon kuatlah tu nak angkat sendiri...

Kat rumah aku kat kampung bukan tak ada pokok rambutan, ada 2-3 batang tapi semenjak dua menjak ni aku sendiri pun tak berkesempatan lagi nak tengok buah tu bertukar warna dari hijau ke merah.  Kalau nalik kampung tu selalunya dia terus tukar warna ke hitam...yalah dah tinggal kulit sebelah aje kat tangkainya...'sedara' yang kat kampung tu bukan nak ingat kat kita orang pun...cisss...balik kg baru ni lagi haru...kulit rambutan tu boleh pulak di campaknya dlm rumah.  kulit manggis pun ada...sib baik kat rumah aku tu tak ada pokok durian.  Kalau tak ngan kulit durian sekali dia campak dlm rumah...
Sib baik kat rumah mak sedara yang sorang ni ada lagi buah rambutan.  Dapatlah danial pengalaman bertenggek atas pokok rambutan.  Pengalaman berpeluh2 ngutip buah rambutan...cara2 membuang semut dari buah tu...kait pun pakai galah yang diletakkan kayu kat tengah2 nya tu...hanya orang tertentu aje yang tau guna galah tu...
ehhh tu kan kasut raya, apasal pakai gi kait rambutan ???

2 ulasan:

  1. alhamdullilah..rajin nye dia.
    Salam ramadan :)

    BalasPadam
  2. salam.. sedapnya nampak rambutan anak lelaki saya pun suka rambutan.. rindunya nak makan..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails