02 Ogos 2011

Berbuka Puasa @ 1 Ramadhan

Ini adalah antara menu berbuka puasa kami semalam @ 1 Ramadhan.  Ada lagi sambal ayam tapi aku tak ambik gambar lah, sebab dah biasa sangat...nikan blog sambal kicap.. hahaha...
Sebenarnya semalam aku singgah juga kat Pasar Ramadhan, tapi duk pusing jer tak tahu nak beli apa.  Tak ada satu pun yang menarik tertarik selera aku ni.  Sampaikan en suami datang kat aku cakap, kalau nak round aje baik tak payah datang sini...Sungguh aku tak tahu nak makan apa...even nak belikan untuk anak2 yang berpuasa pun aku tak tahu.  Nak beli ayam, asyiklah duk makan ayam.  Kat rumah pun memang dah pesan suruh masak sambal ayam...ayam lagi!!
Sudahnya aku belilah otak2 gombak ni-kesukaan yasmin.  Untuk eimran aku belikan char kue tiau.  Yasmin makan nasi, sebab lapar sangat katanya.  Merengek2 jugak dia dekat2 time nak berbuka tu.  Tapi aku buat tak layan aje.  Dia sibuk cerita budak moral kat kelas dia tak puasa.  Yalah budak moral tukan budak2 yang memang bukan Islam...memang lah tak puasa.
En suami rajin pulak menggoreng ikan kering ni.  Aku ni sebenarnya berazam nak menurunkan beberapa kilo lemak kat badan ni.  Saja aje dia goda aku dengan tempoyak kat bawah ni.  Nasib baik iman aku kuat, tetap tak makan nasi jugak!!! Yeeeahaa...
Kalau hari biasa, ada tempoyak ni, memang 2 pinggan lah aku makan nasi.  Kali ni memang dah berazam ni nak kurangkan berat badan.  Lagipun sekarang ni doktor dah tak bagi ubat darah tinggi lagi, dia suruh control sendiri.  Sebelum ni adalah jugak aku tak makan nasi tapi selalunya tak makan waktu malam.  Lepas tu weekend aku selalu gi jogging.  tu yang darah tinggi aku under control.  Doktor tu siap tanya, ada makan apa2 supplement ke?  Tak ada nyer doktor...
Pencuci mulut adalah buah2an tempatan ni.  Ada jugak tembikai tapi tak ada gambar.  Rambutan tu hasil kaitan kakak aku masa balik kampung hari tu.  Gambar dah dapat, tunggu ya next entry...Masa bersahur tadi, en suami suruh eimran dengan yasmin makan tembikai, pasal dia takut budak 2 orang ni terliur tengok adik2 dia makan siang hari nanti...boleh mcm tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails