05 Ogos 2011

Domino's Pizza @ 4 Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah 5 Ramadhan, bermakna dah lima hari kita berpuasakan?  Cepat aje masa berlalu...

Semalam hujan lebatkan, aku balik sendiri lagi...dah lah beratur panjang, ngan hujan...bas tak ada pulak!  Bila dah hujan ni, jalan kat Kolumpo ni automatik mesti jam kan.  Bosan betul aku...sib baik semalam ada adik tu sudi tumpangkan aku payung dia...kalau tak aku basah sensorang lah...tak ada maknanya kita basah bersama...

3rd day puasa hari tu, anak2 terchenta nak makan KFC, dah di tunaikan.  Semalam aku tak tau nak belikan apa untuk dia orang...lagi sekali 'belikan' bukan masak kan..hahaha.  Sib baik aku teringat kat kupon domino's yang aku beli bulan lepas.  Tak guna2 kan lagi.  Nak senang call ajelah kan.  Bila dengar aku nak order domino's tu, happy kan main lagi eimran.

Disebabkan semalam hujan, aku pun faham mungkin lambat sikitlah nak sampai. Lagipun receptionist yang jawab tu dah bagi tau akan sampai dlm masa 45 minit.  Kalau setuju baru proceed order kalau tak nak tak apa.  Aku ok aje sebab ada kuih untuk dia orang makan dulu sementara tunggu pizza ni.
Sekali tu tak sampai setengah jam aku dengar orang bagi salam...budak2 ni berlari lah nak tengok sapa dtg, sekali..ibuuu pizza dah sampai...walllahh 20 minit aje ko...adik yang hantar tu siap mintak maaf bagai sebab lambat...dia orang rasa dah lambat, siap bagi aku kupon lagi!  Aduuihhh...aku nak menghabiskan kupon yang ada, di tambah lagi kupon... budak2 ni sukalah boleh suruh order lagi!
see, siap ada note lagi..no..no.. you're not late...

Semalam danial merengek suruh belikan bunga api.  manalah aku nak gagau kan dah malam2 tu.  Ngan hujan lagi...lainlah kalau aku baik ngan pak su dia...kwang..kwang..kwang...lu pikirlah sendiri..ehhh..tetiba...

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails