Aktiviti sekolah anak2 terchenta aku awal bulan oct. Kutipan untuk menampung bermacam2 kos kat sekolah. Antara yang aku ingat untuk membaik pulih tandas murid2. Mulanya aku pun berminat jugak nak take part dlm acara walkathon ni, tapi bila tengok 8 km utk peringkat umur aku ni, rasa cam tak confident lak...kalau 4km tu boleh lah kot...hehehe..
aku keluar rumah awal lah jugak, kena cepat2 sebab tak bawa danial dengan qaseh...dia orang tidur lagi...selamattttt...jln kaki aje berdua dengan yasmin. Eimran dah pergi dulu dgn kawan dia. Nak dekat sampai sekolah, jumpa ngan budak2 sekolah ni tengah berlari... hellllloooo ni jogathon ke walkathon??? cikgu yang jaga kat simpang tu siap jerit2 suruh dia orang jalan...
Yasmin sibuk nak masuk playland ni. sekali masuk kena bayar rm4. Masa hari Jumaat pun dia minta duit belanja lebih sebab nak masuk playland ni masa pendidikan jasmani. Tapi aku tak bagi, terus nak merajuk...tau dia cakap apa?? Habissss ibu nak suruh amin duduk sorang sorang dalam kelas ke??? Terror ko menjawab ya...sekali tu cikgu dia tak jadi bawa dia orang masuk playland...hahaha...so hari sabtu tu sibuklah dia nak masuk sini...tak kisah pun kena beratur lama...
Berebut2 nak turun dari ala-ala gunung berapi ni. Yasmin sekali aje masuk kat situ. dia kata tak ada gang, tu yang dia tak enjoy sangat masuk sini.
Lepas tu dia duduk aje kat situ, menunggu masa habis...hangin aje aku ngan dia. Masa nak masuk beria, dah masuk kat situ, duduk diam aje...
Jangan eimran, sampai 4 kali masuk. Cikgu pun perasan dia dengan kawan2 dia dah banyak kali masuk...hehehe...padan muka ko bang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan