Menjadi kepantangan anakanda Adam kalau nampak orang jual buih sabun tu tapi tak beli... setakat tengok aje benda tu...bukan Adam Danial lah namanya.
Walaupun harganya cuma RM 1 setiap satu, tapi kalau ada 3 4 orang anak...tak ada maknanya dia orang nak berkongsi satu botol tu aje. Nak atau tak nak, suka atau tidak...redha ajelah kena bayar RM 3. Nasib baik abang eimran tak nak main dah buih sabun.
Bukan main gembira lagi dia orang bila tengok buih-buih sabun berterbangan kat dalam rumah. Kalau kena dekat kipas angin lagi berganda seronoknya dia orang. Terkekeh kekeh ketawa...kanak-kanak kan...tengok buih sabun berterbangan pun boleh gelak sakan...Bila tengok dia orang riang gembira...tak jadi nak sambung membebel kat rumah pulak... senangkan ajelah hati tengok dia orang tiup buih sabun itu...
Habis main, pandai pandai bibiklah nak mop lantai yang basah itu. Anak-anak dah sambung main kat dalam bilik air pulak. Part ni ibu dia harus kena loud speaker...tak ada kompromi ya anak-anak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan