17 April 2012

Qaseh not well

Batuk teruk sejak hari Jumaat lepas.  Masa aku balik dari kerja Jumaat tu pun rasa tak sedap hati aje tengok keadaan dia.  Yalah dia kecil lagi, tak pandai nak keluarkan kahak tu bila batuk.  Dan aku juga dah bersedia untuk tidak tidur malam tu...tidur2 ayam aje...

Walaupun batuk, dia tetap nak 'nen' juga.  Tapi lepas tu kejap-kejap batuk...kejap kejap batuk.  Kesian betul tengok dia...lesu aje muka dia.
Pagi sabtu tu, atas bantuan abang long(my anak sedara) bawa lah qaseh ke klinik.  Doktor tengok aje terus suruh nurse bagi neubulizer.  Kalau bawa pergi hospital malam tu, sure dah kena tahan ward.  Eimran dulu samalah macam ni...tapi dia lagi teruk, tu yang tak boleh tunggu lagi tu...malam tu juga bawa gi sepital.

Keluar aje dari bilik doktor lepas buat neubulizer ni, elok aje qaseh berlarian.  kalau tak masa sampai tu dia duk diam aje.  Syukur Alhamdulillah...Senang sikit hati aku...

Dan sekarang keadaan dia beransur sihat.  Tapi jangan tak tahu, Ahad malam hari tu dia buat perangai...sangat-sangat menguji kesabaran aku.  Dia tak nak tidur sampai dekat pukul 2 pagi.  Dah lah esok tu aku nak kerja!! 

Tak nak tidur tu tak apalah juga, ni siap menangis yang aku budget orang sebelah rumah pun tak boleh tidur dengar dia punya suara yang dah serak serak basah tu...Bila abang dia marah sebab bising...lagilah dia upkan tone suara dia...aduhaiii...kejap nak tu, kejap nak ni...bila bagi semua salah kat mata dia...nangis lagi...sampai satu tahap tu aku ingat ada 'benda' dah masuk kat badan dia.  Aku pun bacalah Al-Fatihah dengan surah Al-ikhlas.  Boleh pulak dia marah...ibu janganlah ngaji...

At 1.30am tu boleh lagi ajak pergi kedai.  Suruh aku kejutkan abang dia ajak pergi kedai.  Jenuhlah memujuk...senyap kejap...lepas tu sambung lagi nangis...suruh aku telepon ayah dia...dah sah-sah ayah dia dah sampai mana time tu...tidurlah kan...sudahnya aku bagi aje dia tengok gambar ayah dia yang ada kat dlm hp aku tu...
nilah gambar pengubat rindu qaseh...sambil pegang hp tu elok aje dia lelap sampai pagi...
Kalau aku tahu...awal-awal aku suakan gambar ni...Andaiku tahu...


1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails