memang kesian sangat tengok danial masa ni. tergaru-garu...bila buka baju dia kesejukan lah pulak sampai menggigil-gigil. Tu yang doktor selimutkan...aircond terus tutup...masa jumpa doktor tu aku memang suruh bagi injection aje. Sebab bila kena cucuk tu memang akan lega terus...dulu kalau aku kena pun aku akan minta injection...lepas tu terus tidur. Bangun aje dah lega...so kakak susumanis, sila lah dapatkan injection ya...jarum tu kecil aje tau!!!
Even masa 1st time bawa danial kat Hospital Terendak dulu pun nurse bagi injection juga. Balik tu baru boleh tidur dan pagi esoknya dia terus aktif macam tak ada apa-apa berlaku pun sebelum tu...Tapi masa bawa dia kat klinik Fauziah kat Ampang ni, doktor tu (dah lah cantik lemah lembut pulak tu) tak sampai hati nak cucuk. so dia bagi ubat dan kenalah tunggu kejap sampai dia puas hati tengok danial tak gigil-gigil dan tak garu-garu lagi. Lepas bagi makan ubat dia sapukan losyen tu bagi sejuk...sebab bintat-bintat tu panaskan...
tadaaaa...sementara menunggu ubat
orang yang perasan handsome memang tak mahu ambil gambar kalau dah macam tepung gomak...terus paling tempat lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan