Jenuh mencari rempah rendang mak siti, boleh pulak tak ada seantero kawasan rumah aku tu...jadi nak tak nak gunalah rempah rendang adabi. Not bad juga. Masak rendang ni hari Sabtu lepas. Untuk menyambut kepulangan en suami...Sebenarnya hari Sabtu tu aktiviti pagi sampai tengahari penuh...cewahhh...tapi demi yang tercinta aku gagahkan juga mencari bahan nak masak petang tu...
Tak tahu nak masak apa sebenarnya...kalau ikutkan aku nak ajak makan kat luar aje...tapi cam tak syok pulak kan...pasti lah dia pun rindu nak makan masakkan isteri tercinta dia kan...aku aje yg perasan...Dalam duk fikir-fikir tu ini ajelah yang sonang baitu bagi aku. Anak-anak pun suka...so terhasil lah Rendang Ayam Adabi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan