05 Disember 2012

Lunch@PappaRich Setia City Mall

Masa pergi Setia Mall hari tulah lunch kat sini.  En suami yang beria ajak lunch kat sini pasal nak suruh rasa air fav dia tulah.  tapi memang betullah sedapppp...hari tu pernah juga cuba kat cawangan lain, ntah apa-apa aje rasanya.  Tapi kat sini memang terbaekkk...
Nilah air yang dia suka tu.  Namanya soya cincau puding.
 anak-anak dapat milo melimpah ruah macam tu sukalah kan...
kat belakang tu Setia City Mall Convention Centre.  Dah namanya lunch mestilah ada makan kan.  Eimran suka western, so dia ordered chicken chop, yasmin dengan nasi lemak lauk kari ayam, danial senang dengan bubur aje.  Aku shared char kue teow dengan en suami.  Qaseh pun share bubur dengan abang danial.  
Habis makan teruslah balik rumah.  Tapi tak balik terus juga, still menyinggah sana sini.  Ingat nak singgah MAHA, tengok jamm cam tak mampu pulak rasanya nak mengharungi kesesakan kereta yang nak ke MAHA tu.  Itu belum lagi masuk ke dalam.
sudahnya kita orang ke Bangi...Eimran tak habis lagi nak kasut bola pulak.  Al-ikhsan kan tengah year end sales ni, tulah yang dia duk rengekkan kat aku.
terima kasih datang jenguk sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails