03 Disember 2012

Langkawi-Kuala Perlis-Kangar

Baca tajuk macam jauh ajer perjalanan aku kan...padahal sepelaung aje...hehehe... sorrylah lama tertunggak nak menghabiskan cerita langkawi ni.  Ada ke yg menunggu....adalah tuh...i know who u are...tak per..terima kasih ya...sudi dtg baca...walaupun ntah apa-apa aje cerita kat sini..auwww...maluuuu...
Okeylah last day kat Langkawi tu, memang siap2 nak balik aje.  Tapi pagi tu sempatlah anak2 pergi pantai lagi sekali.  Gambar tak adalah pulak...mak sibuk mengemas...Sebelum balik tu aku ngan kakak aku sempatlah sekali lalu lagi membeli belah kat area pantai chenang tu aje...sekejap aje pun.  Lepas tu terus balik ke chalet dan bersiap nak menunggu bas pulak.  Sampai kat jeti ni, kita orang take turn pergi lunch sebab tak sebab nanti tak ada sapa nak jaga beg dan barang2 hasil rembatan kat sini.  Lunch pun KFC aje...macamlah kat KL tak ada KFC kan???  Nak buat macam mana, tu aje yang cepat...
Ni dah nak naik feri dah ni...
 masa pergi naik feri bahagia 99, balik naik Lada 3
Naik Lada 3 best, lajuuuuu...
 muka penat dan lega dah masuk dalam feri
 qaseh sempat rembat selipar ni kat jeti kuala perlis
Dari Kuala Perlis, menuggu drivers pergi ambil kereta pulak.  Lepas tu terus zasss ke penginapan seterusnya, mana lagi kalau tak kat Kangar pulak.  kali ni kita orang duduk rest house kot kat sebelah sungai kat kangar tu.  Cam tulah rupa rest house kat kangar.
Berdepan dengan rest house tu, ada jambatan gantung ni hah.  Sukalah budak-budak turun naik kat situ, aku pulak yang seriau...petang-petang ramailah orang kangar keluar beriadah kat area sini.  Pagi-pagi pulak ada group ahso pulak bertaichi...
 sempatlah budak nit-nit ni berposing kat depan jambatan tu...
 danial sampai ke atas dengan abang adli...
tak taulah dia lepas ke seberang sana ke tak...
Malamnya pulak mendapat undangan makan malam kat rumah kakak BIL aku.  Masakan kampung.  Ada ulam-ulaman, gulai rebung, ikan goreng garingggg dengan ikan pekasam.  ada lagi lauk lain, tak ingat dah...
 tu ikan pekasam ngan sambal belacan
 gulai rebung
dulu dia orang selalu buat acar rebung..sedappp...
Lepas makan, duk sembang-sembang bagi makanan turun, sebab ada lagi sebuah rumah nak pergi...tuan rumah buat laksa.  Tu gambar anak-anak bergumbira sebab dah kenyang.
Rasanya everytime aku follow kakak aku balik Kangar, cam harussss aje pergi rumah kawan dia ni.  Dan hari tu dah kali ketiga ke kali keempat aku pergi rumah orang tu.  Laksa kat rumah kawan dia ni, memang terbaekkkk...
Aku makan bertambah dua kali walaupun sebelum tu dah makan nasi..eehhhh...
memang balik dari berjalan ni, jarum timbang laju aje bergerak, menciiii...
Habis makan laksa ni, kita orang terus balik ke resthouse kat kangar tu, beradu...
esok masih ada untuk ke Padang Besar pulak...
Gambar kat Padang Besar tak ada, sibuk aje dia orang ni
memborong lagi...
aku pun tak beli apa, utk anak-anak aje..
eimran dengan jersey bola tak habis-habis
yasmin nak jam tangan aje...kat kolumpo tak ada ke???
danial dpt sehelai t-shirt dengan baju tidur batman
qaseh dapat sehelai t-shirt aje.
lain semua makanan...ehhh makan lagi!!!
Dari Padang Besar ni, kita orang stop makan tengahari kat area 
kangar juga, lepas tu lalu sg baru utk membeli 
ikan pekasam, belacan dan seangkatan dgnnya.
Habis tu terus balik Kolumpo.  Singgah kat Jejantas Sg Buloh
untuk pertukaran passenger dan makan sate hj samuri..
makan lagiiii...ya perjalanan kita orang ni penuh dengan
makan...makan...dan makan...dia orang risau betul kalau
tak ada makan...Sampai rumah kat Kajang dalam 11 malam kot...
Riuh rendah suara budak-budak ni dapat jumpa
ayah dia...
ok habis sudah cerita ceriti langkawi dan percutian kali ni.
sekarang sibuk nak membuat persiapan persekolah anak-anak pulak.
tq for reading

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails