11 Disember 2012

Terung Grilled Berlada

Aku masak lauk biasa-biasa aje.  Bidan terjun namanya.  Untuk dinner beberapa minggu yang lepas.  Tujuan utama adalah nak menghabiskan stok sayur kat dalam fridge aku tu.  Aku memang tak beli banyak sangat sayur-mayur sebab bibik aku tu kureng sikit bab-bab sayur ni.  Kalau aku tak cakap suruh masak sayur, memang layu di tasik madu lah sayur-sayur yang aku beli.
Tujuan asal aku beli terung ni nak masak pajeri lah konon-kononnya...tapi time nak masak tu kenalah tunggu hari sabtu or ahad...tapi dua hari ni asyiklah penuh programme aku.  Sudahnya hari tu aku grilled kan aje terung tu.  Lepas tu buatkan sambal tu, aku masuk kan aje apa bahan yang ada kat rumah.  Macam yang aku buat ni, aku tumbuk kasar udang kering, bawang putih ngan bawang merah.  Lepas tu tumiskan lada.  Dah garing, aku campakkan aje bahan2 tumbuk tu.  Lepas tu sesuka hati nak letak sos cili atau segala sos yang ada.  Tapi rasalah kesedapannya...
Pagi esoknya on the way nak pergi kerja, wajib tanya kat en suami...okey tak saya masak terung semalam???  Sedap...saya puji ikhlas ni...wahhh kembang ahkak...lagi semangat aku nak masak??? kim salam...muahahaha
okey tq for reading.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails