Macam mana nak mandi kolam, dah sampai kat rumah dia waktu tengahari...ayah dia orang pesan jangan mandi waktu tengahari...aku menurut perintah saja...dah tengahari, perut pun lapar...so aku dah sms kakak aku bagitahu yang aku lapar!!!hahaha...hanya dia yang faham maksud tersirat itu...maka ke mana dan di mana hala tuju selepas itu???
Pilihan di tangan aku...terus laju-laju cakap nak makan kat chilli's...sebab utama dah lama benor mak cik nak ke KLCC tu...lagi satu sebab nak ke KLCC ni, nak makan pop corn Garrett tu hah. Dah lamakan dia bertapak kat KLCC tu...baru ni aku nak pergi mendapatkannya...Jadi tertunailah sudah impian aku...hahaha...
Tahu ajelah kan kalau nak makan kat Chilli's tu macam mana beraturnya kan...maka berpusinglah kita orang kat Stadium dengan Kinnokuniya...masih tak ada tempat juga. Anak pompuan aku dua orang tu dah mula buat perangai...kalau nak sesuatu lepas tu tak dapat, macam tulah dia orang...budak-budak kan...aku bukan tak nak belikan, aku cuma tak nak biasakan dia orang...time minta aje dapat...minta aje dapat...sorry ya anak-anak...melainkan kalau benda tu penting untuk kegunaan sekolah...itu lainlah kan...nampak tu kat belakang sana, yasmin dah merajuk..soriiii mak tak layan...
zoom sikit
tak adanya aku nak pujuk...tu mak ngahnya pujuk pun dia jual mahal....
sori naik lori..
qaseh pun sama
Lega sikit bila dah dapat tempat kat dalam Chilli's ni.
mengadap air pancut lagi...
masa ni belum dapat mewarna lagi...mainlah apa yang ada
lega sikit aku bila dia orang dah leka mewarna.
ni budak yang merajuk tadi...dapat makanan terus senyap...
qaseh makan piza aje
ni aku punya tapi tak habis...bagi kat eimran seketul.
dia makan burger aje...
Lepas habis makan memang nak terus balik, sebab danial dah bising nak mandi kolam. Tapi sabarlah mak ko tak dapat lagi pop corn idaman dia...Aku beli yang caramel crisp...sekali yasmin nak yang cheezy cheese...tak sedap cheezy cheese tu, rasa lemau aje. Yang caramel tu sedap lerr tapi manis...sesekali boleh lah, selalu jangan...mahal nak!
Kat KLCC dah ada parking khas untuk wanita. Bagus kan...dah lama ya...aku baru tahu...
Dah jom balik...anak-anak aku tak sabar nak mandi kolam...sekali ngam-ngam kita orang keluar dari KLCC ayah dia call tanya bila nak balik...Lepas tu ngam-ngam sampai rumah kakak aku, hujan turun dengan lebatnya...Kesian kat dia orang terlepas nak mandi kolam. Tak per, lain kali ya anak-anak...
Tq for reading