08 Januari 2013

Sekolah 2013

Awal-awal tahun ni mestilah up cerita anak-anak ke sekolah, ya tak?  Ahkak pun tak naklah ketinggalan, lagipun bolehlah nanti anak-anak baca apa yang omak eh menceceh kat blog ni hah...Tahun ni memang perancangan awal nak menghantar qaseh ke sekolah tadika.  Nanti kalau dah tak ada bibik, nak hantar dia duduk nursery aje...kesian pulak kat dia sorang-sorang tak ada abang or kakak yang temankan kat nursery nanti...tu pasallah aku nak hantar juga dia ke sekolah.  Lagipun budak kenit ni memang over excited nak pergi sekolah.  Hari-hari memang dah pesan suruh beli baju sekolah...masa pergi ambil baju sekolah dia hari tu, terus di peluknya, tak mau lepas dah...dia juga yang pegang sendiri sampai rumah.  
1st day sekolah hari tu pagi-pagi lagi aku dah ke hulu ke hilir...walaupun ada driver tapi penat juga turun naik kereta...hahaha...pepagi lagi dah berkejar ke sekolah agama yasmin nak settle yuran.  Lepas tu berkejar pulak ke sekolah menengah eimran nak membeli buku segalanya...tengok beratur panjang, tak jadi beli.  Time ni budak dua orang ni sibuklah duk called tanya bila nak hantar dia orang pergi sekolah...amboiii tak sabar korang ya...Pagi lagi dah siap pakai baju sekolah.  
Balik rumah by tengahari tu tengok yasmin pulak nak bersiap ke sekolah kebangsaan.  Terus hantar qaseh dan danial ke sekolah Pasti.  Danial biasalah terlebih manja kan...muka dah cuak aje bila tengok ada budak nangis jerit-jerit...aduhaiii...lepas tu boleh pulak demand tak nak naik kelas atas...qaseh masa ni rileks lagi...
tu qaseh tengah gigit jari tu...leka tengok ada budak nangis jerit-jerit...mesti dia pelik...naperlah pergi sekolah nak nangis...
Tu danial duduk kat depan sikit.  Demand kan tak nak naik kelas atas.  Murid 6 tahun kena naik kelas kat atas, danial cakap kat aku suruh bagitahu cikgu yang dia tak mau naik atas... ni bukan sekolah ibu ya sayang...ikutlah arahan anak ku...
Qaseh melilau ajer cari aku...mak ko sibuk ambil gambar dari pelbagai sudut...hahaha...
Bila cikgu kata nak kunci pagar aje, aku pun berkejar pulak ke sekolah yasmin pula.  Budak dua orang tu aku tinggalkan aje...
Sibuk lah pulak mencari kelas yasmin, kat tingkat 3 rupanya.  Tapi aku cam pelik juga apasal tak ada ibubapa pun ni, kecuali kat ruang legar untuk murid tahun 1.  Konon nak bayar yuran untuk sekolah keb. sekali guru kelas dia cakap tak ada yuran puan, tunggu surat sekolah untuk yuran PIBG...wahhh...bagusnya...baru ahkak tau...janji ditepati gitu...
Dari sekolah yasmin, pergi pulak sekolah eimran...nak membeli buku yang tak berjaya pada waktu pagi...sib baik belah petang ni tak ramai sangat orang, bolehlah aku beratur.  Settled semua baru boleh balik rumah nak bernafas sekejap.  Dapatlah jugak selayang dua...Terkejut ngam-ngam lagi lima belas minit pukul 4.  Kelam kabut pulak nak mengambil danial ngan qaseh.  Nak cari kan van pun ya juga.  
Sekali masa aku sampai nak ambil dia orang tu, cikgu cakap dua-dua menangis...aduhaiiilah ...tapi masa masuk kereta tu, elok aje senyum senyum...tapi mengakulah menangis sebab cari ibu tak ada...alololoooo...
Hari kedua sekolah lagi haru...dua-dua menangis tak kasi aku balik...Ntah kenapa hari kedua tu lagi ramai pulak budak menangis...ada yang siap baring-baring jerit panggil omak eh...aku suspek tu pasal lah qaseh pun ikut menangis...hari kedua tu, qaseh siap meraung-raung...cam berlumba-lumba lak sapa paling kuat nangis..hahaha...danial pun sama menangis-nangis manja...panggg karang baru ko tahu!!!
Hari ketiga sekolah tu aku dah start kerja, dan balik rumah tu dapat tahu yang qaseh tak pergi sekolah.  Hari Isnin pulak, masa aku ajak nak pergi bayar yuran, meraung-raung tak nak ikut...hahaha...selalu meraung-raung nak ikut, sekarang tak nak dah ikut...sebut sekolah pun cam trauma aje dia...Suprisingly malam tu masa aku balik kerja, dia nak pulak pergi sekolah...haiii qaseh...kejap nak pergi, kejap tak nak pergi...suka hati ko ajekan...
Kiranya dah tiga harilah dia pergi sekolah dan dah tiga lagu dia belajar nyanyi kat sekolah. Tapi bila suruh nyanyi kat ruma, malu malu...auwww...So tengoklah dalam sebulan ni, berapa hari dia pergi sekolah...harapnya berterusanla...
Ni ajelah gambar kakak min yang sempat aku ambil.  Dari hari pertama lagi dia pergi dan balik sekolah naik van.  Sendirian berhad aje dia...tapi minggu ni ada juga dia buat perangai nangis-nangis bangun pagi tak nak pergi sekolah...aku cuma warning...jangan bagi ibu jerit pagi-pagi ni ya!!!muahahha...kejamkan...terus dia masuk bilik air.  Sekarang ni aku tengah mengajar dia supaya berjimat cermat...kata nak pergi Legoland...so far berjayalah dia menyimpan RM1 dari sekolah agama dan sekolah kebangsaan. 
Gambar abang eimran berbaju sekolah menengah aje tak ada...dia tu sukalah kalau aku tak berjaya ambil gambar dia...tak nak masuk blog ibu, sudahhh...
Terkedek-kedek budak kenit ni balik sekolah...beg tu lagi besar dari dia...Ada cerita, qaseh kata, ada budak tu nak pegang beg aceh, ibu..habis aceh cakap apa? aceh kata jangan...wahhh kan main garang ko ya!!! Lepas tu dia tengok beg adam pulak ibu...aceh marah ke dia tengok beg abang...tak biarlah...amboiiii...jaga barang dia aje ya...abang punya dia biarkan aje...bertuah betul...
ok tu aje cerita persekolahan anak-anak aku.  Tq for reading...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails