09 Januari 2013

Balik Kampung...

Balik kampung penghujung 2012 hari tu...sebelum tu dah balik masa pertengahan bulan dua belas.  Dua-dua sebab kepulangan kitaorang atas jemputan saudara yang mengahwinkan anak dia orang.  Pertengahan bulan hari tu kat Kg Permatang Pasir sebelah arwah abah aku.  Kali ni pulak kat Kg Pengkalan Durian sebelah arwah mak aku.
Aku sampai dalam pukul 2 petang jugak lah.  Singgah sana sini dulu...mak kan banyak urusan...patutnya petang tu dah kena pergi rumah orang kahwin, majlis nikah selepas asar...tapi di sebabkan masalah teknikal...teknikallah sangatkan...aku bawa baju sepasang aje...tak sanggup  pulak nak ke rumah orang kahwin dengan berseluar jeans...so duduk ajelah kat rumah ngan anak-anak and kak Adda.
Sebelah petang sikit tu, kita orang mulakan operasi membakar sate...susah rupanya nak membakar sate ni tau!!  Kalau setakat mengipas tu, sapa-sapa pun boleh okey...maksud aku susah tu sebab nak menghidupkan arang tu...habis segala daun kering, ranting-ranting aku suruh anak-anak kutip buat umpan...surat khabar lama tak payah cakaplahkan....
Selepas bersusah payah, akhirnya berjaya juga kitaorang menghidupkan arang tu...Maka dengan itu berjayalah kita orang menyantap sebahagian dari sate-sate itu...haaaiii penat mengipas nak hidupkan arang tu, haruslah aku ngap dulu...
Sebelah malam pun ada lagi upacara berinai kat rumah pengantin...seperti yang aku dah bagitahu awal-awal tadi...ahkak bawa baju sepasang aje...tak kan nak pakai baju 'kelawar' pulak kan...lagipun danial dan qaseh dah selamat beradu...kepenatan menolong omak eh membakar sate...Tapikan lepas tu en suami ajak ke PD menyertai ahli keluarga dia dari Ampang bercuti kat Glory pulak...ahkak okey jer...maka berhangkutlah kitaorang anak beranak malam tu ke PD pulak...gi PD pakai jeans no hal okey...muahahhaha...alasankan...
Dah tengahari gopoh-gopoh aku balik kampung...kampung aku ngan PD tu sepelaung aje!!!  Tapi boleh pulak hari tu kat PD jamm...maka jadilah berpelaung-laung...Kelam kabut bersiap pulak untuk ke rumah pengantin...Tapi dari pemerhatian aku, aku bukanlah lambat mana pun...sempatlah jugak jumpa mak-mak sedara yang jarang-jarang jumpa...hanya dengar cerita aje...tu gambar aku ngan anak-anak...sebelah tu aunty zizah.
Ni pun sebaris mak sedara aku...belakang tu mak lang saodah, mak chu dan aunty zizah.
Tu gambar pak cik aku ngan kakak aku.  Kat belakang dia orang tu ada orang nyanyi-nyanyi. Sedap suara dia...sib baik makan buffet, kalau berhidang mahu aku makan bertambah-tambah sebab sambil makan terleka dengar dia orang nyanyi...auwww...
Ni ajelah gambar pengantin yang dapat aku snap.  Pengantin perempuan tulah yang bersaudara dengan kita orang.  Pelamin dia sangat cantik...
Ni pinggan aku...rezeki orang datang lambat...dapatlah udang galah tu.  Ada ketam juga, tapi almaklumlah kat majlis orang, tak kan nak buat cam rumah sendiri pulak bila makan ketam...Tapi bukan makan sorang tau, suapkan jugak untuk danial ngan qaseh...alasan lagi..hahaha...Pak cik aku siap ambik semangkuk ayam golek...ehh sekarang ni kalau kenduri kahwin mesti ada ayam golek kan...sos pencicah dia sedap...
Tq for reading...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails