29 Jun 2011

Wordless Wednesday #1

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

23 Jun 2011

Terima Kasih Yasmin

Beberapa hari lepas masa nak tidur yasmin cakap :

Yasmin :  bu, esok boleh tak bagi amin duit belanja lebih.  seringgit dengan lima puluh sen.

Aku      :  nak buat apa?

Yasmin :  amin nak beli sesuatu utk ibu kat kedai buku.  Hari tu kan happy besday ibu..

Aku      :  eh kalau nak bagi hadiah kat ibu, kenalah guna duit sendiri.  kan ibu dah bagi  
duit belanja, kenalah simpan.

Yasmin :  alaaaa..yang ibu bagi tu amin nak beli makan

Aku      :  perut dia jugak yang dia utamakan(dalam hati ajelah, sambil senyum2 kat dia)
              oklah, nnt ingatkan ibu...

Yasmin :  tima kasih ibu..

Semalam masa aku balik kerja, dia tak ada kat rumah sbb dah pergi ngaji, so wakilnya danial lah yang tolong sampaikan 'love' tu.  Aku terkejutlah sebab mcm dah kena gigit...aku pun tanyalah danial, sapa makan ni?  qaseh..qaseh...
Bila dia balik dari ngaji aku pun buat2lah tanya mana hadiah tu?  Laju aje dia cari tapi dia pun sama terkejut nengok 'love' tu dah kena gigit...muka cam nak nangis aje tanya sapa buat?  Sebelum hujan lebat, cepat2 aku pujuk kata, tak apalah...walaupun dah kena gigit ibu suka sangat yang penting amin ingat kat ibu...terima kasih yasmin...

Bang..ko tak ingat ke kat ibu????

21 Jun 2011

Milk A Deal @ MAD

Akhirnya aku pun terjebak sama mengorder kek cawan yang sedap ni dari MAD.  Aku order bulan Mei lepas, tapi baru ni aku gi collect.  Sebelum gi tengok wayang, aku pergi collect kek ni.  Sebenarnya ada macaron sekali tapi sungguh tak senonoh...tx sempat nak gambar!  Aku berjaya selamatkan 1 aje macaron untuk kakak aku...tu pun tak dpt nak snap gak sebab lupalah pulokkkkkkkkk....
Sebenarnyakan masa ambik kek cawan ngan macaron tu, Tina dah pesan kalau nak makan macaron tu kena tunggu few hours.  Aku pun dengan confidentnya cakap okkkkkkk...tapi bila masuk kereta aje, tulah yang dia orang duk attack dulu...yalah kaler2kan...aku cakaplah ni(sambil tunjuk kat macaron tu) tak boleh makan lagi, kena tunggu 2-3 jam lagi baru boleh makan.  30 minit aje dia orang boleh tahan, lepas tu tanya lagi...apesal lambat sangat boleh makan?  orang tu kata baru masak, kenalah tunggu...alaaa tak kisahlah, bagi jerlah...lepas tu, ada lagi...laaa suka ke?  tak sangka pulak tekak omputih ya...selalu kalau resepi omputih ni tak mau sokmo...sapa tu?? hahaha lu pikirlah sendiri...

Tapi carrot cheese tu memanglah SEDAPPPPP...terasa-rasa kat bibir lagi ni...danial makan cream cheese tu aje, kek dia bagi kat aku.  eimran tak ada mood nak makan sedap terover excited nak tengok wayang...selamat satu cupcake...yasmin rasa sikit aje...selamat lagi satu...ayah dia orang tak nak dah, sebab dah makan macaron...qaseh pun tak nak jugak.  Sudahnya 4 biji tu selamat masuk perut aku sorang...hahahaha...

20 Jun 2011

Kungfu Panda 2


Hari tu kan aku gi collect tiket wayang kat nuffnang, ingat lagi tx?  So sabtu lepas barulah berjaya gi menonton dengan anak2 bertuah...yaaaa..bersama anak2 bertuah termasuk danial dan qaseh.  Tak ada sorang pun tertinggal kecuali ayah dia orang yang siang2 lagi dah cakap tak nak pergi...dulu masa dating ok aje gi tengok wayang....Ni jugak kira pertama kali aku masuk panggung balik selepas kahwin and beranak pinak!  Selepas 10 tahun tu...
Kita orang tengok citer kungfu panda 2.  Memula eimran nak tengok x-men tapi pukul 10 mlm.  Citer ni aje dlm pukul 5.20pm.  So layan ajelah...20 minit pertama danial dengan qaseh duk diam sebab takut tengok screen besar ngan sound system berdengung.  qaseh siap peluk kuat lagi kat aku...tapi siap lah lepas tu...engine dia orang dah panasssss...tak tau duk diam.  Nasib baik kita orang dapat seats kat depannnnnnnnn sekali, so budak 2 orang ni syok aje kejap kat aku kejap kat makngahnya...bila aku suh diam, danial selamba dek aje,' i'm sorry...byklah ko punya sorry...gi naik lori...
Eimran kata dia suka sangat tengok citer ni.  Esp part Po duk main2 ngan bom tu.  Ada part jugak yang danial ketawa mengekek macam paham aje...
Sebelum balik suruh anak2 bertuah ni posing dulu kat transformers yang nak keluar hujung bulan ni...alamakkkk...dah janjilah ngan eimran nak tengok yang 3D punya...habislah aku dia tuntut nanti...boleh dengan syarat danial dan qaseh sila duduk rumah...sapa nak jaga???

Ayahku Hebat

Bukan sekolahku hebat ya...tapi ayahku yang hebat.  Ni statement terbaru dari danial.  Budak kecik cam dia tak pandai tipukan...so silalah percaya...muahahahah...
Apo bondo eh yang ayah ko hebat bonar tu??? cer citer..cer citer...

Muahahahhaaa...aku nak gelak guling2 dulu...Minggu lepas aku rasa en suami mengemaskan permainan anak2 bertuah yang dah rosak nak di cik tong kan aje...sekali tu ada satu robot danial baru aje beli tapi dah tak berfungsi.  Beli mahal ok...kalau kat toys r us tak apalah jugak, tapi ni beli kat kedai mamak belakang rumah aje...robot tu berfungsi sehari aje...next day tu memang dah tx boleh jalan.  Danial ni kalau dah jahanam, memang dia tak pedulikan dah.  Lepas tu ada hati mintak beli yang baru...kalau dengan ibu, kim salam ya...

Kalau tengok gambar ni memanglah TERhebat...kiri kanan tu bagi anak minum...tapi yang danial kata hebat tu sebab ayah dia berjaya menghidupkan balik robot dia yang dah lama 'k o' tu...hampir2 ke cik tong jugak.  terharu ayah ko danial...

Walau apapun...Selamat Hari Bapa.  Semua ayah kat dunia ni memang hebat di mata anak masing2...

17 Jun 2011

Renungan Bersama di Hari Jumaat

Aku dapat email dari seorang kawan.  Aku rasa sesuai benar kalau aku kongsikan kat sini.
Berulang kali aku duk baca petikan ni...nak kena cari buku dia ni...
DIJADIKAN IKTIBAR SERTA RENUNGAN

Memetik kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali: “kita yang sentiasa dalam kesibukan dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita setiap hari diziarahi malaikat maut. Maut yang tidak mengenal usia, bukan syarat tua atau muda.’ Rintihnya lagi: ‘masa untuk menangis sudah tiba selepas panjang masanya aku ketawa.’

Bob atau nama penuhnya, Muhammad Hakim Loqman, yang kini berada dalam ‘alam baru’ kehidupannya, tidak pernah mengatakan menjadi anak seni itu salah, namun keadaan sekeliling boleh ‘melemas’ dan ‘menenggelamkan’ mereka menjadi alpa pada janji mereka kepada Yang Maha Esa.

Sejak kecil Bob diasuh dengan ilmu agama yang secukupnya. Meningkat usia remaja, dihantar ke sekolah Arab, Maahad Hamidiah di Kajang dan menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Empat Senawi. Menyedari ada yang memandang sinis dengan perubahan hidupnya itu, Bob tidak berkecil hati sebaliknya terus memanjatkan doa agar Allah SWT menetapkan hatinya.

Rabu lalu, wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN, bertandang ke kediamannya di Saujana Akasia, Sungai Buloh. Bob dengan nada yang cukup tenang menceritakan lembaran baru hidupnya.

KESEDARAN paling besar untuk berubah datang ketika saya terlantar di hospital, menjalani pembedahan dalam perut akibat ulser. Bersebelahan katil saya ada seorang pesakit. Siangnya dia ceria, lalu saya berbual-bual dengannya. Pada sebelah malamnya dia sudah tiada, pergi buat selama-lamanya. Ya Allah! 'Aku pula macam mana? Entah bila pula aku akan menyusulnya'. Perasaan cuak dan takutkan kedatangan maut membuatkan hati tidak tenteram. Persediaan saya untuk menghadap Allah SWT, belum cukup, semuanya serba kekurangan. Tiba-tiba saya teringat, apa gunanya rumah dan kereta besar kerana bila mati kita akan tinggalkan segala di dunia ini melainkan kain kapan dan amalan yang baik. Kejadian itulah menjadi titik baru dalam hidup saya. Setiap orang mesti melakukan perubahan dalam hidup dan perubahan yang berlaku pada saya terjadi secara perlahan-lahan iaitu sejak tiga tahun lalu tetapi tiada yang tahu. Selain peristiwa yang saya ceritakan tadi, saya mula terasa hendak berubah selepas berkahwin kali kedua (Norelawati Daud, 33). Perkahwinan pertama saya hanya bertahan enam tahun. Kemudian saya hidup menduda selama enam tahun, barulah bertemu jodoh semula dengan isteri baru ini. Tetapi ketika itu saya masih berlakon dan rasa untuk berubah itu tidaklah begitu kronik. Kemudian saya diserang penyakit ulser sehingga saya terpaksa dibedah. Keadaan itu membuatkan hati saya semakin kuat mencari hala tuju yang betul dalam hidup ini.

Selepas menghadapi kematian pesakit sebelah katil dan penyakit saya pulih, saya mula mendaki tangga masjid dan mendengar kuliah agama. Daripada situ saya berjumpa ramai ustaz dan mendalami ilmu agama dengan mereka. Perlahan-lahan saya masuk tarikat dan menyertai pergerakan Islam. Sejak itu, orang mula panggil saya mengajar dan memberi ceramah agama walaupun ilmu di dada belum cukup. Namun ustaz-ustaz yang saya berguru dengan mereka menggalakkan saya menerima jemputan itu kerana kata mereka sambil belajar dan mengajar, Allah SWT akan menambahkan ilmu kepada kita. Untuk berubah ke arah kebaikan bukan senang, banyak rintangan. Apabila saya mengambil keputusan berhenti berlakon, bapa saya pun risau, bimbang anak isteri saya tak makan. Dugaan datang lagi, tiba-tiba tawaran berlakon datang mencurah dan kalau dicongak bayarannya dalam RM48,000. Alhamdulillah, saya mendapat isteri yang memahami perjuangan saya dan minta saya menolak tawaran itu. Kemudian masalah lain pula datang apabila rumah yang saya diami sekarang kena potong bekalan elektrik.

Tawaran berlakon datang lagi. Sekali lagi isteri mengingatkan niat saya untuk berubah dan hampir seminggu kami bergelap. Saya juga bercadang menjual banglo ini yang dibeli ketika saya masih berlakon kerana tidak mampu duduk di rumah besar ini. Saya merancang dengan wang hasil jualan banglo ini saya akan membeli sebidang tanah di pinggir kota, buat rumah dan tinggal di sana. Dapatlah saya belajar agama dan berzikir untuk menguatkan iman. Namun Allah SWT itu sudah menyediakan ‘perancangan’ lain untuk saya di mana selepas itu saya mendapat banyak jemputan mengadakan ceramah, menjual buku, kitab dan apa saya yang halal untuk menyara anak isteri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezeki dari jalan yang diredai-Nya dan saya sekeluarga dapat terus menetap di banglo ini. Sekarang saya berceramah di seluruh negara mengajar ilmu Tauhid dengan mengambil contoh kehidupan saya sendiri. Apabila saya ingin mengubah cara hidup, saya tak kata bidang lakonan itu salah. Apa yang salah adalah rencah-rencah di dalamnya. Sebaik saja kita keluar rumah tengok perempuan tidak bertudung sudah berdosa tetapi masyarakat menganggap ia perkara biasa dan bukan kesalahan besar. Bertudung adalah wajib.

Saya tak salahkan pelakon tetapi keadaan sekeliling menjadikan bidang lakonan itu nampak tidak betul. Disebabkan itu, saya tidak boleh meneruskan kerjaya lakonan kerana timbul konflik dalam diri. Saya belajar agama tetapi masih hendak berlakon dan pada waktu sama, saya tak tahu sama ada rezeki yang saya dapat itu halal atau haram. Apabila kita tidak pasti kedudukan rezeki yang kita dapat itu, macam mana ia dikira syubhah iaitu perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh orang ramai, yang masih samar-samar halal atau haramnya. Ada kala tiba waktu solat, produksi masih membuat penggambaran, jadi di manakah keberkatan rezeki yang kita cari? Pada bulan puasa pula, ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam usaha membentuk diri sendiri ke jalan kebaikan, kita kena mencorakkan masyarakat sekali. Misalnya, saya tak boleh melarang anak-anak saya daripada bercampur gaul dengan masyarakat. Jadi kita kena mengajak sama masyarakat untuk berubah, barulah kita akan mendapat persekitaran yang sihat kerana kita saling menyokong ke arah kebaikan. Apabila belajar, saya kena beramal dengannya. Sejak kecil saya memang sudah ada asas agama. Apabila kita belajar ilmu Allah SWT, kita akan tahu kenapa kita dilahirkan dan apa janji kita pada-Nya. Saya berdakwah di serata tempat termasuk ke sarang judi dan tempat orang main burung. Saya ke sana tidak lama, dapat bercakap sekejap dengan mereka pun jadilah. Saya akan bercakap mengenai hidup dan mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Barangkali ada yang mempersoalkan sejauh mana perubahan saya ini akan berkekalan. Pada saya itu semua kuasa Allah SWT, untuk berbuat kebaikan pasti datang godaan. Justeru kita kena berusaha menguatkan iman di dada. Seiring dengan perubahan, pasti ada ujian-Nya. Pun begitu Allah SWT akan memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan mereka tetapi ramai yang tak tahan, tak sabar dan tidak reda. Artis misalnya, asyik menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Tak seronoklah kalau hanya memandu kereta kecil, hendak juga melaram dengan kereta mewah. Godaan yang macam itulah ada sesetengah artis yang sudah berubah gagal mempertahankan iman mereka. Iblis dan syaitan akan terus memainkan peranan mereka. Semuanya berlaku kerana terlalu mengikut kehendak duniawi dan terpaksa patuh kepada pandangan masyarakat.

Jangan jadikan rumah besar dengan pagar tinggi satu kemegahan kerana rumah yang berkat apabila tetamu boleh datang sampai ke muka pintu rumah kita-aku suka statement ni... Untuk menambahkan lagi keberkatan itu, apabila ada kelapangan ajaklah rakan dan jiran tetangga bertandang ke rumah serta jamu mereka dengan rezeki yang kita ada. Sekiranya tidak sibuk, saya mengadakan tazkirah di rumah dengan mengajak jiran berdekatan mendengarnya sebagai saling ingat mengingati. Ada juga artis yang datang mendengar ceramah saya di masjid di mana saya pernah nampak Adam AF dan Wahid Senario. Apabila M Rajoli meninggal dunia, ramai pengarah drama mahu saya menggantikan tempat Allahyarham. Ilmu agama M Rajoli sangat hebat dan saya belum sampai ke tahap itu. M Rajoli terus berlakon kerana imannya sangat kuat dan mampu menepis segala godaan duniawi. Saya pula perlu belajar lagi untuk menguatkan keimanan saya terhadap Allah SWT. Saya tidak memandang rendah kepada sesiapa pun kerana urusan ibadah kita, hanya Allah SWT yang tahu-ingatan pada diri aku jugak... Rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat luas dan kita tidak mampu membalasnya. Nikmat bernafas dan mata melihat pun sudah cukup besar. Kita mesti belajar mengenali Allah SWT dan barulah kita berasa takut dengan-Nya. Sebenarnya sejak dulu, saya tak minat berlakon tetapi saya terpaksa melakukannya demi mencari rezeki. Saya juga menulis lirik lagu dan pernah dapat royalti hampir RM100,000. Tetapi selepas kemunculan ramai penulis lirik, saya tinggalkan bidang itu. Kini, semua yang saya lakukan dulu tinggal sejarah. Mengenai Awie yang melahirkan rasa tidak puas hatinya pada saya baru-baru ini, saya tak marah. Kami kawan lama dan Awie seorang yang sangat baik hati. Emak bapa dia pun orang baik-baik. Apabila saya berubah, saya mahu mengajak Awie sekali kerana saya sayangkannya. Apabila kita menganjur atau mengadakan konsert, banyak dosanya.

Jadi saya mahu mengajak Awie belajar agama dengan guru agama bertauliah berpandukan al-Quran dan kitab lama di Shah Alam. Tetapi Awie tidak jawab panggilan saya sehinggalah ceritanya keluar dalam akhbar. Saya tak kisah dan saya pasti kalau berjumpa dengannya nanti, kami tetap boleh ketawa bersama. Bukan saja Awie malah ada juga ustaz yang memperlekehkan perubahan saya ini, jadi apalah sangat saya hendak ambil hati dengan komen Awie itu. Berjuang untuk agama tidak semestinya kita terpaksa mengangkat senjata tetapi ia adalah perjuangan hati. Saya dalam proses menulis buku Mendaki Nafsu yang sudah siap 30 peratus. Ia cerita mengenai perjuangan manusia menukar nafsu amarah ke nafsu kamil (kebaikan).

Kalau kita hendak tahu sama ada hidup kita di dunia ini berkat atau tidak, tengoklah siapa yang datang pada hari kematian kita dan siapa yang menghantar kita ke kubur.
Mungkin ramai yang ‘menghantar’ tetapi dalam ramai itu, ada juga yang tidak tahu membaca al-Fatihah.
Jadi, macam mana mereka mahu sedekahkan al-Fatihah kepada si mati. Kita menziarahi orang mati untuk mengambil iktibar. Kita mahu ke ke syurga Allah SWT yang tiada ternilai itu dan bukan ke neraka-Nya yang menyediakan seksaan amat berat. Justeru, bersedialah secukupnya sebelum kembali ke sisi-Nya.”

Wassalam.

Dadih Segera

Aku buat dadih ni  petang ahad dengan harapan dan hajat bolehlah anak2 aku makan hari isnin esoknya sebagai kudap2an sementara aku pergi kerja.  Hellllooooo...tak sempat sejuk dadih ni dah di sudu dek danial...dia begitu terliur nak makan dadih ni.  Asyik duk rasa dah keras lum..dah keras lum...aku tak taulah dia sorang makan berapa cawan.
Masa duk isi dadih dalam bekas ni, aku dah warning kat yasmin dgn eimran, bekas besar ni untuk ayah dengan ibu aje.  budak kecil sila makan dlm cawan aje....yasmin kata, kedekut ibu ni...tak aci...ibu dpt byk, kitaorg sikit aje...helo,helo...sapa besar kenalah makan byk...budak kecik makan sikit...

By the time aku nak nengok konsert akhir AF tu, dah tinggal bekas yang besar aje.  Yang lain tu kebanyakannya di makan oleh danial sambil tengok cd dlm bilik...sabar ajelah aku...
Bila aku nak makan lak, eimran duk depan aku sambil nganga2 mulut suh suap...sudahnya aku bagi aje kat dia.  Dapat lah aku dlm 4-5 sudu...jadilah...nanti ibu buat lagi ya...

16 Jun 2011

Dinner

Ni dinner sabtu minggu lepas...skrg baru nak keluar segala menu tok nenek yang tertunggak...tak tau nak masak apa dah...nak makan nasi, lauk daging dah licin masa lunch lagi...balik dari riadah petang kat stadium kajang, ajaklah en suami singgah kedai nak beli bahan nak masak mee hoon.  Aku ni jenis yang bila nak buat baru gi beli.  Kalau beli siap2 confirmed tak berbuat...sudahnya ke cik tonglah jawabnya.
Walaupun nampak suram aje ghoper mee hoon aku tu, tapi habis jugaklah sebungkus mee hoon cap bintang...rasanya cap bintang ni dari zaman aku sek ren dulu lagi kan...apakah maknanya tu ??? sedap ?  mungkinnnn...atau dia orang kelaparan selepas buat senaman ringan kat stadium kajang ???

Lunch

Ni bukan menu lunch hari ni ya...ni menu lunch hari sabtu or ahad lepas...aku pun dah tak ingat...dah lama tak makan daging, tu yang beli kat pasar tani hari khamis.  Mahal eh daging skrg...ke aku yang tak pernah beli...ngeh..ngeh..ngeh...sekilo dlm RM 18, kalau batang pinang sekilo RM 23. 
Aku nak masak lada hitam tapi sos lada hitam dah habislah pulak...sonang baitu masak sambal ajelah...saja aku buat berkuah biar senang anak2 aku nak makan ada kuah sikit.  Sedapppp...daging pun lembutttt aje.  sapa lagi nak puji kalau tx diri sendiri...

Eksidensi

Maunya tak eksiden kalau dlm gelap pun nak melompat2...Aku dah tutup lampu pun budak 2 orang ni masih syok lagi nak bergurau senda...sekali berlaga...sapa yang sakit???  Danial punya meraungggg...tak sanggup aku nak dengar.  Dalam samar2 kegelapan tu tengok mulut dia berdarah.. panik kita orang.  Kelam kabut on kan lampu balik...sekali tengok sikit jer...

Berlaga ngan kepala dak kecik ni hah...bila aku sibuk ambik gambar danial dia pun terus baring suh ambik gambar dia lak...masa danial duk meraung tu, dia pun panik gak...kejap tengok ayah dia, kejap tengok aku...takutlah tu kena marah...
dia pun nak ambik gambar gak...

15 Jun 2011

Puding Marble

Aku buat puding ni hari Jumaat minggu lepas.  Ambik reseipi kat rumah Shidah.  senang bangeeetttt nak membuatnya. 
Danial suka betul ngan puding marble ni.  Petang Jumaat tu aku tengok dah tinggal sikit.  Pagi sabtu tu Danial yang perabih kan semua...nanti ibu buat lagi ya...

Terima Kasih Nuffnang

Last week aku gi collect ticket wayang ni kat Nuffnang opis kat Jln Yap Ah Shak.  Ni pun secara tak sengaja aku baca kat blog MDT- dah pergi collect tiket ni.  Aku pun apa lagi cepat2lah check gmail aku lak, Alhamdulillah ada...

Terus google kat mana letaknya Jalan Yap Ah Shak ni...tak nak lah sesat barat mencari.  Tahu ajelah jalan kat KL ni bukan boleh suka suki nak buat U turn...Lagi satu kalau pergi dengan en suami, dia tak suka nak cari2, pastikan tempat tu kat mana baru ajak dia...bengang kan...
Masa duk posing2 nak ambik  gambar tiket ni, eimran dah suka nak gi tengok wayang...sibuk duk tanya bila nak pergi, citer apa...Lepas tu yasmin lak tanya, bila nak tengok wayang ?  Kalau budak pompuan tu dah tahu..habislah aku...confirmed 40 kali dia akan ulang soalan...so untuk menyelamatkan mulut aku dari keletihan nak menjawab, tiket ni untuk orang dewasa sahaja...habis kenapa ada 4? ibu dengan ayah, makngah dengan pakngah...keji kan...hahahaha...muka yasmin mulalah kememeh nak menangis...habis budak2 nak duduk mana?  duklah rumah...

Setakat ni belum berkesempatan nak pergi TGV lagi.  Teruja gak ni nak pergi tgk wayang, almaklumlah lepas kahwin terus stop menjejakkan kaki ke panggung wayang ni...kesian kat diri sendiri...

09 Jun 2011

Riadah di Petang Hari

Sekarang ni sejak cuti sekolah, aku kena menapak ke stadium kajang almost everyday.  Tak adalah jauh mana pun, tapi tau ajelah traffik jam kat kajang tu, susah gak nak lintas.  Kat stadium ni dah ada playground tu yang anak2 bertuah aku ni asyik duk sebut bila lah nak bawa gi main kat situ...hahhhh ambik ko...sekarang ni tiap2 petang dia orang main kat situ!




 Danial ni tak tentu arah nak main mana satu...dia boleh aje lari sana sini sorang2.  Jenuh jugaklah abang dia nak monitor.  Kalau aku ada, akulah yang duk follow dia sana sini. 
Minggu lepas aku ada offer kat eimran suh main basikal yang kat bawah tu, tapi dia shy-shy cat...baru hari isnin lepas dia kata nak main.  15 minit dikenakan bayaran RM 5.  Oklah tu.  Dapatlah dia dengan yasmin 4 round stadium bola kat kajang tu. Yasmin kalau buat 40 pusingan boleh kurus kot...hehehehe...
Danial teror betul naik motor ni.  Pandai aje dia control handle tu.  Naik ni 5 minit RM 3.  Disebabkan menunggu abang dengan kakak lama sgt, danial naik sampai 2 kali.  tu pun bila nak balik menangis jugak, kena dukung masuk kereta...hishhhh...
Aku duk sibuk ambik gambar abang2 ngan kakaknya, tak sedar qaseh dah masuk dlm kereta ni.  Nak naik kereta polis aje, padahal kat sebelah lagi tu ada kereta kaler pink, tak mau dia...
 ni baru nak mula...
eimran sentiasa tunggu yasmin.  Even ada sekali tu kaki yasmin tersepit, eimran siap offer tukar basikal...macam tulah abang yang baik...
Masa nak balik adalah masa yang paling kritikal.  Danial kalau boleh nak main lagi...budak kecik tu memang lah tak faham bahasa lagi...sudahnya aku dukunglah dia.  Qaseh kat dlm kereta pun dah menangis nak naik kereta control tu lagi...Sepanjang jalan balik tu danial tak habis2 ngomel, baik ibu belikan adam motorsikal tu...berkali2 ok, sampai at last aku cakap,ok...ingatkan sonyaplah dia, rupanya, baik ibu cakap janji belikan adam motorsikal tu...muahahahaa manalah dia belajar suruh aku janji lak tu...tang janji tu susah sikitlah danial...janji manismu boleh...

I am 38

08 Jun 2011

Lunch@rumahku syurgaku

Sabtu lepas jugak, kakak aku nun di seberang laut datang lunch kat rumah.  Di sebabkan last minute bagi tau nak datang, so aku masak ajelah apa yang ada kat dlm peti ais aku tu.  Kalau dia bagitau seminggu awal, mau gak aku buat kambing panggang...muahahahha...
 morrocon salad

Ni aje gambar yang aku sempat dan teringat nak snap.  Ada lagi lauk lain cam ayam goreng dengan pajeri terung.  Aku tak sempat nak buat puding what so ever as pencuci mulut.  Aku suruh cuci mulut kat sinki aje...muehehehe...

 since ada stok buah, ni ajelah jadi pencuci mulut...
tetamu aku...

Jemput2 Udang

Aku buat jemput2 ni hari Sabtu lepas.  Ni pun sebab bw kat blog sapa ntah aku pun tak ingat.  Nampak jemput2 udang ni, terliuq aku...
Aku letak udang frest potong kecik2 + daun bawang + lada hidup merah potong kecik2 jugak.  Sedap cicah dengan sos cili thai. 

06 Jun 2011

Cerita Qaseh

Apa lagi nak citer kat blog kalau tak citer pasal anak2...nak citer pasal masak2, aku bukannya terror pun.  Kalau setakat yang main campak2 tu, boleh lah. Kalau bab makan, boleh sangat...hehehe..

Untuk kali ni, tataplah wajah qaseh ni.  Dia suka kalau di pakaikan tudung.  Tapi cuba pakaikan topi ke, cekak rambut ke, memang confirm tak sempat nak snap gambar dah di tariknya...kalau pakaikan tudung ni, dia suka..harap2 sampai ke besarlah qaseh akan suka bertudung...amin.
Tak lama lagi qaseh dah nak masuk 2 tahun.  Kejap aje dah besar budak kecil ni.  Masih nak nennnnn lagi.  Kadang tu tak menyempat sampai rumah, dalam kereta lagi dia dah, mamamama...bila tanya nak apa, nennnnn...tunggu sampai rumah, terus huahhhhhhhhh...geram tau ngan budak kecil ni...

Bila aku load gambar2 dia ni, tetiba aje hati rasa sayu...tx taulah kenapa...qaseh ni kadang2 bila buat muka donn dia tu, rasa gerammmm aje aku...rasa nak gigit2 aje pipi dia tu...skrg ni dah banyak kepandaian dia.  Kalau bab mendengki dengan abg danial dia no.1.  Kalau dia buat dek aje bila aku panggil, terus aku panggil danial...hahh laju ko dia datang...
Qaseh paling suka main air...yalah budak2 kan...sapa yang tak suka main air.  Tapi air kat bilik air aje, cuba suruh mandi kat pool, kim salam...mungkin belum lagi kot.  Boleh di katakan setiap kali baju dia 'ter'kotor sikit aje pun dia nak suruh tukar baju, tu semua alasan nak mandi lah tu...kadang tu sampai 7 kali sehari dia nak mandi.  Sebelum tidur kalau aku nak tukarkan diaper dia pun dia boleh nak mandi lagi.  tapi dengan ibu dia ni, sori naik lorilah ya nak melayan dah malam2 buta tu...hehehe..kejikan...

Paling syahdu bila aku panggil, qasehhh...ya mama...ntah manalah dia dapat perkataan 'mama' tu, aku pun tak tau...tak kisahlah qaseh, janji bila ibu panggil ko jawab...
Qaseh paling tak kisah kalau makan pedas.  Kadang aku pulak yang risau dia suka makan benda pedas2 ni.  Kalau makan fries mesti cicah ngan sos cili...fries sebatang tak habis lagi tapi dia asyik duk cicah dlm sos.  Lepas tu selamba dekkk aje tahan pedas.  Kalau danial ngan yasmin tu dah menggelupur mintak air...

Satu lagi perangai qaseh ni suka berebut handphone...kalau dia dapat kim salam lah dia nak pass kat orang lain.  Kalau tak bagi, confirmed memang tak dengar apa yang orang sebelah sana cakap...suara dia ni, bak kata ayah dia cam jannnn...tan...dahlah kasar...kuat pulak tu..tx payah pakai loud speaker! 

Sehari lepas ambik gambar bertudung tu, aku berjaya snap gambar qaseh yang tengah menganga ni...nganga besar lagi tu...

nampak gigi yang dah nak penuh tu...

Tapi yang bestnya, lepas aku tunjuk gambar mulut ternganga dia ni, terus senyum2...

Cerita ceriti

Lama babas gak tx update blog.  Hari ni aku nak update citer basi untuk rekod aku di masa akan datang. 

Lepas 3 beranak demam hari tu, hari Jumaatnya aku pulak berjangkit.  Bukan demam cuma pening kepala yang tx boleh nak cakap...hehehe...Dahlah balik kerja tu naik bas, sampai aje kat Kajang, terus muntah belahak...ingatkan lepas muntah tu hilang lah sakit kepala aku ni, rupanya tx jugak.  Masa nak tidur tu, eimran, yasmin dengan danial take turn tolong picitkan kepala.  Danial baru pegang aje dah tanya, dah ke bu...saja aje aku buli kata, belum...apa taknya, baru dua tiga kali picit dah tanya, dah ke, dah ke..sudahnya aku kata, dah...laju aje dia melompat turun katil...

28hb Mei, kita orang buat kenduri tahlil dan doa selamat.  Tapi kali ni tx buat kat kampung.  Kita orang buat kat rumah kakak aku kat Mantin.  Masak2 kat rumah dia lepas tu hantar ke surau.  Walaupun masih pening2 lalat pagi tu, aku orang pertama sampai kat rumah dia.  Dapatlah tolong kupas bawang dengan kopek udang.  Disebabkan tak sihat ni jugaklah aku tak ada mood langsung nak ambik gambar.  Padahal kamera ada je dlm beg.
Malamnya pun aku tak join ke surau pasal pening, so aku tolonglah sikit2 mengemaskan apa yang patut kat rumah dia tu.  Lauk malam tu, ayam goreng resepi mak long, sambal udang + petai, ikan tumis asam, buah tembikai.  Untuk lauk tengahari tu pulak ada gulai tempoyak...walaupun fav. tapi tak berani nak makan banyak, pasal pucuk ubikan takut angin.

Even lauk kenduri tu pun aku tak makan masa malam tu, tak ada selera langsung.  nasib baik aku tapau sikit, hari ahad tu baru makan...sambal udang pun dah tinggal kepala aje, jadilah...

Dan semalam pulak, rumah BIL aku pulak buat kenduri kesyukuran.  Penat weiiihhh sampai malam aku duk melepak kat rumah dia.  Nasi beriani + ayam masak merah...siap tapau lagi...ngeh..ngeh..ngeh...

01 Jun 2011

Rambutan

Dua kali dah beli rambutan kat pasar malam.  Danial suka betul.  Kalau dia ikut pergi pasar malam tu, lepas tu dia nampak ada rambutan, siap tarik2 lagi tangan aku ni suruh beli.  masa aku beli memula hari tu 2 kilo RM 10.  Tapi yang ni en suami beli 2 kilo RM 12.
Dah dua kali beli rambutan ni, dua kali jugak aku tak makan walau sebijik pun.  Macam tak selera nak makan rambutan siam ni.  Aku nak makan rambutan kat kampung....ntah ada rezeki kitaorang ntah tidak...

Qaseh

Nampak tu airmata dia...mengalir laju...melalak macam tak mau berhenti...bila aku masuk bilik nak ambik kamera, terus senyap...
Pandai pulak nak lap airmata dia...malu ehh...ciannn qaseh...muncung cam donald duck.. tau aje orang nak ambik gambar dia.
Dari airmuka dia tu aku tahu hati dia masih 'panas' lagi tu...maunya tak panas, ayah dia gatal pi lastik getah tepat lak kena kat dada dia tu...maunya tak melalak...tulah sapa suruh pakai low cut lagi...hahaha... baju tu yasmin punya, tapi dah tx muat, aku kata simpan untuk qaseh tapi di pakaikan dekat qaseh...
 muka sedih...
 daring tengok ayah dia...sambil tu tangan dia tx duduk diam...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

 konon nak balas balik lah tu...
ciannnn qaseh...mana abang danial ni, tak tolong pun...tengah leka tengok cd power ranger, sabar ajelah...
Related Posts with Thumbnails