Last week aku gi collect ticket wayang ni kat Nuffnang opis kat Jln Yap Ah Shak. Ni pun secara tak sengaja aku baca kat blog MDT- dah pergi collect tiket ni. Aku pun apa lagi cepat2lah check gmail aku lak, Alhamdulillah ada...
Terus google kat mana letaknya Jalan Yap Ah Shak ni...tak nak lah sesat barat mencari. Tahu ajelah jalan kat KL ni bukan boleh suka suki nak buat U turn...Lagi satu kalau pergi dengan en suami, dia tak suka nak cari2, pastikan tempat tu kat mana baru ajak dia...bengang kan...
Masa duk posing2 nak ambik gambar tiket ni, eimran dah suka nak gi tengok wayang...sibuk duk tanya bila nak pergi, citer apa...Lepas tu yasmin lak tanya, bila nak tengok wayang ? Kalau budak pompuan tu dah tahu..habislah aku...confirmed 40 kali dia akan ulang soalan...so untuk menyelamatkan mulut aku dari keletihan nak menjawab, tiket ni untuk orang dewasa sahaja...habis kenapa ada 4? ibu dengan ayah, makngah dengan pakngah...keji kan...hahahaha...muka yasmin mulalah kememeh nak menangis...habis budak2 nak duduk mana? duklah rumah...
Setakat ni belum berkesempatan nak pergi TGV lagi. Teruja gak ni nak pergi tgk wayang, almaklumlah lepas kahwin terus stop menjejakkan kaki ke panggung wayang ni...kesian kat diri sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan