Danial ni tak tentu arah nak main mana satu...dia boleh aje lari sana sini sorang2. Jenuh jugaklah abang dia nak monitor. Kalau aku ada, akulah yang duk follow dia sana sini.
Minggu lepas aku ada offer kat eimran suh main basikal yang kat bawah tu, tapi dia shy-shy cat...baru hari isnin lepas dia kata nak main. 15 minit dikenakan bayaran RM 5. Oklah tu. Dapatlah dia dengan yasmin 4 round stadium bola kat kajang tu. Yasmin kalau buat 40 pusingan boleh kurus kot...hehehehe...
Danial teror betul naik motor ni. Pandai aje dia control handle tu. Naik ni 5 minit RM 3. Disebabkan menunggu abang dengan kakak lama sgt, danial naik sampai 2 kali. tu pun bila nak balik menangis jugak, kena dukung masuk kereta...hishhhh...
Aku duk sibuk ambik gambar abang2 ngan kakaknya, tak sedar qaseh dah masuk dlm kereta ni. Nak naik kereta polis aje, padahal kat sebelah lagi tu ada kereta kaler pink, tak mau dia...
ni baru nak mula...
eimran sentiasa tunggu yasmin. Even ada sekali tu kaki yasmin tersepit, eimran siap offer tukar basikal...macam tulah abang yang baik...Masa nak balik adalah masa yang paling kritikal. Danial kalau boleh nak main lagi...budak kecik tu memang lah tak faham bahasa lagi...sudahnya aku dukunglah dia. Qaseh kat dlm kereta pun dah menangis nak naik kereta control tu lagi...Sepanjang jalan balik tu danial tak habis2 ngomel, baik ibu belikan adam motorsikal tu...berkali2 ok, sampai at last aku cakap,ok...ingatkan sonyaplah dia, rupanya, baik ibu cakap janji belikan adam motorsikal tu...muahahahaa manalah dia belajar suruh aku janji lak tu...tang janji tu susah sikitlah danial...janji manismu boleh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan