28 September 2012

Rileks Time

Masa jalan2 kat Ampang Point hari tu, terus ajak kakak aku gi urut kaki/refleksology.  Tingkat berapa aku tak ingatlah tapi sama floor ngan kedai buku popular.  Kita orang ambil 1 jam.  Wahh bestnya...nampak slow and lembut aje tangan dia duk ngurut, tapi kuat tau...
urutan siam tu...
Memula kaki di rendam kat dalam air yang boleh tahan jugak panasnya.  Fuhh hilang penat2 aku beraktiviti belah pagi tu.
Masa aku tengah berurut nilah yasmin duk sibuk tanya pukul berapa? lagi berapa lama nak habis?  Haaaiiiiyaaa...baru nak ambil mood rileks2 sekali tengok dia dah 'hujan'...sabar ajelah aku.  Lepas tu masa kat Popular, hilang pedoman sekejap dia.  syok aje ambil tu ambil ni...aku pulak yang rasa nak 'ribut taufan' masa kat cashier...hehehe
Tulah aktiviti sabtu lepas.  Malamnya pulak gi makan satay kat satay station. entry tu aku dah buat awal2 lagi.Aku kan suka buat entry sesedap rasa, tak ikut susunan langsung...
Tq korang baca entry merapu aku ni.

27 September 2012

Lunch@Wong Solo Tmn Dagang, Ampang

Lunch apa ke nama kalau dah pukul 3...sianlah kat anak2 aku, lambat lunch.  Sib baik tak ada yang gastrik...Ini adalah kejadian hari Sabtu lepas.  Aku ada aktiviti korporat sampai pukul 1, lepas tu kena pulak balik sendirikan...haruslah dia orang kena tunggu aku, tu yang sampai pukul 3 petang..
Malas nak fikir kat mana nak makan, yang senang dan memang akan lalu kat laluan ni, singgah ajelah.  Aku share aje ngan Yasmin...dia tu bukan makan sangat nasi, nak ayam aje yang lebih.  
Add on gado-gado ni.
Aku order air ni, apa ke namanya...jus poligami.  Sedap jugak.  Danial order carrot susu lepas tu tak nak. Paw air makngah dia.  Yang lain milo ais ngan sirap.  Habis makan2 ni, balik rumah jap, buat apa yang patut, lepas tu keluar ke Ampang Point pulak.  Tulah tujuan utama anak-anak aku terutama Eimran nak ke Desa Pandan tu.  Oklah, lepas ni aku ngan kakak aku bersantai2an kat Ampang Point sampai Yasmin menangis kebosanan.  Teruk betul dia tu...
Oklah, tq for reading.

26 September 2012

Sup Ikan Merah

Ini adalah schedule post...aku letak tengahari sebab masa buat ni memang untuk lunch time.  Sesuai sangatlah kan dengan waktu sekarang.  Tapi bukan aku masak hari ni tau...ni menu satu atau dua minggu yang lepas.  So semuanya tinggal gambar aje...
Masa nak masak sup ni, aku main hentam kromo aje...ingat2 lupa...ayat macam orang terror masak ajekan..hehehe...Sesuka hati aku aje nak masukkan apa.  Aku ada letak karot ngan tomato.  Aku ada letak jugak rempah kurma dalam sesudu besar jugaklah.  End up rasanya bolehlahhhh...rasalah sup ikan...ngeh..ngeh..ngeh...
Aku dah bagitau ngan anak-anak aku, kalau tak sedap, letak aje kicap..hahaha...nampak macam tak ada sapa pun yang letak kicap..maknanya oklah tu kan...pujilah diri sendiri...
semenjak dua menjak ni, tahap kemalasan aku nak memasak adalah maks.  sebab tu entry pun lemau aje...kalau masak tu, rajin jugaklah aku nak snap2 gambar...ni harapkan bibik ajelah masak...balik2 sambal...kuasa aku nak ambil gambar samballll...tu banyak gambar makan kat kedai aje, dasar pemalaskan...haiii cepatlah datang balik aura kerajinan aku ni...hik..hik..hik...macamlah masakan aku tu mengancam sangatttt...
oklah tq for reading.  Jom lunch.

Awak Suka Saya Tak

Mestilah sukaaaaa....maunya tak suka...hahhh orang dah lama khatam baca buku ni, aku baru hegeh2 nak baca.  Dah tinggal separuh dah.  Gigih ni nak menghabiskan...oppsss... kang ada lak yang komen, novel baca, al-quran tak baca...takkanlah baca quran nak cakap kat sini.  Yang itu biarlah Allah aje yang tahu...betul tak??
Baru beli kat Popular Ampang Point hari Sabtu lepas.  Menemankan eimran yang sibuk nak tambah game baru kat PSP dia...ikutkan ajelah.  Kali ni tak fikir dah, nampak aje buku ni, terus pegang...tapi sayangnya eimran boleh pulak tak bawa kad popular dia...haishhh kalau tak dah boleh dapat discout.
Tak sabar ni nak menghabiskan cecepat.  Lagipun ada 3 lagi novel yang tengah menunggu untuk di baca.
Tq korang baca entry aku yang ntah apa-apa ni..

25 September 2012

Satay...Satay...

Minggu lepas lepaskan, tekak aku teringin sangat-sangat nak makan Willy Satay yang kat Sg Ramal tu.  Selalu lalu bila balik kerja, panjang orang beratur.  Itu petanda awal menunjukkan sedaplah kan.  Tapi memang dah tak ada rezeki aku kot, dua kali kita orang pergi, tutuplah pulak...sob..sob..sob...lepas tu adalah sekali lepas tu ajak jugak en suami pergi lagi, tapi dia sibuk, balik malam, tak sempat nak pergi...makan hati betul aku!
Sudahnya aku order ajelah satay kat belakang rumah.  Kecewa kan...lepas tu rileks aje aku gi order 80 cucuk...hambekkk kau!!  sampai orang tu tanya, ada tetamu ke?? tak lah, saya anak beranak aje makan...ngeh..ngeh..ngeh...
Satay belakang rumah ni jugaklah yang kita orang selalu order masa time raya.  Kuah dia bagi pun banyak.  Aku masih simpan lagi kuah lebihan satay ni, lepas tu makan dengan nasi panas...sedapppp....Satay tu tak habis sekali hadap tau, besoknya jadilah sarapan pagi kita orang...panaskan aje, still sedap.
Lepas tu hari Sabtu lepas my sister ajak pulak makan satay kat Satay Station Kg Pandan tu.  Bolehlah...lama jugak tak makan kat satay station.  Yang lain makan mee rebus, aku aje makan satay...Gambar mee rebus tak ambil pulak...dah aku tak makan, kuasa nak ngambil gambarnya...

Satay daging ni...*mcmlah orang tak tahu*.  Kuah satay dia biasa aje, bagi tekak aku ni, sedap lagi kuah satay yang kat belakang rumah aku tu.  So nanti lepas ni kalau order utk raya, tak payah lah korang nak outer2 lagi.  Gitu pun sedap.  Secucuk satay kat sini RM 1.  Kalau kat belakang rumah aku tu 70 sen.  Tapi yang satay station punya memang besar lah. Meleleh dah ni tengok satay2 nih...tapi nak Satay Willy jugak!!!
Oklah...tq for reading ya.

23 September 2012

Udah Sampai Bukkk...

Udah sampai ni hah barang kamu...
 ini yang di ordernyer...ish..ish..ish...
ini juga
mereka mereka ini yang menyibuk nak buka...harap maaf bukk

22 September 2012

Bunga-bunga di laman ku

Banyak sangatlah tu bunga kat laman ko ya!!!??? Nilah satu-satunya pokok bunga yang aku ada.  Letih dah sebenarnya mengajak en suami gi beli pokok bunga...sentiasa mendapat bantahan aje.  Sudahnya aku pun malas dah nak mengajak...nanti buat sakit hati tak pasal dapat dosa free...
Aku rasa pokok ni berbunga sepanjang tahunlah.  Tak perasan pulak aku bila time berbunga, bila time gugur...yang aku nampak dia berbunga sokmo...Tak lama lagi nak kena cantas dah tu...

21 September 2012

Sayang Qaseh

 memula kakak tolong pakaikan adiknya seluar
 abang danial tolong adik dia pakai baju
nilah abang dan kakak yang baik...yang rajin...yang sayang kat adik dia...
sejuk hati ibu...ehhh abang eimran mana???
main PSP lah apa lagi!!!

20 September 2012

Homst...Homst...Dan Homst @ Prima Saujana

Minggu lepas 2 kali kita orang dinner kat sini.  Bukanlah berturut2, selang beberapa hari aje.  Makan kat luar bukan bermakna aku tak masak ya...masak untuk lunch tu sudah semestinyalah kan.  Cuma masa makan kat sini, kita orang ada urusan kat luar, terus ajelah dinner sekali.  Lagipun selalunya, en suami on the way nak balik rumah, call suruh siap nak keluar...apalagi...menggelupurlah anak-anak tercinta aku ni...hehehe...
Bukan tak ada restaurant lain, ada tu memang ada tapi Homst ni jugaklah yang menjadi pilihan utama.  Mana taknya, yang hari tu, kecewa punya pasal terus aku pangkah dah tak nak pergi...tak pergi yang kat area rumah aku tulah, kat cawangan lain tu InsyaAllah kalau ada jodoh, aku singgahlah.  Terutama yang kat Setia Mall...kan en suami nak suruh rasa air tersedap ituuuu..
Mula2 pergi tu kita orang makan nasi dengan lauk pauk.  Ini tahu jepun masak apa tak ingat dah.  ada rasa masam2 gitu...sedap.  Tapi tak habis aku suruh tapau.  Esoknya aku yang perabihkan.  Kesedapannya tetap sama.
Yang ni macam dah jadi menu tetap pulak...tiap kali makan nasi mesti nak order ni, fillet asam pedas...terbaekkkk..masa nak tapau tu aku siap selak2 kot ada isi lagi, kalau ada confirm aku suruh tapau jugak.  Tapi tinggal kuah aje, tak payah lah...malu pulak nak tapau kuah aje..hehehe...
Ni kung po chicken.  actually kat sini ada size bila nak order lauk2 ni.  yang ni aku ambil size 'm'.  Pun ada extra, so kita tapau lah juga.  Jangan membazir kan.
Baby kailan ni aku ambil size 's' aje, tak sangka pulak mendapat sambutan.  habis licin.
Tu ada siakap masak apa ntah, masa order tu tunjuk gambar aje...kalau tak silap macam ada hongk kong style ke apa.  Yang pasti bukan gangnam style ya...
 Tinggal kepala aje hah...gambar air aje tak ada.  yasmin kalau dtg makan kat sini mesti nak order ribena special.  actually ribena campur laici.  eimran pulak sirap laici.  danial, qaseh ngan bibik minum milo ais.  ayah dia order limau asam boi, sekali kena kebas ngan danial...terus order lagi satu.  Aku punya limau ais aje.
Ni pulak masa datang kali kedua.  Kali ni semua tak nak makan nasi.  so eimran hanya order tomyam, tanpa nasi.
yasmin nak kue tiaw ngan ribena special dia tulah.  Bila dah dpt air, sikit aje dia makan kue tiaw ni.
Aku orderkan danial yee mee kung fu ni.  Tapi danial request juga nak lala, so aku orderkan dia lala sweet sour.  Dua-dua dia makan habis.
 ni aku punya, sizzling yee mee...biasa2 aje.  kalau sizzling aku lagi suka yang dekat pavillion...
 ni pun aku punya.  ni size 's' aje, tapi still byk. walaupun aku tulis aku punya, yasmin punya ke, danial punya ke, tapi kita tak ngap sorang2, semua rasa sorang sikit.  en suami order mee kari.  tu pun sedap katanya.  
ni pulak pau bbq chicken kalau tak silap.  saja order nak try rasa.  sedap jugak...1 set ada 3 ketul pau tu.  ada balance 1, bawa balik sekali terjatuh dlm kereta...tak ada rezeki lah tu kan...
Sebab utama kita orang suka pergi Homst ni, service adalah lajuuuuuuu...order aje, dalam 5 minit gitu dah sampai makanan.  Walaupun ramai orang, tak adalah lambat sampai setengah jam nak menunggu.  Makanan pulak memang menepati selera kami seisi keluarga.
Ada sekali hari tu kita orang makan kat area depan KPJ Kajang...rasa macam nak balik aje dah...Nak dapat air aje sampai 3 kali aku panggil pelayan kedai tu.  Masa tu yasmin dah buat muka sebab dia dah dahaga sangat.  Aku pujuklah jugak, bagitau sebab orang memang ramai pulak masa tu.  Kita orang order satay ngan western food-chicken chop ngan fish n chip.  Sampai habis kita orang makan satay, western food anak2 aku tu tak sampai2 juga.  En suami kata kalau dia orang tak buat lagi, kita cancel ajelah, kalau dah buat, kita tapau.  Tu pun kena panggil dua tiga kali tanya, dah buat ke western food tadi...nanti kak..saya check...lepas tu tak datang pun bagi tahu...panggil pulak yang lain...pun sama....ntah apa yang di check ntahlah...aku dah hangin dah ni...Total masa menunggu, tak payahlah kira western food tu, menunggu air aje nak dekat 40 minit...terus aku cakap, lepas ni kita makan kat Homst ajelah ya...
Tapi aku tengok, ada satu family tu, anak dia dah sampai bersila duduk, satay yang dia orang makan pun dah habis, air tak sampai jugak.  Bila kita orang dah dapat minuman, baru dia dapat, padahal dia orang lagi dulu sampai dari kita orang...En suami kata dia orang beriman...sabarrr gitu...hahaha...perli aku lah tu...bila western food anak2 aku dah sampai, baru makanan lain dia orang sampai...aku ingatkan dia orang makan satay aje.  rupanya ada order lain juga...hahaha...  masa satay dia dah habis tu, aku cakap kat en suami, orang tu tak order air ke??? cam pelik lah pulak...makan tak ada air...sekali memang service lembabbbbbb....punyalah sabar orang tu...termalu ahkak sekejap...terus istighfar...
Kalau anak dah besar mungkinlah tak kisah kalau service slow cam kura-kura.  Tapi kalau ada anak kecil macam danial ngan qaseh tu..hhhrmmm...asyiklah duk tanya, mana air ni..mana air ni...apakah aku kena spare air mineral kat dlm hbag??? kalau ada pun air mineral, tak adanya dia orang nak minum...tau dah mak pak order air sedap...
oklah...apa pun Homst pilihan utama buat masa ni...tq for reading.

19 September 2012

Cerita Danial

Dua orang budak kecil nikan, suka nangis kalau tengok aku keluarkan baju kerja malam-malam time nak gosok.  Selalu merayu-rayu kat aku jangan pergi kerja...macam-macam alasan juga aku bagi kenapa ibu kena pergi kerja...tapi budak kecil dua orang ni fahamnya sekejap aje...lepas tu merengek lagi, siap warning kalau pergi kerja kena balik pagi-pagi...hehehe...pagi-pagilah ibu baru nak pergi kerja sayang....
Danialkan dah sekolah, tapi time aku cuti lah dia paling suka sebab dia nak suruh aku jemput dia balik sekolah.  Padahal van sekolah ada, TETAP juga nak suruh ibu dia ni pergi ambil, walaupun aku pergi ambil dia dengan berjalan kaki...suka bebenor dia.  Sebenarnya aku tau tujuan utama dia adalah nak mengepow aku kat gerai yang jual jajan kat sekolah dia tu...ingat aku tak tau!!!
Hari tu aku pergilah menjemput dia kat sekolah, masa tu memang dia orang dah bersedia nak balik.  Tapi sebelum balik, kena baca macam-macam doa.  Antara yang aku dengarkan, doa untuk guru, doa untuk ibubapa ngan doa untuk agong.  Ya aku tahu memang bagus lah kalau baca banyak2 doa, tapi yang aku musykil sesangat tu, cikgu tu tahu ke semua murid tu hafal doa-doa tu.  Siap ada doa untuk agong tu...dengan nama agong sekali tau.  So aku pun plan balik ni nak tanya kat Danial, dia tahu ke semua doa-doa tu kalau baca sorang2???  Tipulah kalau aku kata dia tak tahu satu doa pun kan...sekarang ni dah bulan 9.  Aku hantar dia dari bulan 1...adalah satu dua doa yang dia dah tahu.  Doa makan sudah semestinyalah. Tapi yang tak boleh tahan tu, bila aku tanya sapa nama agong?   ntah apa dia sebut...hujung2 aku dengar 'shah' aje...aku rasa frust sangat...mahunya tak frust, aku dah lah bayar mahal tetiap bulan, sori...semua parents yang hantar anak kat situ bayar mahal tetiap bulan...tolonglah test budak2 tu baca doa sorang-sorang...kalau baca ramai-ramai tu memang lah dia orang boleh buat sambil jerit-jerit lagi!!!
Lagi satu yang aku tak puas hati sangat, tak ada sorang cikgu pun yang bagi tahu selama ni Danial tak nak pergi kelas aikido.  Yang aku ni pulak, tiap-tiap bulan gi bayar duit aikido...sampailah hari tu aku cuti on the day dia ada kelas aikido tu, aku tengok dia tak nak pakai baju aikido.  Sampai aku paksalah danial pergi jugak...petang tu bila aku nak ambil danial, cikgu dia pulak tanya kat aku, nak pulak Adam gi aikido hari ni? Aku pun buat-buat lah tanya, selama ni dia tak pergi ke?  Ha'ah dia tak nak pergi....oohhheeemmmkkkk..sabarlah wahai hati...
Lagi satu yang aku tak puas hati juga, lawatan sambil belajar ke Kidzania.  Normally kalau ada apa-apa surat cikgu akan letak dalam satu buku-memang ada buku khas.  Murid akan bawa balik setiap hari Jumaat.  Tapi masa lawatan ke Kidzania hari tu, tak ada pun surat!  Tau tau malam tu Danial kata, esok semua kena datang pagi sebab ada latihan untuk konsert.  Pasal konsert tu pun aku tak puas hati juga.  Ehhh banyak pulak yang aku tak puas hati...muahahaa...ok berbalik pada lawatan tadi tu...Danial bagi tahu aku pun dah malam kat pukul 10 kot, masa dah nak tidur.  Aku pun terkejut, sebab Danial tak pergi konsert so bagi aku tak payahlah nak pergi latihan bagaikan...aku pun telepon lah cikgu dia pukul 10 tu jugak...ghopernya bukan pergi latihan konsert, pergi Kidzania sebenarnya...Aku pun terkejutlah dan bagitahu tak ada surat pun...cikgu tu kata dah bagi sebelum raya lagi...next friday, bila Danial bawa balik buku 'surat' tu, berkali aku selak, kat mana cikgu tu tampal pasal lawatan ke kidzania tu...Lepas tu kenapalah cikgu tu tak call kalau aku tak respond, sekurang2nya tanyalah nak pergi ke tak???? ni senyap aje.  kesian kat danial tak dapat pergi..lagi kesian kalau pagi tu dia pergi juga sekolah, tapi lepas tu kena hantar balik...kesian sungguh kat anak aku...
Pasal konsert pulak, danial ni anak yang ketiga aku hantar tadika.  Masa eimran ngan yasmin dulu, time konsert tak ada pulak di tetapkan bayaran-bayar seikhlas hati... dah tu hanya ibu dan bapa serta murid tu aje yang boleh hadir....hello..hello...hello...anak yang lain tu aku nak campak kat mana??? dahlah buat hari Ahad...sudahnya aku cakap kat danial, tak payah pergi, lagipun umur dia 5 tahun, masih ada lagi konsert tahun depan, InsyaAllah... Bila aku tak respond nak pergi konsert ni, boleh pulak cikgu dia call...hrmmm ntahlah.. Untuk mengelakkan Danial bersedih hati di hari konsert tu, aku dah siap-siap bookingkan tiket ke kidzania...
Ada lagi satulah tak puas hati...pasal membaca...tapi malas nak citer.  Cuma aku ingatlah masa eimran ngan yasmin, aku tak pernah secara serius ajar dia orang membaca kat rumah.  Tau-tau..ehhh dah boleh bacalah anak aku!! walaupun dua suku kata..mak tetap bangga...tapi untuk Danial ni...sedih sangat...
Tak tahulah kenapa hari ni tetiba aku rasa nak menulis panjang lebar pulak...more to luahan perasaan aku, perasaan yang kecewa sangat.  Tq for reading...

18 September 2012

Kali kedua...

Kalau ikutkan hati aku ni, memang tak nak dah datang makan kat sini...tapi en suami aku tulah yang beria-ia ajak makan kat sini.  Sebab utama dia nak suruh aku rasa ada satu air tu sedapppp sangat katanya.  Tapi air yang sedap tu bukan kat cawangan sini, tapi  cawangan yang dekat Setia Mall.  Ntah berapa kali dia pergi berdiskusi dengan kawan2 dia, mesti duk order air yang sama...tu yang dia beria benar nak suruh isteri dia ni pun sama rasa.  Oklah saya yang menurut perintah.
Masa dia tanya aku, nak tak makan kat restaurant ni, susah benar aku nak jawab 'ya'.  Sampai dua kali pusinglah kita orang.  Tapi sebab niat murni en suami nak suruh juga aku rasa air yang di khabarkan sedap sangat tu, aku pun setujulah.  Baikkan suami saya..auwww...
Danial aku orderkan dia bubur...sambil tu aku pun suap jugaklah sesudu dua.  Aku punya taufu fa panas tu aje.  Bibik ngan Yasmin order nasi goreng ayam.  Aku tengok dua2 orang pun tak habis.  Eimran order apa aku tak ingat.
Nilah air yang di katakan sedapppp sangat tu.  Aku lupalah apa ke nama nya.  Sekali bila en suami sedut aje...ehhh apasal tak sama macam yang saya minum kat Setia Mall tu...tawar hebeh aje aku rasa air tu...kesian kat laki aku, beria nak suruh isteri dia rasa, sekali hampehhh...
Nak sedapkan rasa hati yang keciwa, tukang bancuh air kat Setia Mall tu tak sama dengan yang kat sini...nama restaurant aje yang sama...lain kalilah kita pergi kat Setia Mall tu, awak rasalah air tu, memang sedap.
Qaseh makan ice-cream aje...lepas tu sibuk nak taufu fah aku tu...
ok tu aje..tq for reading.

Dalam Diam Ada Cinta

Tak menyesal beli...dah habis baca pun.  Sekarang ni dah bertukar tangan dengan kawan aku.  Masa nak beli tak baca pun sinopsis kat belakang.  Aku rembat aje.  Masa baca tu siap gelak sorang sorang lagi.  Aku kan kalau baca novel mesti nak feeling2 lebih...lepas tu ada ajelah yang menegur, naper ibu senyum sorang sorang...kelakarlah baca citer ni.  Tajuk macam serius ajekan...tapi rugi kalau sapa tak baca.  Pergilah cepat cari kat kedai buku.
Aku rasa tak lama lagi akan di drama swastakan...sekarang ni pun aku terpaksa rela mengorbankan time tidur aku...aku mana boleh tidur lambat, paling lambat pun pukul 10 aku dah kerah anak-anak aku masuk bilik.  Tapi sebab nak menengok Adam & Hawa punya pasal, pedih-pedih mata aku bangun pagi.  Tapi selalunya aku tengok yang marathon aje...hehehe...
Lepas ni ada satu lagi novel...tebal gils.  Beratlah handbag nak bawa gi opis...hehehe...

10 September 2012

@ Office

 Aku punya yang tengah-tengah tu, pasu kecil tu aje
Kiri kanan tu boss punya...aku suka yang daun merah ni...rasa cam nak mintak aje kat boss tapi maluuuuu...dapat letak kat tempat aku pun dah suka.  Harap-harap dia lupalah...terus jadi aku punya...hahahaha...verangan ajelah ...jap lagi dia hangkut masuk bilik dia...
terus terkontang kanting aku punya pokok yang cinonit tu...
Tq for reading...

09 September 2012

Yati Ayam Percik @ Prima Saujana

Hari Merdeka juga ni iaitu Jumaat lepas.  Tak ada plan langsung nak keluar, sekali ntah macam mana terkeluar juga.  Sudahnya Jumaat ngan Sabtu tu memang tak ada kat rumah.  Jumaat ke Desa Pandan, Sabtu pulak balik Linggi.  Sebelum bergerak ke Desa Pandan, pergilah lunch kat Yati ayam percik ni.  Nama aje sama ya, janganlah ingat aku punya kedai pulak...aku ada air percik-percik aje!!! ayam percik tarakkk...hehehe...
Kita orang ambil nasi putih ngan ayam percik.  Eimran nak keli percik.
 dah licin nasi baru aku teringat nak snap gambar...
Qaseh pun makan jugak.  Dapatlah aku makan dengan tenang sebab qaseh kalau mak ngah dia ada, terus berpaling tadah...good..good...good...hahaha...tenanglah sangatkan...tu ada lagi sorang power ranger tu, tak ada maknanyer nak tenang bersantap...kejap2 kena pusing kepala tengok dia kat mana...
Makan kat sini sedap, aku sendiri pun dah banyak kali datang makan.  oohhh masa kat sini hari tu kan, masa nak masuk kedai tu, ada sorang makcik yang datang nak makan juga, sekali tengok luaran macam arwah emak aku.  Mak cik tu pakai baju kurung kedah ngan kain batik...Al-fatihah untuk arwah emak...
Tq for reading...

08 September 2012

Buatan Sendiri

Buat lagi cekelat ni hari Ahad lepas.  sebahagian lagi aku campurkan dengan bubble rice cam kat bawah ni.  Dari mula mencincang cokelat hinggalah menyusun bubble rice tu, aku di bantu oleh yasmin and of course lah bibik pun ada.  Yang lain tolong sekejap aje.  Agak-agak dah kenyang sorang-sorang bangun...
Cokelat tu aku tak berapa nak 'hentak' sangat tu yang ada lubang-lubang kecil.  
Aku beli cekelat tu hari Jumaat on Merdeka Day tu, lepas tu terus pergi Desa Pandan dengan cekelat tu sekali berjalan.  Sekali malam tu terlupa nak bawa balik rumah.   Sib baik esok tu nak balik Linggi, so kakak aku bawa lah sekali cekelat tu.  By the time balik ke rumah balik, cekelat tu pun dah cair.  Simpanlah dulu dlm fridge.  Pagi Ahad tu Yasmin dah bising suruh buat cekelat ni.  Sib baik dia tolong sampai habis.

Cekelat tu dah habis.  Bubble rice ni ada lagi sikit.  Yasmin siap bawa pergi sekolah untuk jamuan raya kelas dia...tapi lepas tu tanya, kalau tak ada orang nak makan macam mana?  suruhlah kawan bawa balik...takutlah tu kawan dia kata tak sedap...sekali bila balik sekolah excited kan main lagi cakap, kuih yang ibu buat tu pun habis kawan amin makan...amboiii selama ni dia duk risau kalau kawan dia kata tak sedap...cissss...
Related Posts with Thumbnails