09 September 2012

Yati Ayam Percik @ Prima Saujana

Hari Merdeka juga ni iaitu Jumaat lepas.  Tak ada plan langsung nak keluar, sekali ntah macam mana terkeluar juga.  Sudahnya Jumaat ngan Sabtu tu memang tak ada kat rumah.  Jumaat ke Desa Pandan, Sabtu pulak balik Linggi.  Sebelum bergerak ke Desa Pandan, pergilah lunch kat Yati ayam percik ni.  Nama aje sama ya, janganlah ingat aku punya kedai pulak...aku ada air percik-percik aje!!! ayam percik tarakkk...hehehe...
Kita orang ambil nasi putih ngan ayam percik.  Eimran nak keli percik.
 dah licin nasi baru aku teringat nak snap gambar...
Qaseh pun makan jugak.  Dapatlah aku makan dengan tenang sebab qaseh kalau mak ngah dia ada, terus berpaling tadah...good..good...good...hahaha...tenanglah sangatkan...tu ada lagi sorang power ranger tu, tak ada maknanyer nak tenang bersantap...kejap2 kena pusing kepala tengok dia kat mana...
Makan kat sini sedap, aku sendiri pun dah banyak kali datang makan.  oohhh masa kat sini hari tu kan, masa nak masuk kedai tu, ada sorang makcik yang datang nak makan juga, sekali tengok luaran macam arwah emak aku.  Mak cik tu pakai baju kurung kedah ngan kain batik...Al-fatihah untuk arwah emak...
Tq for reading...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails