08 September 2012

Buatan Sendiri

Buat lagi cekelat ni hari Ahad lepas.  sebahagian lagi aku campurkan dengan bubble rice cam kat bawah ni.  Dari mula mencincang cokelat hinggalah menyusun bubble rice tu, aku di bantu oleh yasmin and of course lah bibik pun ada.  Yang lain tolong sekejap aje.  Agak-agak dah kenyang sorang-sorang bangun...
Cokelat tu aku tak berapa nak 'hentak' sangat tu yang ada lubang-lubang kecil.  
Aku beli cekelat tu hari Jumaat on Merdeka Day tu, lepas tu terus pergi Desa Pandan dengan cekelat tu sekali berjalan.  Sekali malam tu terlupa nak bawa balik rumah.   Sib baik esok tu nak balik Linggi, so kakak aku bawa lah sekali cekelat tu.  By the time balik ke rumah balik, cekelat tu pun dah cair.  Simpanlah dulu dlm fridge.  Pagi Ahad tu Yasmin dah bising suruh buat cekelat ni.  Sib baik dia tolong sampai habis.

Cekelat tu dah habis.  Bubble rice ni ada lagi sikit.  Yasmin siap bawa pergi sekolah untuk jamuan raya kelas dia...tapi lepas tu tanya, kalau tak ada orang nak makan macam mana?  suruhlah kawan bawa balik...takutlah tu kawan dia kata tak sedap...sekali bila balik sekolah excited kan main lagi cakap, kuih yang ibu buat tu pun habis kawan amin makan...amboiii selama ni dia duk risau kalau kawan dia kata tak sedap...cissss...

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails