28 Disember 2012

Back to School 2013

Nak nak hujung tahun ni, lembab pulak nak mengupdate blogkan...ditambah pulak dengan hujan...uishhh sedap aje pejam mata..muahahaha...Tak mau lah pejam mata lama sangat, nanti terpejam terus...ada ke yang sudi datang jenguk-jenguk blog berhabuk ni...sedihkan dah lama tak buat apa-apa perubahan kat blog usang ni.  Bukan tak nak buat, al maklumlah kalau rabun IT ni, buatnya tersalah tekan nanti, haru biru blog yang dah sememangnya haru biru ni..hehehe..
okeylah...tu aje yang dapat dan ingat nak snap gambar.  Stationery aje.  Baju-baju semua masih kat dalam bag plastik lagi.  Eimran dah nak masuk Form 1, so semua serba barulah kan.  Yasmin akan ke Tahun 3, sepasang baju baru untuk setiap sekolah...tapi untuk kain aku beli extra pasal hari tu suruh dia cuba kain lama dah tak boleh masuk, takat peha aje.  Beli yang baru pulak, labuh sangat.  nak kena hantar kedai minta potong sikit.  Dia membesar bagai johan sepanjang cuti sekolah ni...
Ni bag untuk aku sebenarnya...kawan aku belikan kat Vietnam.  Memikirkan Yasmin tak ada bag untuk sekolah agama, aku bagi ajelah kat dia...malas nak fikir sebenarnya.  
Danial pun dapat beg sekolah baru juga...Tahun depan dia tadika 6 tahun.  Masa tadika 5 tahun danial ada dua beg sekolah...dua-dua pun dah jahanam.  Tu yang kena belikan yang baru.  Dia macam biasalah mesti nak Ben 10...
Sabtu lepas baru berkesempatan ke sekolah kebangsaan untuk membeli buku sekolah Yasmin.  Sekolah agama dah beres sebelum cuti sekolah lagi.  Tahun ni lambat sikit aku membuat persiapan persekolahan dia orang...Sekarang ni, tudung sek keb dah siap ada jual sekali dengan lencana...sonang kojo mak ko...harga RM 12...mahal sikit tak apalah...yang penting tak senget benget, lepas tu dah senget kena buka balik jahitan...jahittt lagi sekali. So kita belilah yang dah siap cantik terletak aje lencana tu...cam patung dalam gambar tu...yasmin marah aku ambil gambar...size yasmin hari tu tinggal 1 helai aje.  Tak apalah, buka sekolah nanti beli lagi...yang penting hari pertama persekolahan semua serba baru...macam raya pulak kan...lagi satu stokin...saja aje beli kan sekali stokin...kat sekolah pun dah ada jual stokin...kalau beli yang ada biji-biji kat tapak tu kan, taklah licin...lepas tu tak adalah berbau stokin budak-budak ni kan....
Okey...itu ajelah info back to school untuk tahun baru.  Azam baru?  Hrrmmm next entrylah ya...tq for reading...

1 ulasan:

  1. Yeah! Back to school... kelam kelibut la balik ibu-ibu nak menyiapkan itu ini... SELAMAT menanti ketibaan TAHUN BARU Yati.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails