14 Januari 2013

Lunch Sabtu & Ahad

Ini lunch sabtu lepas lepas...tercair sikit asam pedas ikan pari tu.  Air tangan en suami.  Masa ni aku tak sihat...demam kata kauuuu...
Buat lagi asam pedas tapi kali ni kasi pekat sikit.  Permintaan orang yang baru baik demam..ehem..ehem...sebenarnya aku tengok ada lagi ikan pari kat dalam peti ais, tu yang request asam pedas ikan pari lagi.
Tapi kali ni memang sedap ya hamatttt...aku puji bukan sebab en suami yang masak tau!  Tapi memang sedap...cukup asam garam gitu...kali ni letak bunga kantan dengan daun kesum.  Tu yang menjadi terbaekkk...teringat-ingat lagi ni tapi dah habis.
Ni pulak siakap stim juga resepi olahan en suami.  Buat masa ni laki aku tu ada kat rumah hari sabtu ngan ahad.  Rasanya sampai tahun baru cina...lepas tu bericntalah nak tengok dia ada kat rumah time cuti.  So masa nilah dia pulun masak untuk isteri ngan anak-anak tercintanya..auwww...Dari siakap sampai yang kat bawah-bawah ni semua menu hari Ahad.
 Ni yang buat aku makan bertambah-tambah...cam ner nak kurus ni...
ulam timun.  Nak perabihkan timun masa balik kampung hari tu.
 lupalah nama ikan ni
 Ada juga asam pedas lagi, tapi dengan ikan kembung...dan tu ada sayur taugeh goreng.  Alhamdulillah semua lauk dah selamat...
Ni gambar budak manja.  So far pergi sekolah okey tak nangis.  Masa mula-mula tu ajelah nangis sikit.  Gambar semalam ni masa nak makan...
okeylah tq for reading

1 ulasan:

  1. Fuh semua lazat-lazat..fuh kalo saya mahu tambah 2, 3 kilo ni..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails