12 Julai 2013

2 Ramadhan

Tengoklah ya berapa lama bertahan nak mengupdate menu-menu di bulan ramadhan ni ya...
awal-awal ni memanglah semangat membara...dah hujung-hujung nanti, sendiri mau ingatlah ya tak...okey semalam aku beli aje lauk-lauk ni, tapi beli masa lunch break kat opis.  Takut nanti tak sempat pulak kalau membeli kat area rumah.  Aku sekarang ni kan kena ambil anak-anak bertuah tu...kang macam-macam yang dia orang nak, kalah orang berpuasa.  Semalam beli dua jenis lauk ni aje.  Batang keladi masak asam dengan rendang daging.
Dua-dua pun habis licin...senang hati aku, tak adalah pembaziran.  Oh ya...sahur pagi tu, abang eimran tak nak makan nasi...hai bang baru dua hari dah tak nak nasi...so aku gorengkan dia nugget...

Telur asin dan sambal mangga ni pembangkit selera...tersedaplah pulak sambal mangga aku tu...Buat masa 1st day puasa...makan sikit-sikit...

Nak balik semalam ternampak dah ada bazar ramadhan kat depan Metro Kajang.  Belilah kurma Yusof Taiyoob ni dengan bahulu.  Ingat nak makan bahulu cicah kopi tapi terlupa pulak...hehehe...
In Sha Allah kalau boleh tahun ni aku tak nak anak-anak bertuah aku tu buka puasa dengan air sejuk...Masukkan air panas dulu...Yasmin kan tak sihat dua hari, so dia tak puasalah dua hari.  Semalam dia dah bagitahu, kalau dia puasa, dia nak berbuka yang sedap-sedap...banyak chantekkk muka...semalam masa sampai rumah, terus masak nasi...tapi itupun tak sempat nak makan masa berbuka...kesian kat abang eimran, dia kena makan dadih masterchef dulu...sib baik dia tu jenis tak kisah...

tu ajelah ceritanya di Ramadhan kedua.  Terima kasih datang baca.

3 ulasan:

  1. ni yang saya nak marah ni..semua sedap2..hehehhe...

    BalasPadam
  2. Yati sedapnya gulai asam batang keladi tu... teringat masa saya mengandungkan si Ojet, masa tu bulan puasa... mengidam nak makan gulai asam batang keladi dengan ikan keli... kakak saya pergi cari dan masak... masa makan tak hengat punya sedap dan syoknya... sampai tak larat berjalan... hambik ko!

    BalasPadam
  3. salam ramadhan wat yati sekeluarga ye! waduh mengancam banget menu2 berbuka tu..akak buka pose mee goreng mamak jer td kt klinik..huhu!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails