16 Julai 2013

4 Ramadhan

Aku tahu abang eimran suka sangat sambal ikan keli...tak kisahlah keli berlada ke apa, janji ikan keli.  Hari Jumaat tu, dalam terkejar-kejar, sempatlah aku oder sekilo ikan keli kat kedai, minta dia siang nanti pukul 8 anak saya datang ambil...haahh gitu oder...nak tunggu siap siang kang memang sampai azan lah duduk kat kedai tu...So jadilah sambal ikan keli untuk berbuka pada 4 Ramadhan.
Tengah aku duk bancuh air, ayah dia orang called tanya, ibu masak apa?? sambal ikan keli...lagi?  hishhh ayah dia orang ni ingat aku ni taraf masterchef ke apa?  tu aje jawab abang eimran...nak apa-apa ke? abang nak air jagung!  pantang di tanya, laju aje order...sib baik ayah dia tanya, ibu tak nak apa-apa ke?  terharu aku...muahahaha...nak ayam golek...
sempatlah sampai sebelum waktu berbuka...ayam golek tak ada katanya...! Habis tu ayam apa?  Ayam tempayan...di bakar dalam tempayan...okey wateverlah...janji ayam! rasa pun okey not bad...yang kat atas ni rojak tapi bukan rojak singapura.
Belikan juga untuk aku popia basah ni.  Next day tu pun beli lagi...walaupun en suami kata kat tekak dia biasa aje, tapi dah pn isteri suka, kenalah beratur lagi...
Grilled lamb untuk abang eimran.  sama juga, next day tu belikan lagi untuk dia.

Okey tu aje cerita berbuka 4 Ramadhan kami.  Siang tu penat mengemas bilik budak-budak ni.  Lepas tu yasmin berkongsi cerita, ada kawan kelas dia anak yatim, tak ada ibu.  Hari tu cikgu tanya, cuti sekolah pergi mana...dia diam aje.  Masa kita pergi legoland tu ibu, dia duduk aje dengan ustazah...Sepatutnya masa cuti sekolah dia orang kena balik rumah ibubapa kalau ada, or saudara mara.  Tapi kawan dia ni duduk aje kat rumah tu dengan ustazah...kesiannya kakak...terus bergenang airmata aku.  Lepas tu dia kata, amin rasa baju dia satu aje kot...huaaaahhhh sedihnya aku...terus suruh abang eimran gugel Rumah Anak Peribadi Mulia...kalau tak salah akulah nama pusat jagaan tu.  Dulu dia orang kat Prima Saujana, sekarang ni dah berpindah ke Sg Kantan.

Okey kali ni betul...tu aje cerita dari kami...terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails