15 Julai 2013

3 Ramadhan

Ya ya aje cari gambar kat dalam folder...hahaha..tak ada.  Lepas tu termenung jap fikir apa berlaku hari Jumaat lepas...ooohhh hari hujan...sampai rumah nak dekat pukul 7. Berkejaran ambil anak-anak...singgah kedai beli sikit bahan2 nak masak tomyam. 
Balik rumah, terus masak air ngan nasi.  Sebelum tu dah menyinggah beli mee rebus ngan laksa untuk berbuka.  Cakap dengan abang eimran dan yasmin, makanlah dulu mee rebus ngan laksa ni...lepas sembahyang baru makan nasi.  Tapi dia orang ni, dah makan tu langsung tak makan nasi.  Jadinya tomyam aku tu buat makan masa sahur.  Gambar pun tak ada...

Tak lama lepas tu ayah dia orang balik penuh plastik kat tangan...ada otak-otak, mata kucing, rambutan, langsat...ehh buah-buah tempatan aje...aku pun sambil masak tu makanlah mee rebus tapi tak habis...di habiskan oleh abang eimran.  sambung makan mata kucing pulak...sib baik sedap dan besar-besar pulak tu.

Di sebabkan tak ada gambar, maka bebelan aku setakat ini ajelah ya...

Terima kasih datang baca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails