24 Julai 2013

Sahur


Sepanjang 15 hari berpuasa ni, adalah dalam 2 kali aje kot kita orang makan nasi waktu sahur.  Tahun ni anak-anak tak nak makan nasi time sahur.  Dia orang nak yang simple aje. Sonang kojo mak kau...terima kasih anak!  Ni sebahagian dari menu sahur kita orang ya. 
Yasmin biasanya minum milo aje, lepas tu sambung tidur balik.  Abang eimran nak makan tapi yang lite-lite aje.  Tu maggi yang dia teringin sangat...simple aje tak ada telur pun.

Ni pun dia boleh habis sorang...memang feberet dialah lasagna ni.  sapa tahu kat mana nak cari slice tu.  Aku dah penat cari kat giant ngan tesco tak jumpa pula.  Pernah sekali nampak kat supermarket kat pavi tu, tapi masa tu tak beli pun.  Bila pergi lagi sekali dah tak ada...uhuk..uhuk...kalau berjaya jumpa teringin juga nak buat lasagna ni.  Resepi dah ada...mih..mihmih...


Ni pulak stimboat...kes nak clearkan peti ais lah ni...fishball tu yasmin makanlah seketul dua.  Sedap juga bersahur ngan stimboat ni sekali sekala...

Hari lain ada yang aku gorengkan nugget, makaroni goreng, ayamas drummet, nasi goreng pun ada...habis dasyat pun dia orang makan roti gardenia yang 70 sen tu..hahahaha. Sebab tu bila time berbuka abang eimran mesti nak ada nasi, yasmin tak kisah sangat...kalau ada roti jala lagi dia suka.

Okey tu aje cerita sahur kami...korang jangan tak bangun sahur pulak...
Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails