19 Julai 2013

7 & 8 Ramadhan

Haaaa nampak dah start dua hari sekali punya juadah berbuka...dasar pemalaskannn...dari awal puasa hari tu aku teringin nak makan kerabu mangga, barulah hari tu mendapat.  Rasa memang sedap, bolehlah kalau nak ulang beli.
Ni pulak beli kat area rumah...ni on 8 Ramadhan rasanya.  Hari sebelum tu aku beli paru goreng bersambal.  
Ni pun sama, sebab beli kat gerai yang sama...hehehe...hari sebelum tu beli daging masak kari, habis licin.  Sodaplah tu...tapi bila nak ulang beli, dia tukar pulak masakannya, yang ni pun sodap juga.
Buat dadih ni lagi...sojuk aje bila lalu kat tekak.  Yang ni perisa strawberry.  Hari tu perisa rose bandung.  Warna sama tapi rasa lain-lain.
Beli popia basah ni 4 ketul RM 2.  rasa okey tak mengecewakan.  ni pun dua hari berturut aku beli...
Kegemaran yasmin...ibu dia tak pandai menjala, mak long nampaknya dah pandai dah...ehem..ehem...

Itu ajelah juadah berbuka kami.  Sahur memang tak menarik langsung.  Yasmin minum milo aje.  Makan tak nak.  abang eimran kadang nak nugget tapi pagi semalam dia teringin bebenor nak makan maggi.  Jadi sebagai ibu mithali...aku tunaikanlah permintaan dia tu...
muehhehehe...yang sonang baitu bolehlah di tunaikan...

Okey terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails