29 Ogos 2010
Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke 53
27 Ogos 2010
Tazkirah lagi - Malaikatmu....
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...
Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'
Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu .'
Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup
bagi saya untuk berbahagia.'
'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'
'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada
saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'
'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu
dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar
kepadamu cara berbicara.'
'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'
'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'
'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?'
'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'
'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'
'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku
akan sentiasa disisimu'
Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : 'Tuhan, jika saya
harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'
'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ' IBU '
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa
dan cintailah dia sepanjang masa...... Dialah sesatunya harta yang tiada
galang gantinya dunia akhirat....
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
'Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu.'
Al-Fatihah utk arwah bonda tercinta-Fatimah bt Hasnah
26 Ogos 2010
Video
Yasmin
Semenjak dua menjak ni, yasmin kalau bercakap cam laser jer aku dgr. Belumlah sampai yg betul2 laser tu, masih berlembut gak lah tp selalu buat aku rasa nak gelak jer lepas tu. antara yg aku ingat :
yasmin : ibu
aku : pandang sambil angkat kening...
yasmin : ibu nak suruh anak ibu mati ke? perlahan jer dia tanya
aku : naper lak ibu nak suruh anak ibu mati? dgn nada terkejut
yasmin : amin lapar ni, nak makan....
aku : tgh hari td tx makan ke? sambil tergelak
yasmin : makan, tapi amin lapar lagi skrg ni...
ni dialog sbm puasa...kalau lambat makan, hangin satu badan dia...ikut sapalah tu ya....
yg terbaru, aku marah dia sbb tak puasa. tau apa dia jawab,"amin budak kecik baru 6 tahun, ibu tu lainlah, dah besar.."dgn suara yg sedih tu mengharap belas kasihan....skrg ni dia puasa, nampaklah sikit susut badan dia, kalau tx asyik nak makannnnnnnnn jer...
Doa yang dilupakan
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil...
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
25 Ogos 2010
Lawak pagi
Pagi tadi on d way nak gi kerja, hilang jap mengantuk aku pasal tgh aku syok2 nak khayal tiba2 bunyi cam mercun meletup...aku pun terus melatah, 'opocot..' lam masa yg sama en suami pun mengelak beria...lepas tu kita org sama2 ketawa...aku tx boleh tahan dah sampai berair mata ketawa gelihati....even masa tgh menaip n3 ni pun aku masih ketawa sorang2....
Bila dah habis ketawa aku tanya, 'naper awak ngelak?' 'saya ingatkan van tu nak meletup..'
laaa van tu ke yg berbunyi, sy ingatkan ada budak kat dlm van tu baling mercun...cisss hilang ngantuk aku terus...
Jauh ke KL - Kajang??
Yang buat aku terkezut tu, salah satu surat tu bertarikh 16 Julai dan aku terima pada 24 August. Lamaaaaa nyer... kot jln kaki pun tx kanlah sebulan lebih baru sampai kajang. Surat tu dr KL jer...haaiihhh tx maulah komen panjang2, lu pikirlah sendiri...
24 Ogos 2010
Roh di bulan Ramadhan
"Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.
Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan
ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka
lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup".
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... "
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului
kita"
Bunga Api
Yasmin dah banyak hari merengek suh belikan bunga api...saja jer aku malas nak beli, kalau beli nnt tx sempat nak bw balik kg, dah habis main kat sini. Hari tu nampak ada org jual kat pasar ramadhan, aku belikan lah tu pun sebab dia rajin puasa...suka dia...Danial tu tx sangka pulak takut tp dah lama2 tu baru dia ok...
Tiada Pembaziran
Nasi pun ada gak, panaskan balik acar ikan masin ngan ayam bakar tu. Dah makan laksa aku tx lalu nak makan nasi lagi. Sebenarnyer dah 2 hari aku tx makan nasi selalunyer aku boleh bertahan tx makan nasi pun 2 hari jer, lepas tu mmg teringat2 jer kat nasi ni...cam sahur pagi ni, terus makan nasi, padahal sejak puasa ni, ni kira kali ke 3 aku makan nasi pepagi...selalunyer aku makan kurma jer...cam ner nak makan nasi, aku bangun jer, qaseh pun sama bangun, cam ada magnet jer kat aku ni yg akan membangunkan dia sekali...
Tak adalah gambar utk n3 ni pasal menu sumer lauk lebihan semalamnyer...tapi yg penting tiada pembaziran...
23 Ogos 2010
Gangguan
Tengoklah ni, cam ner aku nak hapdate blog kalau dah ramai sgt yg menunggu turn...ngan qaseh sekali lak tu...ish..ish..ish...apalah yg dia org duk layan tu sampai danial tersenyum gumbira...apa lagi...power rangers lah...tu pun nak layan kat youtube, gi lah tgk kat cd...
Aktiviti Hari Ahad
Awal pagi semalam, aku gi tesco nak beli barang rumah. Eimran cam tahu jer aku nak keluar sanggup tx tidur lepas sahur-nak mengikutlah tu...tengahari kang dah penat...budak sorang ni dah byk hari tinggal puasa, mcm2 alasan dia bagi...Balik dr tesco aku zass ke Sogo. Plan asal tx nak bawa anak2 bertuah ni, dah siap skrip nak suh tinggal umah, tp tulah, ayah dia org ni tx boleh tinggal anak2 nyer...sumer nak di bawanyer mujur qaseh tidur kalau tx ngan qaseh pun dia suh angkut!
22 Ogos 2010
Buah Melaka
Ini kuih berbuka semalam. Nilah air tangan pertama aku sejak bulan puasa ni...teruk betul aku.. Aku buat 1 cawan tepung pulut jer. Dapatlah dlm 15 ketul. Daun pandan aku ambik kat umah mak cik aku kat Senawang masa balik kg minggu lepas. Actually aku bukan suka sgt kuih ni, tapi thn lepas aku ada beli kuih ni utk berbuka, gula kat dlm tu dihancurkan, cam sedap lak aku rasa. Semalam aku pun kasi racik gula tu halus2, seeeedaaaapppp....Dulu aku pernah buat kuih ni tapi di bawah monitor arwah ibu tercinta, lepas tu bertahun aku tx buat dah sampailah semalam. Masa 1st time dulu tu, zaman sekolah tau...
Juadah Buka Puasa
19 Ogos 2010
"Mengapa Saya Sayang Ibu?"
Terharu sungguh aku baca apa yg dia tulis. Tapi sampai no. 3 nak gelak pun ada, tx sangka pulak dia makan hati sbb ayah dia suka panggil dia 'anak gopal'!! Yasmin...yasmin...
Aku masih menunggu eimran punyer lak. Gambar ni yasmin yg snap sendiri, siap pesan suh masuk kat blog. Nak masuk blog tulisan tu kena cantik...bercampur huruf besar ngan kecik.
Mc Donald
Blog List Ben Ashaari
Aku rasa semua org pun dah tahu yg en ben tgh mengemaskini blog listnyer. Aku tgk sana sini sinun pun ramai yg mengemaskini balik n3 pasal bloglist ni. Aku pun tx nk ketinggalan jugak. Kali ni aku masuk kategori Peribadi. Jadi apa tunggu lagi...jom tgk syarat2 penyertaan kat sini. Tapi seblm tu saya nak mengucapkan jutaan terima kasih pada en ben kerana mencetuskan idea canggih begini.
18 Ogos 2010
Eimran is 10!!
17 Ogos 2010
Buka Puasa Di Kampung
Ayam black pepper dr ayamas
kuih muih
penuh meja...
12 Ogos 2010
Juadah@1 ramadhan
Buah Mangga
Yasmin
Bila danial minum milo lagilah dia tx boleh tahan...
Yang paling tx tahan bila dia asyik tanya Pasar Ramadhan dah buka lum? Aku saja jwb belum, dekat nak buka puasa nanti baru org jual...siannn dia...lagi satu asyik tanya pukul berapa, lama lagi ke? Bila ayah dia balik jer, terus ajak gi pasar ramadhan...gerai yg 1st dia tuju adalah
gerai air, terus nak beli milo ais...dia siap cakap nak minum skrg jugak!!! Dah tx tahan sgtlah tu...
Tapi bila time buka puasa, makan nasi sikit jer, pujuk pun tx mahu dah...hari ni tak tahulah cam maner, semlm boleh tahan sbb tx pergi sekolah(sekolah dia cuti). Hari ni dah pergi sekolah harap2 bila ada kawan2 yg puasa, dia pun bersemangatlah nak puasa lagi.
Actually yasmin dah mula berpuasa seawal usia 4 thn. Masa tu dia dpt puasa 3 hari kalau tx silap. Tu pun dah hujung2 ramadhan nak dekat raya. Aku cakap sapa tx puasa tx boleh main bunga api, terus dia nak puasa. Nak bangun sahur pun tx susah nak mengejutkan dia, cuma bila nampak org minum jer dia tx boleh tahan...lagi kalau minum milo..
Tahun lepas @ 5 thn dia berjaya puasa selama 20 hari gak kalau tx silap. Harap2 tahun ni dia berjaya puasa penuh sebulan...