12 Ogos 2010

Yasmin

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 2 Ramadhan. Semalam anak aku yasmin berjaya menghabiskan puasa dia. Walaupun merengek2 kepenatan, tp lepas di pujuk rayu dia mampu bertahan jugak sampai maghrib. Aku ambik 1/2 day cuti semata2 nak memberi galakan kat dia, tp dia nampak jer aku balik lagilah dia merengek...aduuuhhhhh...yasmin...yasmin...
Bila danial minum milo lagilah dia tx boleh tahan...

Yang paling tx tahan bila dia asyik tanya Pasar Ramadhan dah buka lum? Aku saja jwb belum, dekat nak buka puasa nanti baru org jual...siannn dia...lagi satu asyik tanya pukul berapa, lama lagi ke? Bila ayah dia balik jer, terus ajak gi pasar ramadhan...gerai yg 1st dia tuju adalah
gerai air, terus nak beli milo ais...dia siap cakap nak minum skrg jugak!!! Dah tx tahan sgtlah tu...

Tapi bila time buka puasa, makan nasi sikit jer, pujuk pun tx mahu dah...hari ni tak tahulah cam maner, semlm boleh tahan sbb tx pergi sekolah(sekolah dia cuti). Hari ni dah pergi sekolah harap2 bila ada kawan2 yg puasa, dia pun bersemangatlah nak puasa lagi.

Actually yasmin dah mula berpuasa seawal usia 4 thn. Masa tu dia dpt puasa 3 hari kalau tx silap. Tu pun dah hujung2 ramadhan nak dekat raya. Aku cakap sapa tx puasa tx boleh main bunga api, terus dia nak puasa. Nak bangun sahur pun tx susah nak mengejutkan dia, cuma bila nampak org minum jer dia tx boleh tahan...lagi kalau minum milo..

Tahun lepas @ 5 thn dia berjaya puasa selama 20 hari gak kalau tx silap. Harap2 tahun ni dia berjaya puasa penuh sebulan...

3 ulasan:

  1. cayalah yasmin.kecik2 dah pandai puasa.teruskan sampai abis ramadhan ye

    BalasPadam
  2. anak buah Lisa tahun ni baru belajar posa..hurm setengah hari jugak..balik sekolah hanya boleh bertahan sampai kul 12.30 tgh hari..terus dgn muka kesian cakap x larat dah..terus buka..

    BalasPadam
  3. Salam kak yati, bagusnyer! tp tu lah budak2 ni kalau puasa kita yg tak thn tgknyer kesian betul kan :D

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails