09 Ogos 2010

Jom Makan Buah











Sebelum jenjalan kat gerai2 buah2an ni, kitaorg makan dulu. Tapi kali ni tx sempat nak ambik gambar sebab mmg dah laparrr sangat. Kiranyer kalau pegang kamera tu menggigillah n confirmed gambar goyang tx cantikk!!! Dah kenyang barulah kita org jalan2 kat gerai buah2an ni. Aku tengok byk jual buah duku/dokong, cempedak ngan durian. Rambutan, manggis ngan pulasan ada satu or dua gerai jer. Buah pisang pun ada. Boleh gak kalau bayar RM 15 makan puas2 tp tx lalulah, dah kenyang...kita org beli sebiji musang king tu, then makan kat khemah yg disediakan. tx bawa balik pun...habis kat sini gak. Sedappp gilerr durian tu. Aku lah yg kena perabih kan, budak2 ni makan sorang seulas jer, en suami pun cuit sikit jer rasa...rugi betul dia org ni...
Jom Makan Buah ni kat Precint 16, Putrajaya. Sebenarnyer ni kali ke 3 kita org ke sini. Aku suke gi makan kat sini, tenang jer sbb tx berapa ramai org. Gerai pun banyak. Selalu pergi siang hari, hari tu pergi sampai dah malam so pusing2 gaklah nak mencari tempat ni. Aku rasa kalau siang sure ramai org, sbb masa sampai tu ada gak yg parking kat tepi2 jln nak masuk...bak kata eimran, nasib baik kita dtg malam, kalau siang dahlah panas, nak carik parking nanti ayah jd panassss, lepas makan durian laggggiiii panassss....

1 ulasan:

  1. makan buah baik untuk kesihatan dalam dan luar

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails