20 Ogos 2011

Limau Bali

 Tapi bukan beli di bali, Ipoh mali...hahaha...tak lah, kat kedai belakang rumah ni aje.  Dah lama tak makan buah ni, eh bukan ke hari tu ayah ada beli, ibu tak ingat ke? Ya ke?  Yaaaa yang ayah buat topi kulit dia tu...ohhh...ibu tak ambik gambar ke?  takkkk... pasal bateri kamera tak ada...hehehe...sajalah tu nak perli aku...
Aku suka limau bali ni. Dulu kat rumah aku kat kampung ada pokok ni.  Selalu berbuah.  Memang berbaloi lah tanam.  Arwah abah aku yang tanam.  Tapi sekarang ni pokok ada lagi tapi tak berbuah, menopos dah kot... tiap kali makan buah ni, aku suka lah bercerita ngan anak2 aku pasal buah ni, citer ada pokok yang atuk tanam kat kampung...bukan ke ibu dah citer banyak kali...sabar ajelah aku dengan dia orang ni...tapi aku memang sukalah dengan buah ni...

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails