15 Mac 2012

Mee Goreng Vanilla Coklat

Hahhh ni dinner malam semalam.  Mee goreng saje.  Disebabkan lunch dah makan nasi ayam kampung Bandariya, malam tak kan nak melantak nasi lagi kan...

Balik kerja aje terus singgah kedai kat rumah.  Beli sotong, udang, mee dan sawi.  Sap sap soi 8.30 siap dah tinggal nak makan aje.  By 9.00 malam dah tercongok depan TV tunggu Vanilla Coklat episod akhir semalam kan...Rasanya aku tak pernah tinggal nak tengok citer Vanilla Coklat ni.  Macam manalah nak tertinggal kalau ada peminat setia citer tu...sapa lagi kalau bukan Yasmin.  Dari hari Isnin dah ingatkan nak tengok citer tu hari Selasa.  Dan dia juga sanggup habiskan segala homework dia dekat sekolah.  Balik mengaji laju aje susun buku...kalau macam tu sanggup aje dia...cuba kalau hari lain...kalau ibu dia tak menghadap tengok dia buat homework jangan haraplah dia nak buat...geram aje kan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails