Lama juga tak makan ikan keli kat rumah aku ni...hari Sabtu lepas ada pulak ikan ni masa lori ikan berhenti kat depan rumah. Tinggal 4 ekor aje, terus aku borong semua. Hari tu juga buat sambal ikan keli. Antara lauk feberet anak bujang aku. Hari Sabtu lepas dia ada sekolah ganti...omak mithali eh masak kanlah lauk ni...berselera dia makan...omak pun suko hati...Potang tu pulak dio ado pomilihan bola baling untuk wakil sekolah eh...kenapa aku tiba-tiba bertukar cakap orang nogori lak ni...memanglah aku orang nogori...tapi aku memang tak cakap loghat nogori nih...tu pun aku tau sikit-sikit aje...hehehe...ni semua gara-gara dengar hotfm hari tu lah ni...fara fauzana cakap nogori...aku pulak yang sonyum sorang-sorang...
Tahniah abang kerana berjaya terpilih untuk wakil sekolah...tapi ekau tau ko bola baling tu cam no??? hahaha...apa yang aku mengarut petang-petang ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan