31 Mei 2011

Restoran Saba@Cyberjaya

Sebelum terlupa n3 ni, baik cepat2 aku publishkan.  Antara menu2 yang ada.  Aku makan sandwich aje,  Eimran dengan yasmin makan chicken chop.  Danial makan mushroom soup sama dengan qaseh.  Ayah dia orang aje makan nasi.
 ni aku punya-shawarma chicken sandwich
 humus
 tak ingatlah nama nasi ni, tapi ada lamb kat dalamnya
 yang ni ada chicken
Danial makan mushroom soup.  Masa ni pun dah nampak dia cam kurang aktif aje.  Next day tu terus demam + muntah2.  Nak kata angin, tak mungkinlah kot sebab dia habis semangkuk soup tu.  Tengahari tu pulak, aku sendiri yang suap dia makan, banyak jugak...
Budak kecik yang makin notty

Masa kita orang sampai tu sebelum pukul 8pm.  Tak berapa ramai sangat orang.  Tapi tak lama lepas tu, penuhhhhhhh...ramai betul orang datang makan kat Saba ni.  Pernah sekali dulu aku ajak en suami singgah, dah sampai kat sini tapi bila tengok ramai sangat orang terus tak jadi nak singgah.  
Nak cari restoran ni pun masih sesat barat, yalah dah malam kan, pemandangan tak berapa nak nampak.  Masa nak balik pun sesat cari jalan pulang...pusing2 kat situ jugak...
Kalau ikut aku, sandwich yang aku makan tu sedap.  Nasi + lamb tu lagilah sedap.  Lamb dia lembuttttttt banget...humus kat atas tu pun sedap cicah ngan roti...keseluruhannya memang sedaplah makanan kat Saba ni macam yang di gembar gembur kan oleh orang ramai.   So tunggu apa lagi...pergilah terjah Restoran Saba...rasanya ada cawangan kat Setiawangsa kalau tx silap...

26 Mei 2011

4 Tahun lahhhhhhhhhh....

Nak sambung balik citer besday danial ni.  Tapi sebelum tu aku minta ampun ya pada ibuk2 saudara di luar sana kerana tidak kesampaian untuk sama2 merasai kek ini...ya ampunnnnnn

Danial cukup 4 tahun pada hari Sabtu lepas 21/5/2011.  Disebabkan hari sabtu tu kita orang balik kampung, so memang tak beli kek lah.  Tapi niat di hati aku nak belikan on the next day tu iaitu hari Ahad.  Hari Ahad pun tx sempat jugak sebab ayah dia sibuk duk pasang jaring kat rumah.  Petang nya pulak dah keluar ke Ampang terus lupa.  Since hari Sabtu ni kenduri, aku ingat nak bawa lah kek masa kenduri tu, tapi tulah...kita hanya merancang... Tuhan yang menentukan...ayat poyo..Aku belikan kek ni hari Isnin lepas sebab tak sampai hati tengok Danial yang melepek sebab demam.  Bila nampak kek ni, dia kelihatan teruja sikit... Bila time nak potong kek, lagi teruja.  dia siap mintak sepotong besar...diakan suka kek cokelat.  Lagi pun kek ni dia sendiri yang pilih... Tapi bila nak makan, dia duk tenung aje kat kek tu.  Baru masuk 2 suap dah muntah balik...ciannnnnn adam...Semalam bila dah sihat, dia qada balik makan kek besday dia tu...
 Eimran pun tumpang sekaki tiup lilin

Qaseh pun teringin jugak nak tiup lilin.  Ayah dia larat lagi nak layan masa ni...tapi bila dah tiup...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
hambekkk kau...cantik lah tu...

25 Mei 2011

Dinner semalam

Aku masak sotong ni untuk makan malam semalam.  Dah tak tau nak masak apa sebenarnya, nanti asyik2 sambal...asyik2 sambal...bosan jugak kan.  Sekali bila en suami tanya nak masak apa sotong tu-sbb dah letak dlm sinki...ntahlah, masak lada hitam lah kot...tulah hasilnya...sotong masak lada hitam cincai...sos lada hitam aku pun dah tinggal ciput aje, terpaksa goncang2 ngan air panas...hehehe...letak lah serbuk lada hitam...nak tumbuk lada hitam pun tx ada stok...
jadilah untuk makan anak beranak...

Untuk lunch tengahari tu aku cuma masak tempe bercili aje(gambar tx ada).  Nak masak sotong ni dah tak larat masa tu.  Yalah balik dari klinik dah pukul 11 lebih.  Menyiapkan yasmin yang nak ke sekolah, lepas tu qaseh lak duk menarik2 tangan ajak masuk bilik, jomlah..jomlah...bila tanya nak pergi mana? nak nennnnnnn...sabar ajelah...

He is 4

Tunjuk gambar dulu, citer lain entry ya....

D.E.M.A.M.

Bukan sorang yang demam tapi 3 orang sekali demam kat rumah aku.  Tapi sekarang ni yang dua orang dah baik tinggal lagi sorang.  Macam mana nak baik kalau tak nak pergi klinik???  Kalau budak kecil boleh jugak aku dukung bawa masuk klinik, tapi ni bapak budak...sendiri mau ingatlah kan....

Memula yasmin yang mengalami sakit kepala lepas balik dari Saba Ahad lepas.  Masa nak tidur tu dia dah mengerang2 sakit kepala, amin risau ni apalah yang ada dalam kepala amin ni...muahahaha...tengah malam dia kejutkan aku sebab badan dia panas dan sakit kepala lagi.  Aku bangun tengok jam pukul 1.20 pagi.  aku ambikkan ais letak kat kepala dia sambil urut2 kan sikit kepala dia sampai dia lena balik.  Dalam pukul 4 lebih dia kejutkan lagi sebab sakit kepala lagi.  Picitkan kepala dia sampailah dia tidur balik.  Lagi sekali dia kejutkan dah nak dekat pukul 6 aku pun terus bangunlah. 

Kebetulan ayah dia pun tak berapa nak sihat sebab sakit tekak, bawa dia pergi klinik.  Dapat MC satu hari.  Padahal minggu ni minggu exam.  Semalam pergi lagi klinik sebab Danial pulak demam + muntah2.  Actually yasmin pun ada muntah jugak tapi doktor kata angin- lambat makan.  Rasanya kalau yasmin tu tak ada maknanya lambat makan.  Hari Ahad tu aje, tengahari aku suapkan dia dengan danial makan.  Petang tu, pergi Ampang dia sorang aje semangkuk ABC, mee goreng, aiskrim dengan chewing gum.  Lepas tu malam pergi Saba, dia makan chicken chop dengan mushroom soup.  Boleh ke angin masuk???

Danial tu kalau masuk angin bolehlah di percayai...sebab dia ni memang susah nak makan.  Kalau nak makan tu siap nak cium2 dulu makanan tu...Rupanya danial start muntah lepas balik dari hantar yasmin pergi klinik.  Sampai rumah aje terus melepek...lembik...makan pun tak nak.  Petang masa dia ikut ambik aku kat Kajang, dia terbaring aje dlm kereta.  Aku cakap kat dia, tulah danial muntah sebab banyak sangat makan t**k hidung... muahhaha... kuman ada banyak kat dlm perut tu...Lately ni dia memang kuat 'melombong' lepas tu selamba aje bawa masuk mulut sambil cakap, hhrrmmm sedapnyaaa....disebabkan geram dengan aktiviti tak bermoral dia tu, kita orang saja tipu2  bagi kita orang punya pulak, selamba aje dia cakap, eeee mengotorlah...tapi masa dia demam tu aku dah suruh dia janji jgn makan lagi benda alah tu..dia angguk lemah...hahaha...setakat entry ni aku tulis, dia dah baik demam...back to normal, tp tengok tak ada lagi aktiviti 'melombong' tu...

Di sebabkan 3 orang sekali demam, terpaksalah aku ambik cuti kecemasan satu hari.  Tu pun sebab aku sendiri dah pening asyik bangun tidur..bangun tidur aje malam tu.  Mana tak nya, kejap danial kejut nak air, kejap yasmin kejut nak suruh picit kepala...kepala aku ni pening sapa nak tolong picit ??? sendiri picitlah...Sekarang ni Alhamdulillah yasmin dan danial dah baik demam.  Yasmin pun dah pergi sekolah, danial pun dah start balik melompat sana sini...tinggal ayah dia orang aje yang masih sakit tekak...nak buat cam mana, dah dia sendiri tak nak pergi klinik........................penat mulut aku ni nak bagi tazkirah hari2...muahahah....

24 Mei 2011

Ahad

Dah byk kali aku suarakan kat en suami minta dia pasangkan jaring kat tingkap rumah, baru ni dia ada kelapangan.  Selalunya dia sibuk sokmo...Bila dia dah start buat kerja memang tak boleh nak ajak ke mana2 lah walaupun eimran dengan yasmin duk sibuk ajak keluar.  Dia orang berdua tu mencipta bermacam alasan nak ajak keluar.  Esok nak periksa, pensil tak adalah, kaler pensel hilang lah...ada aje dia orang tu...
Dah siap pasang semua baru boleh keluar.

23 Mei 2011

Tetamu Di Kampung

Sabtu lepas aku balik kampung lagi.  Kali ni balik kejap aje sebab nak siap2kan barang untuk kenduri hujung minggu ni.  Pertama kali kenduri doa selamat tak buat kat kampung, kita orang tukar venue pulak kali ni.  Sebab utama pertukaran tempat ni adalah kerana dah tak ada orang2 tua yang nak datang kenduri kat kampung aku tu.   Orang2 muda pulak kebanyakkannya dah berhijrah ke bandar termasuklah kita orang.  So kita orang telah sepakat membawa berkat untuk buat kenduri kali ni kat rumah salah seorang kakak aku kat Mantin. 

Masa dah nak balik ke KL tu sempatlah aku meninjau kat belakang rumah dan ternampaklah 'sedara-mara' yang dah lama tak jumpa ni...daring semacam aje tengok kita orang.    Kat belakang rumah aku tu memang byk bangat haiwan ni.  Kalau musim buah... kim salam lah nak dapat makan.  Hari tu masa balik nampaklah pokok rambutan kat depan rumah tu menghijau, ntah dapat rasa ke tidak kali ni....


Sekali datang bukan sekor dua, satu family ngan sepupu sepapat sekali...

Akhirnya....

kini pasti
ku merasai...kena feeling2 nyanyi lagu anita sarawak
sebab....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


berjaya pergi makan kat Saba
menu- lain entry..muahahaha

20 Mei 2011

Makan2 @ Mantin

Hari Sabtu lepas ada makan2 kat rumah kakak aku kat Mantin.  Dia buat bakar ikan.  Katanya lepas subuh dah gerak pergi cari bahan kat Sepang sana. Dari rumah dia nak ke Sepang tu dekat aje.  Tujuannya untuk dapatkan ikan yang fresh baru naik.

Ikan terubuk ni aku makan sikit aje tu pun dah nak tercekik tulang.  Gambar pencicah lupa nak ambik lah.  Gambar2 ni pun ihsan dari kakak aku lagi sorang tuttttttt...sebab aku terlupa nak bawa kamera.
Masak lomak cili api.  Ikan apa aku tak ingat pulak.  Walaupun aku ni orang nogori tapi masak lomak ni memang tak masuk langsung dalam list aku.  Ya ampunnn memang kurenggg sikit bab lomak2 ni...
Sotong goreng tepung yang tak mahu lekat.  Kakak aku kata time ni pulak dia tak nak lekat selalu tu ok aje...ngeh..ngeh..ngeh...salah tepung gamak nya...
The best...pepahat. Goreng panas2 masa nak makan.  Sedap gilersss...
Tukang bakar...Dua orang anak sedara yang still available. 

Sambal Telur

Di pagi Jumaat yang mulia ni, aku berjaya masak sambal telur ni sebelum pergi kerja.  Ini semua di sebabkan Eimran yang selalu duk call aku kat ofis kata abang lapar...abang lapar...walaupun duit dah aku tinggalkan untuk beli makanan.  Untuk hari ni aku harap dia tak kelaparan lagi sebab nasi pun dah siap aku masak tinggal cedok masuk pinggan aje...
Malam tadi aku dah siap blend lada sekali dengan bawang putih + merah.  Senang bila nak cepat macam aku ni, lebur aje sekali harung.  Kojap dah siap.
Sempatlah aku rasa sikit sambal telur ni.  Makan roti canai segera cicah dengan sambal telur ni not bad jugak.  Perasannnn...apa nak buat aku yang masak, aku sendiri yang rasa...orang lain belum rasa lagi akulah yang rasmikan dulu..

19 Mei 2011

Ceritera Danial

Pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, en suami sempatlah sembang2 kosong dengan aku.  Katanya Danial tu dah byk cakap sekarang.  Lepas tu danial suka puji diri sendiri kiranya masuk bakul angkat sendiri ...hahaha...memang lah baru perasan ke???
Malam tadi ntah apa mimpi danial, ajak ayah dia masuk tidur...

Danial :  ayahhhh jomlah masuk tidur, adam nak tidur ni(danial bahasakan diri dia adam)

Ayah  : (saja menyakat) danial sayang sapa?

Danial : anyah (makngah)

Ayah  :  okey, pergi tidur rumah mak ngah

Danial : (dgn muka terkezut) nak suruh adam jalan kaki ke?

Ayah  :  yalah, kata sayang mak ngah, pergilah jalan kaki

Danial :  jauhhhh tuuuu...
hahaha...lepas tu masuk bilik, tidur ngan ibu jugak...
Sebelum tu, dia dengan rajinnya nak simpan kaya kat dalam peti ais.

danial : ayah, adam simpan kaya lam peti ais ya?

ayah   : ok

danial : adam rajin kan ayah...amin malas...
tak pasal2 kakak dia pulak yang kena...

Lagi 2 hari danial will be 4 years old.  Skrg ni dia dah banyak cakap.  Dan butir percakapan dia pun aku dah  boleh faham.  Kalau dulu, memang aku tak faham langsung, lepas dia cakap aku ya kan aje, lepas tu dia hangin sebab aku tak buat apa yang dia cakap tu...manalah aku nak faham kalau dia cakap bahasa jerman, hehehe...
Satu perkara tentang danial yang aku puji ialah, dia akan cakap terima kasih kalau aku atau sapa2 dah tolong buat sesuatu untuk dia.  Paling ketara kalau aku belikan dia mainan atau cd power rangers dia, confirmed lepas tu dia akan cakap, me kasih bu belikan adam cd...terharu mak ko danial...

Disebabkan lambat bercakap tu, aku ingat kan dia autisme dulu.  Jenuh jugaklah aku duk meng google cari fakta pasal autisme ni.  Ada satu dua tanda2 tu macam kena jugaklah dengan dia mcm suka menyendiri.  Lagi satu danial ni suka cakap sorang2.  Pernah sekali tu dah nak tidur, tapi dia duk pandang siling sambil senyum2.  Mulanya aku tak perasan, yalah aku tidur awal, dia ni suka temankan ayah dia tidur lambat, tu yang ayah dia perasan dia suka senyum sorang2 sambil pandang siling.
Bila tanya senyum ngan sapa, dia mcm malu2 ko...tutup muka ngan bantal...terbaru dia duk cakap ala-ala guna hp kat remote control kipas.  Bila aku tanya, adam cakap dengan sapa tu? Adam cakap ngan ajim...adam cakap apa dgn ajim? ajim ni ajak adam gi umah dia...
Aku pun melayan...cakap kat ajim, ayah tak balik lagi...nanti ayah balik baru boleh pergi rumah ajim...lepas tu beria2 dia cakap kat remote kipas tu apa yang aku cakap.  paling tak tahan dia pun suruh aku cakap ngan 'ajim', bab ni mmg aku tak tahan..mana tau tetiba ada lak suara kat remote tu..mau pengsan aku...hehehe...at last aku cakap, ajim dah letak lah adam, dia tx mau cakap ngan ibu...
Aku jugak pernah bawa danial gi doktor pasal dia lambat bercakap.  Tapi doktor kata tu biasa, tak perlu risau.  Lagi satu pasal danial ni,(berapa byk lagi satulah kan) cukup seksa nak suruh makan nasi.  Ubat lagilah seksa.  Kalau bagi makan ubat, dia boleh kemam aje ubat tu dalam mulut lepas tu lari pergi bilik air keluarkan balik...hanginnnn ok. Nasib baik lah dia ni susah sikit nak demam.  Apa yang danial suka makan??  Dia suka makan kek, so far aku tengok kalau kek coklat ngan cheese memang dia suka.  Jangan ada orang lain ambik.  Kalau coklat dia memang suka ferrero roche...high taste ko ya...kalau bab makan nasi memang susah, kadang tu kena paksa.  Atau buat janji manismu dulu baru dia nak makan nasi tu pun sesuap dua aje.  Sebab tu lah badan dia kurus, ringan aje bila di dukung.  dia yang nak masuk 4 tahun ni pun rileks aje kalau aku dukung sebab ringan kan...cuba yasmin masa umur 4 tahun dulu...mau patah pinggang mak ko ni...qaseh yang 2 tahun tu pun lagi berat dari danial...
Panjang pulak citer pasal danial tapi tak ada gambar lah kali ni.  gambar terbaru semuanya kat kolam renang tu aje...

Rileks di Hari Ahad

Hari Ahad lepas aku bawaklah anak2 bertuah aku ni pergi mandi kolam kat sa pandan.  Yalah dia orang pun dah lama tak mandi kolam, tu yang merengek aje ajak pergi pandan.
qaseh tengok dari tepi aje
sebenarnya hari Sabtu lepas ada makan2 kat rumah kakak aku kat Mantin.  Lepas tu eimran dengan yasmin akan ikut mak ngah dia balik pandan, tapi ntah kenapa yasmin tetiba tak jadi nak tidur rumah mak ngahnya.  Eimran mula tu eksen kan main lagi, tak kisah kalau yasmin tx ada lagi bagus...tapi bila nak pergi tu, merayu domba kat yasmin ajak ikut tidur rumah mak ngah...hahaha eksen lagi...sudahnya sorang pun tak pergi malam tu.
Esoknya baru kita orang pergi pandan semata nak bawa dia orang ni mandi kolam.
Qaseh memang tak layan langsung nak mandi manda ni.  Dia duduk kat tepi aje ngan aku.  Tapi baru lima minit dah uuk...tensi betul aku.  Kenalah naik balik...sib baik tingkat 1 aje.
 ala-ala dugong yang terdampar...
 perut tenggelam...
Cianlah qaseh kena buli dengan abang dan kakak dia.  Dia orang bawa qaseh masuk kolam, terjerit2 lah budak tu ketakutan...tak pasal2 aku kena rescue budak kecil ni

18 Mei 2011

Zoo Negara

Ni cerita memang dah basi tahap boleh muntah uuk...kalau boleh dimakan memang kena cirit de birit, lepas tu confirmed dapat mc 2 hari.  Anak2 bertuah aku ni kekononnya pergi cuti2 M'sia kat Zoo Negara masa cuti sekolah bulan March hari tu.

Aku tak terlibat dengan percutian dia orang masa ni.  Aku berjimba dengan qaseh kat satu destinasi yang di rahsiakan...kalau yasmin baca ni, pening kepala aku nak jawab....alaaaa tak kemana pun...dalam kolumpo gak.  Cuma masa dia orang pergi zoo ni, aku memang tak berdaya nak ikut.  Tak larat aku nak menjelajah zoo tu lagi...cukup2 lah tu ya...
Ni sebab aku baru dapat gambar, tu yang baru keluar cerita percutian ke zoo negara... Sukalah budak2 tu terutama Danial.  Ni 1st time dia ke zoo tengok banyak haiwan lepas tu dapat pulak tengok pertunjukan singa laut nun.  Dulu masa aku pergi nak tengok show ni, punyalah susah...ramai giler orang.  Nak dapat tempat duduk kim salam lah.  Rasanya masa tu dengar suara arahan dari instructor haiwan tu aje...
Masa dia orang pergi ni, walaupun cuti sekolah, dapatlah tengok show tu dengan tenang...
Rasanya dia orang pun tak lama kat sini, sebab lepas lunch baru aku join dia orang pergi pavilion pulak. 

11 Mei 2011

Semua 1

Tadi kan masa round2 jengah blog sendiri terpandang nombor kat sidebar tu.  Eh..eh.. semua satu lah.  Laju aje aku save.  Hehehehe...mengada...tak adalah..saje suka2.  Orang lain dah beratus ribu malah ada yang juta, aku baru terhegeh2 belas ribu... ngeh..ngeh..ngeh.. tak per slow-slow lama2 nanti lajulah tu kan..kan..kan...
Lagipun aku tahu blog aku ni bukan ramai pun yang datang...sehari nak sampai 20 pun susah.  Teruknya...ni semua gara2 kemalasan melanda sebab tak berupdatelah ni...
Tak apa...harap2 lepas ni bersemangat balik nak kongsi cerita kat sini...tungguuuu...

Rifqi

Last year cousin aku celebrate bday anak dia kat A&W Aeon AU2.  This year masih kat A&W jugak tapi kat PJ pulakTahun lepas qaseh kecil lagi, so dia tak kisah pun dengan bear A&W tu, tapi kali ni,penat aku mendukung sebab dia takuttttt...nasib baik dia tak meraung cuma nangis2 manja gitu...


Sebelum masuk kasi can kat dia orang main2 kat luar ni dulu.
Yang belakang Yasmin tu lah birthday boy, pakai baju ultraman.  Temanya ultraman...aku perasan bday boy dengan ada sorang baby aje yang pakai costume ala-ala ultraman.  Danial pakai t-shirt ada gambar ultraman.  Yang lain sumer raksasa..hehehe...

Aku awal2 lagi dah sound eimran dengan yasmin supaya joint whatever game yang ada.  Jangan nak termalu2 tak kena tempat!  Dia orang ni kan pemalu..kalau ada game ni jangan haraplah nak main kalau aku tak paksa.  Aku ni pemalu jugak...muahahaha...tapi tengok tempat lerrrrrrrrr...
Eimran dapat no.4 untuk game rebut kerusi ni.  Kan bagus tu...itupun termalu2 ok.  Ada sekali tu eimran terrrrr tolak budak sebelah dia masa nak rebut kerusi, terus muka rasa bersalah sebab budak tu kena keluar... Yasmin dapat no.3 tapi hadiah sumer sama.  elok lah tu, kalau tak pening pulak kepala aku sebab hadiah lain2...
Untuk game ni pun eimran menang jugak, so hadiah dia kasi kat Danial.  Sebab Danial awal2 dah kena keluar...

Kita orang balik awal tak tunggu pun acara potong kek.  Sebab ada lagi satu besday party nak pergi.  Kat Shah Alam pulak.  Kat sini anak2 aku pun dah keletihan sebab cuacakan panas sekarang ni.  Makan KFC + mee hoon + puding + bubur kacang.  Tuan rumah siap tapau lagi makanan untuk kita orang.  Danial yang keletihan terus tertidur...tak sedar2 sampai KL.  On the way balik tu semua tidur dalam kereta kecuali driver muahahaha... panasssssssssss sangat tu yang rasa nak tidurrrrrrr aje.. Alahai lupa pulak nak ambik gambar besday boy yang kat shah alam ni...


Restoran Nasi Arab Lagi

Berpuluh kali aku ajak pergi makan kat Saba' tapi berpuluh macam alasan jugak yang di beri.  Ni pun kira percubaan terakhir aku ajak pergi makan kat Restoran Nasi Arab ni.  Kalau tak nak jugak, memang aku tak akan ajak dah sampai bila2...merajuk + bengang...
Ini kira kali ke 2 aku makan kat restoran ni.  1st time dulu rasanya tahun lepas dalam bulan November.  Bagi tekak aku, sedap sangat nasi kat sini, tu yang aku nak datang lagi.  Kali ni memang aku aje yang makan nasi, eimran dengan yasmin makan roti naan...punnnnn sedapp. en suami makan chicken black pepper.  dia kata sedap jugak.  danial dengan qaseh aku order mushroom soup dengan fries.  tapi aku suap jugak qaseh nasi sikit2.
Sekarang ni kalau nampak kamera mulalah nak posing.  Bagus2...
Related Posts with Thumbnails