Sabtu lepas aku balik kampung lagi. Kali ni balik kejap aje sebab nak siap2kan barang untuk kenduri hujung minggu ni. Pertama kali kenduri doa selamat tak buat kat kampung, kita orang tukar venue pulak kali ni. Sebab utama pertukaran tempat ni adalah kerana dah tak ada orang2 tua yang nak datang kenduri kat kampung aku tu. Orang2 muda pulak kebanyakkannya dah berhijrah ke bandar termasuklah kita orang. So kita orang telah sepakat membawa berkat untuk buat kenduri kali ni kat rumah salah seorang kakak aku kat Mantin.
Masa dah nak balik ke KL tu sempatlah aku meninjau kat belakang rumah dan ternampaklah 'sedara-mara' yang dah lama tak jumpa ni...daring semacam aje tengok kita orang. Kat belakang rumah aku tu memang byk bangat haiwan ni. Kalau musim buah... kim salam lah nak dapat makan. Hari tu masa balik nampaklah pokok rambutan kat depan rumah tu menghijau, ntah dapat rasa ke tidak kali ni....
Sekali datang bukan sekor dua, satu family ngan sepupu sepapat sekali...
seram dgn suku-sakat monyet ni sbb penah sekali kena kejar..huhu
BalasPadam